ASALAMUALAIKUM DAN SALAM MESRA KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG BUGISBUKANPATI.BLOGSPOT.COM.BLOG INI BUKAN BLOG POLITIK ATAU BLOG UNTUK MEMECAH BELAHKAN MASYARAKAT DISABAH.KEWUJUDAN BLOG INI SEKADAR INGIN MEMBERI PENJELASAN KEPADA UMUM,BAHAWA SUKU KAUM BUGIS YANG ADA DISABAH DAN MEMILIKI PENGENALAN DIRI YANG SAH TIDAK BOLEH DICOP ATAU DILABEL SEBAGAI PENDATANG TANPA IZIN ATAU SINGKATANNYA PATI DAN BLOG INI TIDAK BERMAKSUD UNTUK MENENTANG MANA-MANA ORGANISASI YANG ADA DISABAH.SEKIRANYA ADA ARTIKEL SAYA YANG TERLALU KASAR PENGGUNAAN AYATNYA.PEMBACA BOLEH BERIKAN KOMEN ATAU PENDAPAT YANG BERNAS DIKOTAK CBOX YANG TELAH DISEDIAKAN DIBLOG INI DAN SAYA AKAN MEMADAMKAN ARTIKEL TERSEBUT DARI BLOG INI DENGAN SERTA MERTA.







Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah,Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.


Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama bagi Persekutuan (Malaysia).


Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia



Memaparkan catatan dengan label maklum balas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label maklum balas. Papar semua catatan

PERSIAPAN AWAL JIKA DIBERHENTIKAN KERJA

>> Sabtu, 12 Disember 2009

DIBAWAH INI ADA BEBERAPA TIPS,SEKIRANYA ANDA DIBERHENTIKAN KERJA OLEH MAJIKAN.

Bertenang dan fikirkan yang bukan hanya satu sahaja tempat untuk mencari rezeki diMALAYSIA ini.

Rehatkan badan anda selama dua hari dan bukannya dua bulan sebelum mencari pekerjaan baru.

Hubungi rakan karib anda secepat yang boleh untuk membantu mencarikan pekerjaan dan anda juga teruskan usaha mencari pekerjaan secara senyap.

Jangan memilih jenis pekerjaan buat sementara waktu dan pastikan anda bertahan setelah mendapat pekerjaan baru.

Biasakan diri anda di tempat kerja baru dan anggaplah anda adalah pekerja lama yang pernah berhenti kerja sebelum ini.

Pastikan ada pengangkutan yang disediakan majikan untuk mengelak anda dari menggunakan pengangkutan sendiri.

Jangan bandingkan gaji ditempat anda bekerja sebelum ini dengan gaji ditempat kerja baru anda.

Kuatkan semangat dan jangan mudah mengalah ketika memulakan pekerjaan baru ditempat yang anda belum serasi lagi.

Pastikan anda bijak menggunakan masa untuk mencari pekerjaan dan jangan sekali-kali berputus asa.

Gunakan wang simpanan anda hanya untuk keperluan makanan sahaja dan jangan Beli barangan yang tidak perlu walaupun anda sudah mendapat kerja baru.

Read more...

PASAR PELIPIN DI KOTA KINABALU

>> Ahad, 6 Disember 2009

HEBAT-HEBAT NAMANYA PASAR PELIPIN
PHOTO SAYA RAKAM DARI JARAK JAUH

MI GORENG AYAM DIPASAR PELIPIN MEMANG MEMUASKAN HATI SESIAPA SAHAJA YANG MEMAKANNYA.

Baru-baru ini ketika ronda-ronda dengan kereta kawan yang tinggal di putatan untuk melihat kawasan bandaraya kk saya terlihat satu kawasan seperti pasar malam ditepi laut.Oleh kerana saya jarang datang ke kk jadi saya tidak tahu apa nama pasar yang kami lewati tadi.Saya pun bertanya kepada salah seorang rakan saya yang sememangnya lahir dan dibesarkan di kk nama tempat yang kami lalui tadi.Rakan saya mengatakan bahawa nama tempat itu dikenali dengan nama “PASAR PELIPIN”.Saya terkejut dan minta pemandu kereta dmex yang juga rakan saya untuk mencari tempat letak kereta kerana saya ingin merakamkan gambar dan menemuramah beberapa peniaga dipasar tersebut.Saya cukup hairan dan kagum dengan keberanian peniaga asing mahupun bangsa local kerana memberi nama kawasan tersebut dengan nama “PASAR PELIPIN”sedangkan kk adalah mejoriti penduduknya adalah dari suku kaum kdm.Bila saya masuk pula kekawasan deretan kedai cenderamata dan kraftangan,saya merasa seolah-olah berada dinegara asing kerana bahasa yang digunakan mereka adalah bahasa pelipin.Kawan saya tertawakan saya yang seperti kebingungan dan kemudian kami masuk pula dikawasan tempat makanan laut.Bermacam-macam jenis makanan laut yang boleh didapati dipasar pelipin ini termasuk juga makanan kegemaran suku kaum pelipin iaitu putu ubi kayu.Saya bertanya kepada salah seorang peniaga dalam bahasa bajjau pelipin berapa lama sudah dia berniaga ikan bakar dipasar pelipin ini,dia terus tersenyum dan berkata baru setahun lebih.Kawan saya yang seorang ini berbangsa bajjau pelipin tetapi bukan pati pelipin kerana beliau dari suku bajjau terawal disemporna.Kawan saya melarang saya mengambil gambar dikawasan pasar tesebut kerana takut nanti peniaga disitu mencurigai saya.Dia kemudian membawa saya kehujung pasar PELIPIN untuk merakamkan gambar dari jarak jauh.Sebagai orang baru dikawasan tersebut saya menurut saja arahan rakan saya untuk merakam gambar dari jarak jauh sebagai bukti wujudnya PASAR PELIPIN ini dibandaraya KOTA KINABALU.Selepas merakamkan beberapa gambar,kami pun masuk semula kekawasan PASAR PELIPIN ini untuk menjamu selera.Kami menjamu selera dikawasan warung yang menghidangkan makanan goreng-goreng.Peniaga tempat kami makan pula berketurunan bugis tapi bukan bugis pati.Dalam keseronokan menjamu selera saya terkejut dengan beberapa orang pelanggan warung bugis tempat kami makan begitu berselera sekali memakan makanan asli bugis iaitu burasa atau nama melayu sabahnya buras.Pada mulanya saya menyangka mereka ini bugis tapi bila saya Tanya kamu bangsa apa?mereka kata kadazan.Saya cuma tersenyum kerana merasa bangga ada juga suku kaum kadazan yang suka makan burasa@buras buatan bugis tempatan sabah.Saya selama ini menyangka kdm benci masakan dan makanan asli bugis seperti burasa dan coto makassar rupanya saya silap.Memang benar kata lirik lagu yang berbunyi “tak kenal maka tak cinta”…….


