ASALAMUALAIKUM DAN SALAM MESRA KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG BUGISBUKANPATI.BLOGSPOT.COM.BLOG INI BUKAN BLOG POLITIK ATAU BLOG UNTUK MEMECAH BELAHKAN MASYARAKAT DISABAH.KEWUJUDAN BLOG INI SEKADAR INGIN MEMBERI PENJELASAN KEPADA UMUM,BAHAWA SUKU KAUM BUGIS YANG ADA DISABAH DAN MEMILIKI PENGENALAN DIRI YANG SAH TIDAK BOLEH DICOP ATAU DILABEL SEBAGAI PENDATANG TANPA IZIN ATAU SINGKATANNYA PATI DAN BLOG INI TIDAK BERMAKSUD UNTUK MENENTANG MANA-MANA ORGANISASI YANG ADA DISABAH.SEKIRANYA ADA ARTIKEL SAYA YANG TERLALU KASAR PENGGUNAAN AYATNYA.PEMBACA BOLEH BERIKAN KOMEN ATAU PENDAPAT YANG BERNAS DIKOTAK CBOX YANG TELAH DISEDIAKAN DIBLOG INI DAN SAYA AKAN MEMADAMKAN ARTIKEL TERSEBUT DARI BLOG INI DENGAN SERTA MERTA.







Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah,Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.


Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama bagi Persekutuan (Malaysia).


Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia



Memaparkan catatan dengan label berita kosmo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita kosmo. Papar semua catatan

Agensi Malaysia dan Indonesia cari jalan kurangkan kos ambil pekerja

>> Isnin, 1 Mac 2010

TERKINI

Agensi Malaysia dan Indonesia cari jalan kurangkan kos ambil pekerja


25/02/2010 9:26pm

JAKARTA — Agensi-agensi pekerja asing Indonesia dan Malaysia hari ini sepakat untuk mencari jalan bagi mengurangkan kos pengambilan pekerja Indonesia ke Malaysia dalam usaha mengurangkan beban kepada pekerja dan majikan.

Kesepakatan ini dicapai dalam satu perjumpaan di Kedutaan Besar Malaysia di sini selepas kedua-dua pihak membentangkan struktur kos bagi pengambilan tenaga kerja Indonesia untuk dihantar ke Malaysia, yang didapati melibatkan perbelanjaan berjumlah RM6,100.

Perjumpaan yang diatur atas inisiatif Kedutaan Besar Malaysia di sini, membabitkan penyertaan 55 orang, yang mewakili Assosiasi Perusahaan Jasa Tenaga Kerja Indonesia (Apjati), Perusahaan Jasa Tenaga Kerja Indonesia (PJTKI), Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) serta agensi-agensi pekerja asing di Indonesia.

Dalam perbincangan yang dipengerusikan oleh Duta Besar Malaysia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan itu, agensi pekerja asing di kedua-dua belah pihak menyatakan kesediaan untuk melihat bagaimana kos itu dapat dikurangkan.

Selain kos tetap yang dikenakan oleh kerajaan Indonesia dan Malaysia mengikut keperluan undang-undang dan peraturan, kos-kos lain seperti kos latihan dan kos penajaan didapati terlalu tinggi sehingga menyebabkan kos pengambilan pekerja itu menjadi besar. - Bernama


Nota:Sumber berita dipetik dari kosmo online

Read more...

Murid tiada sijil lahir mula sekolah

>> Jumaat, 8 Januari 2010

NEGARA

Murid tiada sijil lahir mula sekolah


SHARIDDANIEL bersalaman dengan Mansor sambil disaksikan oleh Mat (dua dari kanan) di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis, Kuala Perlis semalam.


KUALA PERLIS - Lapan daripada 10 murid di sini yang gagal mendapat tempat di tahun satu kerana tidak memiliki sijil lahir akhirnya dibenarkan mengikuti sesi persekolahan semalam.

Kesemua mereka termasuk seorang cucu nelayan, Shariddaniel Abdullah, 7, didaftarkan di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis di sini.

Keputusan itu melegakan ibu bapa kanak-kanak terbabit kerana anak mereka kini didaftar sebagai pelajar tempatan sekali gus membolehkan mereka menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat berkata, keputusan itu diambil selepas mendapat surat jaminan dan akur janji daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis, Mat Hassan bahawa kanak-kanak itu dilahirkan di negara ini.

