Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah,Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama bagi Persekutuan (Malaysia).
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
KOMEN DARI BlueGene
BlueGene berkata... Assalam alaikum
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut maal hijrah. Sebagai umat Islam kita harus bersyukur kerana dilanjutkan usia oleh Allah SWT untuk menjalani kehidupan di tahun baru.
Saya sebagai anak berdarah Bugis berasa sedih dengan apa yang diutarakan oleh blog-blog yang bersifat perkauman.
Dari sudut fakta sejarah, Bugis bukannya pendatang sama ada di seluruh pelusuk Malaysia amnya dan Sabah khasnya. Orang Bugis telah dikenali olel ahli sejarah, ahli sosiologi seperti Barbara Watson Andaya dan Dr. Christian Pelras sebagai "Sea fearers" dan "trader" sejak berkurun lamanya. Sulawesi, Selatan Filipina, Kepulauan Borneo, Semenanjung Malaysia, Singapura, Utara Australia telah dijelajahi dan diterokai oleh Orang Bugis sebelum kedatangan imperialis Barat.
Dalam Islam, tiada soal siapa pendatang siapa Pribumi. Kesemuanya sama rata dan sama rasa, hanya melainkan DUIT (Doa, Usaha, Ikhtihar, dan Tawakkal). Bumi ini milik Allah SWT bukannya milik mutlak Pribumi. Rezeki Allah SWT terbentang luas dan senantiasa ada di mana-mana saja termasuklah di angkasa lepas sana.
Orang Bugis telah mengamalkan budaya global. Ini dapat dibuktikan dengan petikan Orang Bugis yang saya dapat tahu daripada pembacaan jurnal sosiologi dan antropologi yang berbunyi begini "tegi-tegi maega bua-bua, ko gitu taue lao masappa'." Maka tidak patut Orang Bugis dilabel sebagai PATI.
*****************
Bagaimana jika saya meniupkan sentimen perkauman dengan rakan-rakan Bugis saya di IPTA, IPTS, Jabatan-jabatan Kerajaan, Komuniti Peniaga dan Usahawan, Persatuan-persatuan Kebajikan Bugis SeMalaysia, dan sebagainya?
Sudah tentu saya akan mengajak mereka supaya berusaha untuk mencapai kemajuan dalam bidang politik, ekonomi, sosial. Kerana jika ketiga-tiga bidang ini dikuasai, bukan sahaja Sabah boleh dikuasai malah Malaysia. Apa keturunan Dato' Seri Najib Razak? Sudah tentu berketurunan Bugis. Asian Research Institute of Singapore ada meriwayatkannya (artikel ini ada dalam simpanan saya).
Orang Bugis terikat kepada dua perkara iaitu (1) agama Islam dan (2) budaya Bugis. kedua-dua perkara ini menganjurkan kebaikan dan menegah keburukan.
Saya ada juga menyimpan keratan artikel blog Pemudah Sabah dalam bentuk software. Seandainya Pemudah Sabah atau mana-mana pihak menimbulkan provokasi atau konfrontasi atau kedua-duanya sekali, saya akan menggerakkan "peperangan maya" sama ada menggunapakai taktik Tsun Zu atau taktik tentera SS German semasa perang dunia kedua atau kedua-duanya sekali. Ihre Sinde findet sie herraus!!!
Apapun, egalite, fratenite, liberte harus diutamakan tanpa mengira apa jenis warna kulit, budaya, dan agama.
Saya memahami secara jelas, jitu, dan tuntas bahawa Orang Pribumi Sabah tidak memiliki ekuiti ekonomi di tanah tumpah sendiri dan kekuatan politik dan sosial mulai goyah. Dengan memprovok Orang Bugis dapatlah mengubati hati yang sedang gundah gulana. Jika Pribumi Sabah (Kadazan Dusun, Bajau, Murut, dan lain-lain) memiliki ekuiti ekonomi dan kekuatan sosial dan politik sudah tentu Orang Bugis yang berwarga negara tidak disifatkan sebagai PATI. Jika tidak percaya tunggu dan lihat. Saya mampu membuktikannya secara hypotheses.
......
Saudara, ada masa saya baca artikel saudara seluruhnya. Buat masa ini saya sibuk menekuni Bahasa Jerman dan Jepun dan mencari duit lebih agar saya boleh mengambil MBA dan PPL.
Oh ya sekiranya saudara ada mengetahui persatuan-persatuan Bugis kongsikan dengan saya. Saya juga buat masa ini sedang menuggu khabar tentang penubuhan Penyatuan Melayu Berdarah Bugis yang sedang diusahakan oleh Andi' Izzati Husnah dan Daeng Andi' Ahmad.
Sam the Bugis