Read more...

Fikir-fikirkanlah sendiri

>> Jumaat, 4 Disember 2009

PEKAN KENINGAU ADA RAMAI BUGIS,BAJJAU,SULOK DAN OM TIMUR TAPI PEMBANGUNAN PEKAN KENINGAU BEGITU CEPAT MAJU BERBANDING TEMPAT LAIN YANG MEJORITI PENDUDUKNYA ADALAH KDM.MENGAPA INI BOLEH TERJADI??



PHOTO PEKAN KENINGAU DECEMBER 2009

Kadang kala saya juga pening dan bingung memikirkan situasi yang melanda di Sabah sekarang ini.Saya juga cukup hairan kenapa isu pendatang saja yang hangat diperkatakan disabah sedangkan ada banyak lagi isu penting yang boleh kita bincangkan melalui blog ke blog.Bukan saya tidak suka isu pendatang tanpa izin ini diperdebatkan tapi kalau ianya berterusan tanpa ada tindak balas dari pihak tertentu pun tiada gunanya juga.Lama-kelamaan isu pati ini jadi terbiasa dan tidak lagi diperdulikan oleh pihak yang berwajib kerana semua blogger sabahan telah memberi pandangan yang bersifat perkauman.Ada lebih baik jika kita berfikir bagaimana cara untuk membangunkan negeri sabah tanpa bantuan buruh asing selaras dengan cara kita menulis dan membaca artikel sendiri dan melaksanakannya tanpa perlu bantuan dari pihak ketiga.Mungkin cara penulisan artikel saya agak mengelirukan tapi ini adalah satu-satunya cara untuk membuatkan corak pemikiran kita terbuka kepada corak sebenar dalam ketidak termampuan diri dan orang sekeliling kita untuk memikirkan apa yang kita fikirkan.Seseorang yang berfikiran terbuka sudah pasti tidak akan terus-terusan memperkatakan perkara yang orang lain telah bahas bertahun-tahun yang lalu.Cuba kita lihat suratkabar yang menggunakan tajuk yang sama pada muka hadapan setiap hari,sudah tentu orang tidak akan membelinya kerana dianggap tajuk akbar tersebut telah berulang kali diguna pakai.Sebaliknya jika tajuk surat kabar tersebut setiap hari bertukar tajuk sudah tentu ramai orang yang akan membelinya kerana ingin mengetauhi berita terbaru yang dimuatkan dalam akbar tersebut.Fikir-fikirkanlah sendiri.

Read more...

Asal usul bangsa tidak penting


Mengakui atau tidak memperakui asal usul atau bangsa sendiri tidaklah sesuatu yang penting dalam perjuangan untuk memajukan negeri sabah.Kesinoniman terhadap sesuatu suku yang dianggap sebagai pati disabah adalah semata-mata permainan sesetengah individu tertentu saja.Saya ada bertemu dengan beberapa sahabat suluk bajau dan bugis ketika balik beraya dikeningau baru-baru ini.Saya minta pendapat mereka tentang isu suku kaum kami yang kadang kala disinonimkan dengan pati kemudian diputar balikkan kononnya pati pelipin saja yang pati disabah adalah satu teknik kurang bijak sesetengah bloggerman sabahan dalam memporak-porandakan isu pati disabah.Sahabat suluk saya berpendapat,kenapa kita mesti mahu susah hati kalau pati dihapuskan disabah kerana kita suluk,bajjau dan bugis adalah yang local dan bukannya yang pati.Mereka yang pati sebenarnya sibuk bekerja disektor pembinaan dinegeri kita dan kita pula sibuk menulis tentang mereka.Malangnya apa yang kita tulis ini pati tersebut tidak dapat membacanya juga.Akhirnya dalam kelekaan kita menulis inilah pati akan merampas semua peluang pekerjaan dan kemudian membawa balik hasil yang mereka dapat secara halal mahupun haram kenegara mereka dan kita pula hanya jadi bahan tertawaan orang lain.Pada masa kita ditertawakan oleh orang lain termasuk pati ini,siapa pula yang ingin kita persalahkan?Pada pendapat saya ada lebih baik kita menuliskan satu cadangan agar kerajaan negeri sabah membina satu pertubuhan untuk memberi tunjuk ajar kepada orang tempatan cara-cara bekerja dalam sektor pembinaan atau pertanian agar dimasa akan datang kita orang sabahan tidak lagi perlu mengambil pekerja asing untuk bekerja dalam sektor pembinaan kerana kita sudah mempunyai orang tempatan yang mahir dalam sektor tersebut.Saya juga ingin memberitahu kepada rakan blogger sabahan bahawa saya bukan ingin mempertahankan pati yang disinonimkan dengan suku kaum bugis,bajjau dan suluk.Saya menulis artikel ini sekadar ingin mengajak dan membakar semangat anak peribumi sabahan untuk bangkit bersama dengan kami bugis local,bajjau local dan suluk local untuk berganding bahu menceburi sektor pembinaan dan pertanian agar pati tidak berpeluang untuk bekerja dalam sektor yang saya sebutkan ini.

Read more...

LAWATAN KEKAMPUNG HALAMAN RAKAN SAYA

Cuti selama 15 hari beraya disabah saya gunakan untuk melawat beberapa buah kampung yang mejoriti penduduknya adalah pribumi.Kawasan kampung yang saya lawati adalah dalam kawasan daerah keningau dan Tenom saja.Tujuan saya melawat kampung tersebut adalah untuk melihat sendiri kemajuan yang mereka usahakan tanpa adanya suku kaum bugis dikampung tersebut.Terbukti apa yang para blogger sabahan perjuangkan selama ini hanya tertumpu pada kawasan bandar tanpa melihat kampung-kampung yang sebenarnya memerlukan bantuan mereka yang bijak pandai dalam penulisan tentang politik diSabah.Ketika saya masuk disebuah kampung dalam daerah Tenom,saya terkejut bila melihat rupa bentuk jalan utama untuk masuk ke kampung tersebut yang tidak diletakkan tar tetapi hanya ditaburkan batu-batu kecil sepanjang jalan.Sesampainya saya dikawasan kampung tersebut,saya terus menelefon seorang rakan berbangsa murut untuk bersama saya melawat kampung mereka.Saya beritahu rakan murut saya tujuan saya melawat kampung beliau adalah untuk melihat kemajuan kampung mereka dan rakan saya hanya tersenyum sambil berkata”kampung ini dari dulu sampai sekarang tidak ada yang berubah termasuk jalan raya untuk masuk kekampung ini”katanya.Saya ada merakamkan beberapa buah rumah dikampung tersebut untuk artikel ini tetapi rakan saya meminta agar saya tidak memasukkan gambar rumah orang-orang kampung dalam artikel ini kerana katanya itu semua tidak penting.Saya pun kehairanan dan bertanya apa maksudnya dengan perkataan tidak penting itu.Rakan saya kemudian memberitahu saya bahawa keadaan rumah yang usang dan ada yang macam mahu roboh adalah kerana tuan rumah itu sendiri yang malas untuk berusaha memperbaiki rumah mereka.Selepas hampir dua jam melawat kampung tersebut saya pun meminta diri untuk balik ke pekan keningau kerana ada kerja lagi yang hendak saya selesaikan pada sebelah petangnya pula.Rakan saya hanya meminta saya memasukkan gambar jalanraya kekampung mereka dan meminta saya tidak memberitahu nama kampung mereka kepada umum kerana katanya biarlah masa saja yang menentukan segalanya.

JALAN RAYA AWAL TAHUN 80an MASIH DIGUNA PAKAI HINGGA HARI INI

Read more...

>> Selasa, 24 November 2009

Tarikh dan masa komen: 24 Nov 09, 07:59 AM

Komen dari: pappaseng:jangan mudah cakkoro, pappasenna tomatoae selama ini udin menulis diluar sedarkah? : projek wganegara (ic projek) sebenarnya bermula sejak penubuhan malaya-malaysia, pti cina/india jadi wgnegara scra automatic. cuma cara dan kaedah berbeza jadi mencemuh projek ic d sabah adalah diskriminasi

Tarikh dan masa komen: 24 Nov 09, 12:18 PM

Komen dari:Pakkasolang tawau: sappo2 tau ugi si udin tidak salah tulis isu ic projek sebb penulisan dia melibatkan suku kaum yng bukan local agar pihak jpn mengutamakan bugis yng lahr disabh dan memiliki sijil kelahran dan buknnya mengutamakan wang rasuah untk mewarganegarakan suku kaum yng tidk dilahrkan disabh.. memang betl ckp siudin bahawa tidak adil kalau pati bugis Semua artikel yang dia tulis dapat dia berikan bukti secara bertulis mahupun sejarah,jadi kita sebagai pemberi pendapat harus membaca dngn teliti maksud artikel sappo udin kita ini.menggunakan teknik rasuah untk membeli kewarganegaraan malaysia dan anak2 bugis locl pula yng dikecam ole kdm sebagai pati disabah. Nasihat saya kepada sappo tau ugi aja ki terlampau cepat masala pahang lao ri udin..dalam bnyk2 blog bugis blog si udin inila saya rasa paling halus bahasanya..

Read more...

HENTIKAN PEMBERIAN IC PROJEK

>> Ahad, 22 November 2009

Asalamualaikum dan salam persahabatan kepada semua pembaca dan penulis blog pemudasabah,blog telupid dan blog oscardonavan atas pandangan dan nasihat dari mereka semua.Terlebih dulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis blog pemudasabah.blogspot.com yang telah membuka minda saya untuk menulis isu ic projek kepada pati bugis,bajjau,suluk,cina dan india yang begitu mudah menjadi warganegara Malaysia tanpa melalui proses yang sah.Pada penulisan saya kali ini saya menyeru kepada semua sahabat bugis local,bajjau local.cina local,suluk local dan india local yang berada disabah untuk bangkit bersama-sama pribumi sabahan menentang pemberian ic projek kepada pendatang asing yang tidak seharusnya diberikan kepada mereka.Saya tahu ramai sahabat bugis dan bajjau yang sememangnya dilahirkan disabah dan memiliki sijil kelahiran sah namun belum memiliki mykad warganegara Malaysia.Ketika memohon mykad mereka hanya diberikan taraf penduduk tetap(ic merah)penduduk sementara(ic hijau)dan yang sedihnya ada yang diberikan borang taraf sahaja sebagai pengenalan diri.Sebaliknya mereka yang datang secara haram atau halal kesabah dengan hanya menggunakan kuasa wang ringgit dapat membeli kewarganegaraan Malaysia yang seharusnya kita miliki.Pada mulanya saya juga merasa marah pada beberapa forumer sabahan yang mengaitkan bugis sebagai pati disabah namun selepas membaca satu artikel hasil penulisan blog pemudasabah.blogspot yang meminta saya berfikiran terbuka telah menyedarkan saya perjuangan sebenar mereka selama ini.Saya berharap kepada sahabat bugis local untuk bersama-sama berganding bahu dengan pribumi untuk menyekat sipembuat mykad untuk pati diSabah demi kesejateraan generasi dimasa mendatang.