"Selepas mengadakan perbincangan dengan wakil rakyat, kami bersetuju menempatkan murid-murid ini demi masa depan mereka tetapi dengan syarat ibu bapa mereka perlu menyelesaikan pendaftaran anak masing-masing di Jabatan Pendaftaran Negara dengan segera," katanya ketika ditemui.

Nota:sumber asal kosmo online

Read more...

Datuk pelik cucu bukan warganegara

>> Rabu, 6 Januari 2010



SEDIH... Shazriddaniel (kiri) keluar dari sekolah bersama datuknya, Yusof selepas pihak sekolah tidak mendaftarkannya sebagai warganegara Malaysia ekoran masalah dokumen pengenalan diri di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis kelmarin.


KUALA PERLIS - Seorang nelayan kesal apabila cucunya, Shazriddaniel Abdullah, 7, terpaksa mendaftar sebagai pelajar warga asing di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis hanya kerana ibu bapanya bernikah di Thailand dan tidak mendaftarkan perkahwinan di negara ini.

"Memang anak saya Shamsuddin Yusof, 30, dan bekas isterinya, Shafidah Shafie, 29, berkahwin di Thailand tetapi cucu saya dilahirkan di Malaysia, mengapa dia (cucu) tak mendapat status warganegara."

Demikian kata Yusof Osman, 51, yang terkilan apabila cucunya itu tidak mendapat taraf warganegara dalam surat beranak yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Nota:sumber kosmo online

Read more...

Kami dihujani lebih 200 peluru'

>> Isnin, 28 Disember 2009

'Kami dihujani lebih 200 peluru'


DARI kiri, Musa, Akhmadi, Mohd. Arif dan Ahmad Faizul bersama ibu masing-masing ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu semalam.



KERATAN Kosmo! 16 November 2009.


KUALA TERENGGANU - "Ingatkan kami sudah tidak ada harapan untuk hidup lagi tetapi syukur Alhamdulillah, nyawa kami masih panjang."

Demikian luah empat nelayan dari Kampung Baru Sebarang Takir dekat sini, iaitu Musa Mahammad, 33, Mohd. Arif Rosli, 20, Akhmadi Daud, 28 dan Ahmad Faizul Sulong, 23, ketika mereka ditahan penguat kuasa Indonesia pada 10 November tahun lalu kerana didakwa menceroboh perairan negara itu.

"Bot kami dihujani lebih 200 peluru ketika terserempak dengan pihak berkuasa Indonesia ketika sedang menangkap ikan di sempadan Malaysia-Indonesia dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi hari tersebut," dakwa Musa.

Menurut Musa, ketika itu, bot mereka dikejar pihak berkuasa negara tersebut selama kira-kira 15 minit dan mereka sudah mula membayangkan ajal apabila mereka tidak mampu berbuat apa-apa selain cuba melarikan diri.

"Ketika itu kami ditembak bertalu-talu dan kami hampir putus harapan dan hanya berserah selepas bot kami berjaya dipintas dan dihimpit," katanya.

Beliau ditemui bersama tiga rakannya ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud malam semalam selepas mereka dibebaskan oleh pihak berkuasa Indonesia dari pusat tahanan di Pontianak, Kalimantan, Indonesia.

Bagaimanapun, satu-satunya mangsa yang terkena tembakan dalam kejadian tersebut iaitu tekong bot itu, Che Wan Budiman Che Wan Ngah, 31, masih ditahan di pusat tersebut menanti hari perbicaraan yang dijangka berlangsung 8 Januari ini.

Nota:dipetik dari sumber kosmo

Read more...

Penunggu hutan Keningau

>> Ahad, 27 Disember 2009

Penunggu hutan Keningau

Legenda Tombiruo dan Rogon masih popular di Sabah.


POKOK ara sering dikaitkan dengan penunggu hutan.


SEMASA Amiruddin mendengar berita sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, Sabah, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya, kekasihnya. Gadis itu ialah antara mangsa yang terlibat.

Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu.

Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman.

Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu. Amiruddin atau Rogonkah yang lebih dahulu menemui Wan Suraya?

Rogon tersebut ialah salah satu watak dalam novel seram, Semangat Hutan karya penulis prolifik kelahiran Papar, Ramlee Awang Murshid.

Latar belakang novel itu mengambil tempat di hutan Keningau yang sememangnya terkenal dengan cerita-cerita misteri penunggu hutan.

Bagi etnik Kadazandusun di Sabah khususnya yang tinggal berdekatan hutan Keningau hingga sempadan Sandakan, semangat hutan itu akan terus ada dalam kehidupan mereka.

Dan kerana tingginya semangat hutan yang dipercayai menjaga keamanan hutan Keningau, Ramlee menukilkan mengenai Rogon dan satu lagi makhluk hodoh, Tombiruo dalam novel-novelnya.

Imaginasi

“Entiti Tombiruo dan Rogon adalah simbolik kepada unsur kebaikan dan kejahatan yang ada di dalam hutan.

“Secara tidak langsung, entiti ini juga membuka minda kita agar lebih menghormati hutan, tetapi bukan menyembahnya,” tegas beliau.




Ramlee memberitahu, Tombiruo, seperti yang digambarkan dalam novelnya dengan tajuk yang sama, merujuk kepada hantu hutan atau mahkluk hodoh yang mendiami belantara.

“Entiti ini lebih bersifat pelindung. Ia melindungi hutan daripada dimusnahkan oleh manusia yang berniat jahat.

“Orang dahulu juga menggambarkan Tombiruo sebagai berwajah buruk dan sesiapa yang terserempak dengan semangat ini akan ditimpa sial,” jelas Ramlee.

Rogon pula dari pandangan Ramlee dan cerita lama yang dikutip daripada pelbagai sumber, lebih bersifat kejam. Ia lebih bersifat kebinatangan berbanding Tombiruo.

Semangat hutan itu turut dikaitkan dengan insiden kehilangan individu di hutan Sandakan yang sehingga kini masih belum terjawab.

“Ia berlaku sekitar lewat 1980-an. Hutan Sandakan yang bersempadan dengan hutan Keningau gempar apabila individu tersebut dilaporkan hilang secara misteri.

“Walaupun dijejaki menggunakan anjing pengesan, mangsa gagal ditemui. Yang membingungkan, anjing itu beberapa kali mengelilingi sebatang pokok,” cerita Ramlee.

Di situlah, mereka menjumpai tinggalan tulang manusia dan beberapa helai pakaian yang dilipat kemas.

Sejak itu, pelbagai spekulasi timbul termasuk ada yang mendakwa ia angkara semangat hutan ataupun manusia kanibal.

Bagi masyarakat Kadazandusun yang amat menghormati hutan, kata Ramlee, kejadian seumpama itu dipercayai berlaku kerana niat manusia yang mahu merosakkan kesucian hutan.

“Jadi, semangat hutan ini, kemungkinan Tombiruo atau Rogon, melakukan sesuatu untuk melindungi hutan yang menjadi tempat tinggalnya,” ungkapnya.

Jelas beliau, biarpun apa yang dinukilkan di dalam novel-novelnya itu disulam dengan elemen fiksyen dan imaginasi, Ramlee percaya hutan adalah kawasan yang penuh dengan pantang larang.

“Kita tidak akan tahu siapa atau apa yang berada di dalamnya. Dan seringkali kita terlupa terdapat satu lagi ‘alam’ yang perlu dihormati,” katanya.

Kayu ara

Baru-baru ini, satu lagi insiden mengejutkan penduduk daerah itu. Makhluk berkepala besar tanpa kaki dan tangan ditemui di Kampung Kapayan Baru dekat Keningau.

“Ia benar-benar wujud dan menakutkan – akui Rapail Igau, 49, seperti dipetik New Sabah Times.

Rapail yang merupakan seorang kakitangan Yayasan Sabah memberitahu, beliau tanpa sengaja merakam gambar makhluk halus itu menggunakan kamera telefon bimbit pada 21 Oktober lepas.

Imej yang didakwa makhluk halus itu juga telah diuji ketulenannya.

Menurut Rapail, pada petang kejadian beliau melawat Empangan Pengairan Kampung Kapayan Baru yang baru sahaja siap dibina sambil ditemani seekor anjing belaannya.


RAMLEE AWANG MURSYID


Katanya, beliau merakam beberapa sudut empangan tersebut untuk tujuan dokumentasi, tetapi tidak menyangka sekeping daripada kira-kira 20 rakaman menghasilkan imej seperti manusia berkepala ganjil tanpa kaki dan tangan duduk di atas leher anjingnya.

Kira-kira satu meter dari tempat anjingnya berdiri pula, terdapat sebatang pokok ara yang dikatakan telah wujud sejak tahun 60-an lagi.

Pokok itu sejak sekian lama diketahui oleh penduduk kampung itu sebagai berpenunggu.

Empangan air itu dibina bagi menggantikan empangan konvensional atau dikenali sebagai kinalian untuk kemudahan pengairan kepada ratusan pesawah di kampung itu.

Sejak awal tahun 60-an, kawasan itu terkenal sebagai berpenunggu dan setiap kali penduduk membaiki empangan kinalian, upacara pen- yembahan dilakukan bagi mengelak gangguan makhluk halus.

Rapail memberitahu, nenek moyang mereka akan menyembelih ayam putih atau babi sebelum aktiviti gotong-royong dijalankan bagi membaiki ampangan kinalian itu.

Bagaimanapun katanya, habitat makhluk itu mungkin terganggu ekoran daripada projek pembinaan empangan moden itu.

Kisah rakaman gambar penunggu hutan Rapail ini hanya akan memanjangkan lagi legenda Tombiruo dan Rogon di kalangan masyarakat Sabah.

Nota:Dipetik dari berita kosmo


Read more...

Kena 'badi' tol Jelapang - Bas ekspres dua tingkat rempuh penghadang 10 maut

Kena 'badi' tol Jelapang - Bas ekspres dua tingkat rempuh penghadang 10 maut


MAYAT penumpang disusun di hadapan bas dua tingkat Sani Express selepas nahas di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang awal pagi semalam.





IPOH - Bas ekspres dua tingkat Sani Express yang meninggalkan Terminal Bas dan Teksi Seksyen 17, Shah Alam pukul 9 malam kelmarin sepatutnya menurunkan dengan selamat 48 penumpangnya di destinasi masing-masing pagi semalam sepanjang perjalanan menuju ke Kangar.

Di dalam bas itu, penumpang yang juga pekerja kilang pencetakan di Shah Alam, Noor Jismi Noordin, 25, berdebar-debar pulang ke Kangar untuk majlis pertunangan dengan gadis pilihannya, Rosma Abdullah, 23, petang ini.

Pemandu kontena dari Taman Setia, Klang, Shaharin Mohd. Nor, 61, pula menuju ke Kuala Perlis untuk membawa pulang kenderaan syarikat dan seperti mahu mati bersama, dia berjaya memujuk isteri, Supiah Adam, 46, untuk menemaninya.

Ng Poh Ngoh, 23, dari Taman Desa Seraya, Alor Setar memikul tanggung jawab sebagai anak harapan keluarga ketika menghadiri temuduga kerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur selepas menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.

Dia ditemani adik bongsunya, Ng Kah Kit, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Shin Min, Alor Setar.

Hayat kesemua lima penumpang itu, bersama lima lagi yang lain berakhir di dalam bas tersebut selepas ia terbabas dan merempuh penghadang jalan di Kilometer 272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang (arah selatan) pukul 1 pagi semalam.

Nota:Dipetik dari berita kosmo


Read more...

SUKAN SEA edisi ke-25 di Laos menutup tirainya kelmarin.

>> Isnin, 21 Disember 2009


WAJAH-wajah ceria sebahagian daripada ahli kontinjen negara selepas menamatkan saingan pada Sukan SEA XXV Laos dengan mengutip 40 pingat emas.

SUKAN SEA edisi ke-25 di Laos menutup tirainya kelmarin.

Laos, sebuah negara kerdil di Asia Tenggara, berjaya melaksanakan peranan mereka sebagai tuan rumah dengan baik meskipun sebelum ini pelbagai masalah yang dihadapi khususnya dari segi kewangan.Dalam serba kekurangan, perjalanan temasya tersebut lancar dan Laos boleh bermegah kerana akhirnya nama mereka tercatat sebagai antara negara yang pernah menganjurkan Sukan SEA. Mungkin kejayaan Laos ini akan mendorong Kemboja untuk turut tampil sebagai tuan rumah pada masa akan datang.Apa pun, Sukan SEA kali ini menceritakan seribu satu macam peristiwa membabitkan kontinjen negara kita, Malaysia.40 pingat emas berjaya dibawa pulang tetapi pingat paling berharga sudah pastinya emas yang diperoleh oleh skuad bola sepak dan juga daripada skuad badminton wanita.Dua pasukan ini telah menamatkan penantian yang begitu lama dan kejayaan mereka meraih pingat emas seolah-olah Malaysia adalah juara Sukan SEA.Pingat untuk acara bola sepak dianggap sebagai 'ibu segala pingat' dalam mana-mana temasya sukan.Ia cukup glamour dan akan dikenang sampai bila-bila.Jika seseorang atlet renang, olahraga mahupun sukan lain berjaya menang sepuluh pingat emas sekali pun pada sesuatu temasya sukan seperti ini, ia tidak akan menjadi topik perbualan.Bola sepak tetap diperdebatkan panjang lebar lebih-lebih lagi apabila berjaya menjulang emas. Ia akan dikenang bertahun-tahun lamanya dan sentiasa segar dalam ingatan peminat sukan tempatan.Begitulah kuatnya penangan sukan bola sepak dan kejayaan Malaysia meraih emas acara tersebut di Laos akan terus menjadi perbualan peminat seantero negara, percayalah dan mereka tidak akan ingat sumbangan perenang Daniel Bego dalam acara renang yang menang lima emas, tetapi emas bola sepak akan tetap menjadi tumpuan.Emas sudah digenggam, dan ia saya anggap sebagai memberi mesej kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar mereka tampil dengan gaya 'emas' dalam melaksanakan agenda pembangunan bola sepak negara selepas ini.Itu bola sepak. Keseluruhannya, (maksud saya pencapaian kontinjen negara) agak memuaskan kerana wira negara berjaya membawa pulang 40 pingat emas dari Laos. Pencapaian yang melebih sasaran 35 emas yang diletakkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).Bagi saya, ia bukan kejayaan. Ia masih lagi memperlihatkan kelemahan. Sepatutnya pada peringkat Sukan SEA, atlet negara tampil dengan prestasi yang lebih baik.Kejayaan memperbaharui rekod Sukan SEA belum boleh dibanggakan lagi berdasarkan corak latihan yang dijalankan oleh atlet kita yang memberi sasaran kepada persediaan temasya yang lebih besar daripada Sukan SEA.Persediaan atlet kita adalah ke arah Sukan Olimpik dan Komanwel tetapi, pada peringkat Sukan SEA ramai yang tumbang. Adakah ini kejayaan? Pingat emas pula banyak disumbangkan oleh sukan yang tidak dikategorikan di bawah program Raod to London.Nampaknya, MSN kena kaji balik kelemahan-kelemahan ini.Kalau berdasarkan program latihan atlet, pingat emas Sukan SEA sepatutnya 'kacang' buat atlet negara.Rekod yang dicatat juga gagal menyamai pemenang pingat perak Sukan Asia dan ia petanda yang membimbangkan.Kalau setakat memperbaharui rekod kejohanan mahupun kebangsaan, ia sama sekali tidak menjanjikan kejayaan pada peringkat Sukan Asia.Memang tidak dinafikan kejayaan meraih 40 pingat emas pada temasya di Laos sesuatu yang membanggakan tetapi berapa ramaikah atlet yang menang emas itu berpotensi untuk mempersembahkan kejayaan yang sama pada peringkat Asia?Latihan kita disasarkan kepada persediaan untuk Sukan Olimpik tetapi pada peringkat Sukan SEA sudah gagal.Sukan SEA sepatutnya tempat atlet kita menuai emas bukannya tempat untuk memberi alasan selepas mencapai kegagalan.Nampaknya, skuad olahraga perlu bersedia dengan alasan terbaik untuk diajukan kepada MSN selepas ini ekoran prestasi atlet mereka yang sangat mengecewakan di Laos.


Read more...

Arung Palakka, Putra Terbaik Tanah Bugis



Arung Palakka (lahir di lamatta, mario-ri wawo, soppeng , 15 september 1634 wafat di bontoala 6 april 1696 dalam usia 61 tahun) adalah sultan bone dari tahun 1972-1696. Saat masih jadi pangeran, ia memimpin kerajaannya dalam meraih kemerdekaan dari kesultanan gowa pada tahun 1660-an. Ia bekerjasama dengan belanda dalam merebut kotamakassar.Palakka membawa suku bugis menjadi kekuatan maritim besar dan mendominasi kawasan tersebut selama hampir seabad. Arung Palakka bergelar “La Tan-ri tatta To urong To-ri SompaE Petta MalampE’E Gemme’na Daeng Serang To’ Appatunru Paduka Sri Sultan Sa’admuddin, [MatinroE-ri Bontoawala], Arung Bone.



BIOGRAFI


Lahir di lamatta, Mario ri Wawo, Soppeng, Tanggal 15 september 1634, anak dari Lapottobunna, Arung Tanah Tengnga dengan istrinya, We Tan-ri Suwi, Datu Mario-ri Wawo, anak dari La tan-ri Ruwa Paduka sri sultan adam, arumpone bone. Arung Palakka meninggal di bontoala, kerajaan gowa (sekarang kabupaten Gowa) pada tanggal 6 april 1969 di makamkan di bontobiraeng.



PERNIKAHAN

-Menikah pertama dengan Arung Kaju (bercerai)
-Menikah ke dua kalinya dengan sira Daeng Talele karaeng ballajawa pada 16 maret 1668 (bercarai pada 26 januari 1671), (lahir pada 10 september 1634, meninggal 11 februari 1721), sebelumya istri dari karaeng bontomaronu, dan karaeng karunrung’ Abdul hamid, mantan tuma bicara-butta gowa, anak perempuan dari I-MALLEWAI Daeng Manasa karaeng mataoya, karaeng cendrana dan kadang sebagai Tumalailng gowa, oleh istrinya, daeng mangeppe, anak dari I-mallingkaang daeng mannyon-ri karaeng matoaya sultan abdullah awwal al-islam, karaeng tallo.

-Menikah ketiga kalinya di soppeng, 20 juli 1673 dengan We tan-ri pau adda sange datu ri watu [matinroe_ri madello] datu soppeng, sebelumnya istri dari la suni, adatuwang sidendreng, dan anak perempuan dari La tan-ri bali beowe II, datu ri soppeng.

-Menikah ke empat kalinya pada 14 september 1684, dengan Daeng marannu, karaeng laikang (meninggal pada 6 mei 1720), sebelumnya istri dari karaeng bontomanopo muhammad, dan anak dari pekampi daeng mangempa karaeng bontomanonu, gowa.



ARUMPONE BONE


Menggantikan ibunya sebagai datu Mario_ri Wawo ke 15. Mendapatkan gelar arung palakka sebagai hadiah membebaskan rakyatnya dari penjajahan makassar. Di akui oleh belanda sebagai arung pattiru, palette, dan palakka di bone dan dautu mario-ri wawo di soppeng, bantaeng, dan bontoala, 1670.





Prinsip Orang Bugis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Prinsip Orang Bugis

  • 1. Keturunan yang diajarkan bagaimana mempertahankan kehormatan keluarga.
  • 2. Keturunan yang dibesarkan dengan memandang perempuan sebagai simbol kehormatan keluarga.
  • 3. Keturunan yang diajarkan untuk menjaga martabat orang lain dan dirinya sendiri.
  • 4. Keturunan yang diajarkan untuk tidak tunduk kepada orang lain.
  • 5. Keturunan yang ingin bebas merdeka berjuang dan berusaha untuk bertahan hidup.
  • 6. Keturunan yang berabad abad mentalnya telah dibentuk dan ditempa dengan keras oleh gelombang
  • 7. Keturunan yang diajarkan berani menghadapi masalah dan tidak lari dari kenyataan hidup.dan
  • 8. Keturunan yang berani berbicara hanya jika ada BUKTI.

(SALAMA TOPADA SALAMA)

SUMBER: http://www.rappang.com/2009/11/prinsip-orang-bugis.html


keterangan

SILA KLIK "DISINI" UNTUK PENJELASAN TENTANG BLOG SAYA

Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan...
Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi






SENARAI BLOG SAYA

Satisfaction.com Free Comment Codes Satisfaction.com Free Comment Codes

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP