JANJI SAYA KEPADA PEMBERI KOMEN
>> Isnin, 16 November 2009
Blog bugisbukanpati.blogspot.com bukanlah blog untuk memaki hamun sesuatu bangsa itu tetapi merupakan satu blog yang bakal menyatupadukan semua suku kaum yang ada diSabah.Blog ini tidak akan mengeluarkan kata-kata lucah kepada para pemberi komen walaupun pemberi komen memberikan komen dengan perkataan lucah.Saya berjanji akan membalas semua komen anda dalam bahasa yang baik walaupun saya hanya berkelulusan upsr sahaja,Insyah Allah.Kebanyakan orang yang berpelajaran ini terlupa bahawa mereka sebenarnya tidak boleh terlalu emosi ketika membuat sesuatu penulisan artikel yang mengaitkan suku kaum kerana akan memalukan diri sendiri.Sebagai seorang yang professional dalam bidang penulisan ini kita seharusnya menjaga setiap karya yang dihasilkan agar para pembaca dapat mengerti apa yang kita perjuangkan selama ini.Jika penulisan kita banyak menjurus kepada faktor propaganda dan isu perkauman maka pembaca pun akan berfikir bahawa penulis tersebut hanya tahu menulis mengikut emosinya atau teory nya saja tanpa merujuk kepada fakta kebenaran artikel yang ditulisnya itu.Memang kita sedia maklum bahawa mereka yang menulis mengikut emosi tidak akan berjaya menarik minat pembaca untuk menghabiskan pembacaan dalam sesuatu artikel tersebut.Renungkanlah dan fikirkanla sendiri kebenaran penulisanku ini.
2 ulasan:
Assalam alaikum
Sebagai seorang berdarah Bugis asli, saya mengakui leluhur kita sememangnya bertamadun dan memiliki ilmu yang tinggi. Mempunyai kod etika dari segi pemikiran atau berfikir yang dikenali sebagai Passeng (mungkin begitu bunyinya).
*The implementation of siri’ in daily social life
of the Bugis is manifested in five principles of conduct:
1. Ada Tongeng (truthful wording)
2. Lempuk (honesty)
3. Getteng (steadfastness)
4. Sipakatau (mutual respect)
5. Mappesona ri dewata seuwae (submission to the will of God)
*The integration of siri’ into the whole system of the
Islamic ethics can be seen in the Bugis paseng:
Tellui ri ala sappo
Tau'e ri dewata
Siri;'e ri watakkale
Siri’e ri padatta tau
There are three principles:
Belief in God
Respect for oneself
Respect for human beings (A.Moein MG, 1994:46)
*There is a well-known Bugis
proverbial saying:
Naia tau de'e siri’na
Dek lainna olokolok'e
Siri’ emmitu tariaseng tau.
Whoever does not have siri’
Is nothing but animal
Oleh demikian penulisan mestilah bersandar dengan tata etika seperti yang disebutkan.
Saya sama sekali menolak sentimen perkauman dalam apa jua bentuk dan keadaan sekali pun.
Wassalam
Sam the Bugis
WALAIKUM SALAM..TERIMA KASIH ATAS KOMEN SAUDARA...SEMOGA SAUDARA BERJAYA DALAM PERJUANGAN SAUDARA...
Catat Ulasan