Read more...

BELAJAR UNDANG-UNDANG DULU GAMAN

>> Isnin, 16 November 2009

Kepada mereka yang baru belajar menggunakan blogger agar membaca habis dan kalau boleh hafal dan simpan dikepala dasar kandungan blog atau undang-undang penggunaan perhidmatan percuma ini.Kita semua tahu bahawa sebelum makan kita seharusnya membasuh tangan,begitu juga dengan dasar kandungan blog.Sebelum kita ingin menulis artikel dan menyiarkannya kepada umum kita seharusnya mempelajari undang-undang dasar penggunaan blog yang betul.Jika anda salah seorang yang terkena tempiasnya sila klik “dasar kandungan blog”mudah-mudahan penulisan anda menepati piawaian blog.

Read more...

JANJI SAYA KEPADA PEMBERI KOMEN

Blog bugisbukanpati.blogspot.com bukanlah blog untuk memaki hamun sesuatu bangsa itu tetapi merupakan satu blog yang bakal menyatupadukan semua suku kaum yang ada diSabah.Blog ini tidak akan mengeluarkan kata-kata lucah kepada para pemberi komen walaupun pemberi komen memberikan komen dengan perkataan lucah.Saya berjanji akan membalas semua komen anda dalam bahasa yang baik walaupun saya hanya berkelulusan upsr sahaja,Insyah Allah.Kebanyakan orang yang berpelajaran ini terlupa bahawa mereka sebenarnya tidak boleh terlalu emosi ketika membuat sesuatu penulisan artikel yang mengaitkan suku kaum kerana akan memalukan diri sendiri.Sebagai seorang yang professional dalam bidang penulisan ini kita seharusnya menjaga setiap karya yang dihasilkan agar para pembaca dapat mengerti apa yang kita perjuangkan selama ini.Jika penulisan kita banyak menjurus kepada faktor propaganda dan isu perkauman maka pembaca pun akan berfikir bahawa penulis tersebut hanya tahu menulis mengikut emosinya atau teory nya saja tanpa merujuk kepada fakta kebenaran artikel yang ditulisnya itu.Memang kita sedia maklum bahawa mereka yang menulis mengikut emosi tidak akan berjaya menarik minat pembaca untuk menghabiskan pembacaan dalam sesuatu artikel tersebut.Renungkanlah dan fikirkanla sendiri kebenaran penulisanku ini.

Read more...

info pelawat blog saya

>> Sabtu, 7 November 2009

Asalamualaikum kepada semua pelawat blog saya ini,pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia am nya di keningau Sabah.Tidak lupa juga kepada mereka yang menyambut Krismas,Selamat menyambut perayaan Krismas.Saya berharap kepada para pelawat yang ada terbaca artikel saya dan rasa tersinggung,terlebih dulu saya memohon ampun dan maaf yang sebesar-besarnya dari anda semua.Raya tahun ini saya akan beraya di Seremban kerana tahun lalu saya sudah beraya di Keningau Sabah.

Read more...

Jawapan kepada pemudasabah

>> Ahad, 11 Oktober 2009



DIBAWAH INI ADALAH PERNYATAAN PEMUDASABAH YANG SAYA COPY DAN PASTE DIBLOG SAYA UNTUK MEMUDAHKAN SAYA DALAM MEMBERIKAN JAWAPAN YANG MUDAH-MUDAHAN MEMBERI SEDIKIT PENGAJARAN KEPADANYA..INSYAH ALLAH..

Kita melihat kepada banyak sampel individu yang memperolehi I/C projek dan berjaya memiliki kehidupan yang mewah, seterusnya memberi kesinambungan dari anak-cucu mereka. Jalan kejayaan yang ditempuh mereka banyak melanggar protokol perundangan Malaysia dan membelakangkan isu halal-haram.

Seperti dalam artikel saya yang saya jadikan contoh, seorang sahabat berbangsa Bugis memiliki surat beranak palsu memasuki pasukan PDRM dan berjaya menjawat jawatan Inspektor. Apakah kejayaan beliau ini boleh ditafsir sebagai kejayaan "halal" menurut perspektif undang-undang negara mahupun syariah agama itu sendiri?

Jika individu-individu yang tergolong sebangsa dan senasib dengan sahabat itu menafikan jenayah tersebut malah menyokong tindakan sebegini sebagai "sumbangan" kepada negara, apakah isu jenayah malah isu halal-haram boleh diketepikan semudah itu? Jika pemikiran PTI sebegini, maka sudah jelas niat dan cita-cita mereka.

Sebenarnya tidak susah untuk mencari kekayaan di bumi Sabah ini asal sahaja anda berani untuk memperolehinya melalui jalan yang sepatutnya. Saya mempunyai beberapa sahabat yang berasal dari Indonesia dan Thailand yang datang ke Sabah mengikut format perundangan yang ditetapkan, kini tersenyum lebar kerana memiliki kehidupan yang berjaya. Individu-individu seperti inilah yang sepatutnya boleh wujud bersama dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Gejala yang kian kenampakan dewasa ini pulak bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana PTI berusaha dengan gigihnya untuk memperolehi sesuatu bukan hak milik mereka melalui unsur-unsur rasuah. Di sinilah, isu bangsa Bugis PTI atau projek I/C sering diperkatakan oleh orang ramai.

Mungkin disebabkan kupasan saya lebih tertumpu terhadap isu bangsa Bugis PTI tersebut, menyebabkan ramai masyarakat tempatan Bugis marah dengan saya. Saya ingin memohon maaf di atas perkara tersebut tetapi saya juga ingin menegaskan sekali lagi bahawa perjuangan saya ini adalah kepada isu PTI dan Projek I/C.
Nota: saya copy dari alamat blog pemudasabah.blogspot.com
http://pemudasabah.blogspot.com

INI JAWAPAN SAYA KEPADA PERNYATAAN PEMUDASABAH.BLOGSPOT


Ini jawapan atau tanggapan saya kepada artikel muhamad firdaus Abdullah
Asalamualaikum dan salam damai kepada penulis blog pemudasabah.Terlebih dulu saya ingin mengingatkan kepada semua forumer sabahan bahawa memfitnah itu hukumnya lebih kejam dari membunuh dan harap direnungkan pernyataan tersebut.Kalau setakat mengarang cerita tanpa fakta yang terbukti itu sama dengan memfitnah orang lain.Kalau memang ada bangsa bugis yang menjadi polis dan berpangkat inspector melalui cara pemalsuan surat beranak atau i/c projek seperti yang saudara pemudasabah tulis pada artikel diatas,kenapa tidak disertakan nama,alamat dan gambarnya sekali agar semua pembaca mempercayainya.Apa alasan saudara pemudasabah untuk tidak memasukkan butiran lengkap seseorang yang dicurigai sebagai pati dan mendapat sesuatu jawatan melalui cara yang salah disisi undang-undang?Saya juga boleh berkata, bahawa saudara pemuda sabah bersubahat dengan seorang sahabat pati yang telah menjawat jawatan dalam pdrm kerana saudara pemudasabah tidak melaporkannya kepada pihak,atasannya bahawa surat beranak dan i/c  yang orang tersebut miliki untuk memasuki pdrm adalah palsu.Apakah saudara tidak punya bukti kukuh untuk membuat laporan polis atau saudara sendiri mendapat rasuah dari sahabat pdrm saudara itu?Bukankah saudara ingin menangani masalah i/c projek dan pati di Sabah?ini adalah jalan terbaik untuk saudara buktikan kepada saya tentang artikel saudara ini yang mengatakan” Seperti dalam artikel saya yang saya jadikan contoh, seorang sahabat berbangsa Bugis memiliki surat beranak palsu memasuki pasukan PDRM dan berjaya menjawat jawatan Inspektor. Apakah kejayaan beliau ini boleh ditafsir sebagai kejayaan "halal" menurut perspektif undang-undang negara mahupun syariah agama itu sendiri?
Bukankah pernyataan saudara ini telah membuktikan bahawa sahabat saudara sendiri terlibat dalam isu i/c projek?Apa tindakan yang sepatutnya saudara ambil sekarang ini??Kalau lah saya punya sahabat seperti yang saudara nyatakan ini,sudah lama saya bawa dia kemuka pengadilan biar dia tahu bahawa perbuatannya salah.Tetapi sebelum itu SAYA kenalah sediakan bukti yang mencukupi untuk membawanya kemuka pengadilan kerana silap haribulan orang yang “mendakwah akan terdakwah kembali”.Akhirkata dari saya,semua artikel  penulis blog pemudasabah.blogspot sama seperti kata orang “CAKAP TAK SERUPA BUAT”……

Read more...

KATAKANLAH YANG BENAR SAHAJA

>> Ahad, 4 Oktober 2009

Katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap,sesungguhnya yang batil itu pasti akan lenyap.Sebelum saya meneruskan penulisan artikel ini terlebih dulu saya menyambut anda semua dengan salam islam “Assalamualaikum”.Saya bukan hendak memperbesar-besarkan isu Bugis diacop sebagai pati tetapi sekadar ingin memberikan sedikit penjelasan,bahawa bugis yang telah memiliki kewarganegaraan tidak boleh dicop sebagai pati walaupun ianya baru 20 tahun berada disabah.Secara ilmiah apakah kdm dapat membuktikan secara bertulis mahupun sejarah bahawa bugis yang baru 20 tahun menetap disabah adalah pati,tanpa adanya penyiasatan terlebih dulu?Bagaimana pula kdm memberikan bukti sebagai fakta sekiranya saya mengatakan remaja bugis yang dilahirkan diSabah pada tahun 1989 dan kini telah berusia 20 tahun serta menetap disabah masih lagi dianggap pendatang tanpa izin(PATI).Tolong bagi penjelasan berdasarkan pendekatan ilmiah kerana penulis blog pemudasabah.blogspot seorang yang terpelajar dan saya pula yang mewakili suku kaum bugis hanya berkelulusan upsr.Namun Pemudasabah harus tahu bahawa saya tidak suka membaca sesuatu artikel yang berdasarkan rekayasa tanpa adanya bukti ilmiah.Sesuatu pernyataan yang diluar topic perbincangan tidak akan saya jawab sama sekali.Biarlah kita berdebat secara professional berlandaskan bukti bagi setiap pernyataan yang kita buat dan boleh menerima pendapat orang tanpa memutar belitkan fakta sebenar topic yang diperdebatkan.


Nota:petikan dari cbox saya yang dikomen oleh pemudasabah
pemudasabah: atau tawaran kerja dr syarikat tsb ada diiklankan atau tak


JAWAPAN UNTUK SOALAN PEMUDASABAH







Tentang iklan atau papan tanda mengenai pengambilan tenaga kerja ketika projek pembinaan Hotel Juta,Milimewa lama,Milimewa baru,Pasar ikan keningau,Keningau superstore dan yang terbaru Plaza Keningau,sebenarnya bukan topic perbahasan kita tetapi untuk tidak mengecewakan blog pemudasabah.blogspot.com tentang pertanyaan tersebut,saya hanya dapat berkata”Itu iklan atau papan tanda bagi pengambilan pekerja dalam sector pembinaan tidak perlu dipamerkan kerana ianya tidak memerlukan kelulusan atau sijil pelajaran.Apa yang penting pemohon tahan berjemur dibawah panasnya matahari seawal jam 7 pagi hingga jam 5 petang dan jikalau ada OT(overtime)kenalah buat juga.Bukankah ada pepatah mengatakan “Malu bertanya sesat dijalan”.Pertanyaan saya kepada pemudasabah “Apakah setiap rumah seseorang gadis di Sabah perlu diletakkan papan iklan bagi memudahkan kaum lelaki meminangnya????Soalan ini harus dijawab dan saya sedari awal telah mengingatkan bahawa setiap pernyataan itu harus dapat dibuktikan dengan pendekatan ilmiah dan bukannya bersifat putar belit yang tidak berkesudahan.



Nota:soalan dibawah ini dipetik dari c box saya yang di komen oleh pemudasabah
pemudasabah: baik jg disertakan bukti fizikal spt tender membina Hotel Juta ditawarkan kpd pihak siapa atau pihak yg membina hotel tsb menggaji tenaga buruh sah atau tidak


Jawapan kepada soalan diatas dari saya

Soalan seperti diatas sebenarnya diluar topic tentang perbahasan kita mengenai bugis dicop sebagai pati dan perampas hak sabah.Saya mengatakan pada artikel saya mengatakan “persoalannya sekarang,kenapa kdm tidak tampil memohon kerja pada masa pembinaan Hotel Juta ini dilaksanakan?.Sedangkan ini adalah satu-satunya peluang pekerjaan yang boleh deceburi oleh kdm itu sendiri sebelum dimonopoli oleh pti bugis,bugis local dan pti filipin.Selepas semua projek pembangunan di Keningau siap,ada pula suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati dan menuding jari kepada pti bugis,bugis local dan pti filipin sebagai perampas peluang pekerjaan di Sabah am nya diKeningau.Tetapi yang peliknya sebelum projek pembinaan Hotel Juta ada beberapa projek besar seperti projek pembinaan milimewa lama,milimewa baru.pasar ikan besar keningau,keningau superstore dan yang terbaru plaza keningau,namun tidak adapun kdm yang menyumbangkan tenaga menjadi buruh kasar malahan melepaskan peluang tersebut kepada pti bugis,bugis local dan pti filipin”.Saya tidak bertanyakan tender projek Hotel juta diserahkan pada siapa?jika saya beri jawapan bahawa tender tersebut diberikan kepada bugis pti,bugis local dan pati filipin anda pula akan berkata bugis dan pati merampas peluang pekerjaan yang seharusnya di berikan pada kdm.Pesanan saya sekali lagi tolong berbahas didalam topic perbahasan sebenar untuk mendapatkan persefahaman dan menjernihkan suasana yang keruh.






3 Oct 09, 12:21 AM
pemudasabah: melihat kpd foto di atas jika ini adl penulis blog, anda ini masih muda & byk lagi yg anda tak tau...begitu jg dgn diri kami yg masih kekurangan

3 Oct 09, 12:20 AM
pemudasabah: apa2 pun, nasihat saya pd anda luaskan pergaulan & byk kan mengkaji agar tdk statik & jgn anggap orang lain ini kurang berilmu ok

 Ini jawapan saya kepada soalan diatas


Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada penulis blog pemudasabah,terima kasih atas semua komen anda termasuk komen yang diluar topic perbincangan.Sebenarnya sudah lama saya mengikuti blog pemudasabah namun saya tidak berminat untuk membuat sebarang komen keatas artikel anda yang bersifat perkauman dan doktrin agar kdm membenci suku kaum bugis.Tentang nasihat pemudasabah agar saya meluaskan lagi pergaulan dan banyakkan mengkaji static untuk mengelakkan saya menganggap orang lain kurang berilmu adalah satu tanggapan yang kurang tepat.Jika saya mahu bercerita tentang pergaulan disabah sahaja pemudasabah tidak mungkin boleh mengalahkan pengalaman hidup saya dalam bergaul dengan pelbagai bangsa.Baiklah sekarang pemudasabah beranggapan bahawa anda mempunyai pergaulan yang luas.Sekarang cuba katakana kepada saya berapa buah Bandar disabah saudara pernah menetap dan apa nama kampung dibandar tersebut yang saudara pernah datangi.Apakah pemudasabah pernah ke Tenom,nabawan,Bongawan,kundasang,Ranau,beaufort,pangi,pensiangan,sook,ansip,melalap,Tawau,KPK keningau,Kimanis,Tambunan dan banyak lagi bandar,pekan,juga kampung yang tidak desebutkan disini.Tapi jangan sebutkan bandar,pekan atau kampung jika pemudasabah belum pernah melawatinya kerana saya akan minta anda berikan buktinya.Tentang cerita pergaulan disabah,bagaimana pula pergaulan saudara pemudasabah di tanah semenanjung?? Berapa ramai orang melayu, india, cina, minangkabau, banjar.jawa,Nepal,Bangladesh,Vietnam,Thailand,Myanmar dan Indonesia yang pemudasabah kenali di semenanjung saat membuat pernyataan agar saya meluaskan pergaulan dan mengkaji static ini????Terus terang saya katakan pada pemudasabah bahawa saya meninggalkan pekan keningau pada 12 hb april 1997 untuk merantau ketanah semenanjung dan sehingga sekarang  4 oktober 2009 saya masih berada disemenanjung.Berikut beberapa tempat saya pernah pergi dan bekerja selama merantau kesemenanjung,antaranya kalawei road pulau pinang,nilai negeri Sembilan,skudai johor,simpang ampat alor gajah Melaka(bukan simpang empat tapi nama tempat)puchong,subang jaya usj16,shah alam seksen 25,28,dan 18.Semua tempat tersebut saya pernah menetap dan bekerja dalam sector penternakan,operator kilang,logictic untuk Nippon elec tapi Nippon elec sekarang telah lama ditamatkan operasinya.Saya ringkaskan cerita tentang pergaulan ini,semua orang tahu bahawa jika kerja dalam sector perkilangan di shah alam kita dapat berkenalan dengan ramai suku kaum termasuk yang bukan warga Malaysia tapi bangsa asing dari beberapa buah Negara jiran seperti yang saya sebutkan diatas.Kilang tempat saya bekerja sekarang ini mempunyai 4 shift untuk staf dan 2 shift untuk kontrakter.Bayangkan 1 shift untuk staf mempunyai seramai 170 orang dan 450 orang untuk bukan staf(kontrakter).Saya rasa cukup sampai disini sahaja cerita saya untuk menanggapi komen tentang nasiahat pemudasabah untuk saya meluaskan pergaulan.




Berikut beberapa bukti bahawa saya bergaul dengan semua kaum





dari kanan mat(melayu)Ramli,ronny,jamadil(murut nabawan)Alawi(bajau)bob dan man(melayu)


dari kiri,Zulham,udins(bugis)pakcik(melayu mamak)mat(melayu)

gambar disini ketika baca doa selamat kat rumah sewa orang bugis
antara yang hadir terdiri dari bajau,bajjau,sulok,murut,rungus,bidayuh,minang,bugis,melayu dan bisayah.












ini cuma sebahagian saja yang dapat saya paparkan sebagai bukti yang saya bergaul dengan semua suku tanpa mengira apa agama mereka.


Sila klik link bugis keningau untuk ke aktiviti malam minggu saya.





Perjuangan terbaik untuk sabah adalah mengatakan kejujuran kepada semua suku kaum yang ada disabah dalam menangani isu kebanjiran pati dan bukannya melakukan propaganda.Orang yang berjuang untuk negerinya adalah orang yang berjihad melawan nafsunya sendiri dan orang yang berhijrah adalah orang yang berpindah dari jahat kepada yang baik.Dari kesimpulan ayat ini kita dapat mengetauhi erti sebuah perjuangan untuk membela semua suku kaum sabahan yang diiktiraf sebagai anak watan sabah.Oleh itu saya sarankan kepada pemudasabah agar melawati blog srs(skim rondaan sukarela) dimana kami semua tidak kira bangsa dan agama bersama-sama mencegah perbuatan jenayah di taman srimuda shah alam Selangor d.e.Sesetengah orang mengharapkan upahan berupa wang ringgit untuk membantu pihak berkuasa menangani isu jenayah,tetapi kami srs taman srimuda tidak mengharapkan wang ringgit untuk membuat rondaan sukarela pada setiap malam minggu.Saya cadangkan kepada pemudasabah jika kalian memang bersungguh-sungguh ingin menangani isu pati disabah sila bagi kerjasama kepada kerajaan kita tanpa mengharapkan wang ringgit dan jangan suka menulis sesuatu pernyataan demi kepentingan diri sendiri.Mungkin pemuda sabah hanya dapat menyatukan kdm disabah saja tetapi pemudasabah tidak tahu bahawa bangsa yang selama ini saudara anggap SEBAGAI PENDATANG ASING telah menyatu padukan sebahagian besar suku kaum sabah yang bekerja disemenanjung sejak 2003 dan kini kami mempunyai satu tabung kebajikan yang ditubuhkan pada 2006 dan diberi nama T.K.W.S(Tabung kebajikan warga sabah).Untuk keterangan lanjut sila klik tabung T.K.W.S.

Read more...

>> Isnin, 28 September 2009

Asalamualaikum dan salam persahabatan kepada semua Pribumi sabahan,Saya berharap selepas kamu membaca beberapa artikel yang ada di blog ini,pemikiran salah anggap kamu terhadap bangsa bugis dapat dikurangkan.Bangsa kami bugis sangat suka bergaul dengan semua bangsa yang ada di Malaysia tidak kira apapun agama mereka.Selamat hari RAYA AIDILFITRI 2009.



Read more...

Kacukan Bugis Dusun atau ringkasnya "BUSUN."

>> Sabtu, 26 September 2009


Adik kecil ini adalah anak buah saya,bapa nya "BUGIS mama nya "DUSUN" dan dilahirkan di keningau SABAH.Apakah anak buah saya ini masih di anggap PATI oleh PRIBUMI SABAHAN????

Read more...




Apakah dengan merambat ikan pun bugis dianggap perampas harta SABAHAN?????

Read more...


Apakah ikan kalapia ini pun kami rampas dari pribumi Sabahan???

Read more...

Bugis bukan perampas hak dan harta Sabahan


Asalamualaikum dan salam mesra kepada semua rakyat Malaysia.Saya pernah terbaca satu artikel di blog pemudasabah.blogspot mengenai suku kaum bugis yang dianggap oleh pribumi Sabahan sebagai perampas hak mereka di Sabah.Kalau memang benar bugis ini perampas hak atau harta bumi Sabah,tolong senaraikan butiran atau jenis benda yang kami(bugis)rampas dari bangsa pribumi Sabahan.Sepengetauhan saya di pantai barat sabah seperti Tawau sememangnya di monopoli oleh suku kaum bugis seawal tahun 1880.Jadi tidak hairanlah kalau mejoriti suku kaum bugis memiliki tanah persendirian atau tanah pusaka yang diwarisi dari nenek moyang mereka.Kalau di keningau,tenom,sipitang,beofort,papar,bongawan dan kawasan lain suku kaum bugis sedikit bilangannya tetapi pada tahun 1979 suku kaum bugis dari pantai barat sabah berhijrah ke seluruh pelusuk sabah untuk bekerja sebagai buruh kasar.Suku kaum bugislah bangsa pertama menumbangkan kayu balak disabah dan menjadi peneroka hutan rimba sehingga menjadikan sabah sebuah negeri yang maju hingga ke hari ini.Kalau ada suara sumbang dari penulis blog lainnya yang mengatakan penumbang kayu balak pertama disabah bukan bugis,tolong berikan saya namanya.Setahu saya penumbang kayu balak terawal disabah namanya lakalasi yang berasal dari nunukan Indonesia dan mula menebang balak pada tahun 1964 di pulau tambisan lahad datu dengan menggunakan gergaji besi panjang.Walaupun nama lakalasi ini tidak ada dalam sejarah awal penerokahan balak disabah namun saya mengetauhinya dari datuk saya yang turut sama bekerja pada tahun itu.Apakah ini yang mereka(pribumi) anggap sebagai perampas hak mereka kerana menebang balak terlebih dulu sebelum pribumi sendiri menebangnya?????????

Read more...

Mesti klik baru boleh tahu

>> Jumaat, 25 September 2009

Kepada semua pembaca blog saya ini,sila klik disini untuk ke laman web keningaukini dimana mereka mengatakan bugis itu adalah pati.

Read more...

Mereka semua ini berbangsa bugis dan dilahirkan di Sabah.



























Read more...

bugis bukan pati


Asalamualaikum dan salam mesra kepada pelawat blog saya ini...Tujuan saya menggunakan tajuk blog yang berbunyi "BUGIS BUKANNYA PATI DISABAH" sekadar ingin membela bangsa saya(bugis)yang selama ini di kritik oleh sesetengah golongan remaja di Sabah am nya di Keningau.

Read more...

Arung Palakka, Putra Terbaik Tanah Bugis



Arung Palakka (lahir di lamatta, mario-ri wawo, soppeng , 15 september 1634 wafat di bontoala 6 april 1696 dalam usia 61 tahun) adalah sultan bone dari tahun 1972-1696. Saat masih jadi pangeran, ia memimpin kerajaannya dalam meraih kemerdekaan dari kesultanan gowa pada tahun 1660-an. Ia bekerjasama dengan belanda dalam merebut kotamakassar.Palakka membawa suku bugis menjadi kekuatan maritim besar dan mendominasi kawasan tersebut selama hampir seabad. Arung Palakka bergelar “La Tan-ri tatta To urong To-ri SompaE Petta MalampE’E Gemme’na Daeng Serang To’ Appatunru Paduka Sri Sultan Sa’admuddin, [MatinroE-ri Bontoawala], Arung Bone.



BIOGRAFI


Lahir di lamatta, Mario ri Wawo, Soppeng, Tanggal 15 september 1634, anak dari Lapottobunna, Arung Tanah Tengnga dengan istrinya, We Tan-ri Suwi, Datu Mario-ri Wawo, anak dari La tan-ri Ruwa Paduka sri sultan adam, arumpone bone. Arung Palakka meninggal di bontoala, kerajaan gowa (sekarang kabupaten Gowa) pada tanggal 6 april 1969 di makamkan di bontobiraeng.



PERNIKAHAN

-Menikah pertama dengan Arung Kaju (bercerai)
-Menikah ke dua kalinya dengan sira Daeng Talele karaeng ballajawa pada 16 maret 1668 (bercarai pada 26 januari 1671), (lahir pada 10 september 1634, meninggal 11 februari 1721), sebelumya istri dari karaeng bontomaronu, dan karaeng karunrung’ Abdul hamid, mantan tuma bicara-butta gowa, anak perempuan dari I-MALLEWAI Daeng Manasa karaeng mataoya, karaeng cendrana dan kadang sebagai Tumalailng gowa, oleh istrinya, daeng mangeppe, anak dari I-mallingkaang daeng mannyon-ri karaeng matoaya sultan abdullah awwal al-islam, karaeng tallo.

-Menikah ketiga kalinya di soppeng, 20 juli 1673 dengan We tan-ri pau adda sange datu ri watu [matinroe_ri madello] datu soppeng, sebelumnya istri dari la suni, adatuwang sidendreng, dan anak perempuan dari La tan-ri bali beowe II, datu ri soppeng.

-Menikah ke empat kalinya pada 14 september 1684, dengan Daeng marannu, karaeng laikang (meninggal pada 6 mei 1720), sebelumnya istri dari karaeng bontomanopo muhammad, dan anak dari pekampi daeng mangempa karaeng bontomanonu, gowa.



ARUMPONE BONE


Menggantikan ibunya sebagai datu Mario_ri Wawo ke 15. Mendapatkan gelar arung palakka sebagai hadiah membebaskan rakyatnya dari penjajahan makassar. Di akui oleh belanda sebagai arung pattiru, palette, dan palakka di bone dan dautu mario-ri wawo di soppeng, bantaeng, dan bontoala, 1670.





Prinsip Orang Bugis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Prinsip Orang Bugis

  • 1. Keturunan yang diajarkan bagaimana mempertahankan kehormatan keluarga.
  • 2. Keturunan yang dibesarkan dengan memandang perempuan sebagai simbol kehormatan keluarga.
  • 3. Keturunan yang diajarkan untuk menjaga martabat orang lain dan dirinya sendiri.
  • 4. Keturunan yang diajarkan untuk tidak tunduk kepada orang lain.
  • 5. Keturunan yang ingin bebas merdeka berjuang dan berusaha untuk bertahan hidup.
  • 6. Keturunan yang berabad abad mentalnya telah dibentuk dan ditempa dengan keras oleh gelombang
  • 7. Keturunan yang diajarkan berani menghadapi masalah dan tidak lari dari kenyataan hidup.dan
  • 8. Keturunan yang berani berbicara hanya jika ada BUKTI.

(SALAMA TOPADA SALAMA)

SUMBER: http://www.rappang.com/2009/11/prinsip-orang-bugis.html


keterangan

SILA KLIK "DISINI" UNTUK PENJELASAN TENTANG BLOG SAYA

Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan...
Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi






SENARAI BLOG SAYA

Satisfaction.com Free Comment Codes Satisfaction.com Free Comment Codes

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP