ASALAMUALAIKUM DAN SALAM MESRA KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG BUGISBUKANPATI.BLOGSPOT.COM.BLOG INI BUKAN BLOG POLITIK ATAU BLOG UNTUK MEMECAH BELAHKAN MASYARAKAT DISABAH.KEWUJUDAN BLOG INI SEKADAR INGIN MEMBERI PENJELASAN KEPADA UMUM,BAHAWA SUKU KAUM BUGIS YANG ADA DISABAH DAN MEMILIKI PENGENALAN DIRI YANG SAH TIDAK BOLEH DICOP ATAU DILABEL SEBAGAI PENDATANG TANPA IZIN ATAU SINGKATANNYA PATI DAN BLOG INI TIDAK BERMAKSUD UNTUK MENENTANG MANA-MANA ORGANISASI YANG ADA DISABAH.SEKIRANYA ADA ARTIKEL SAYA YANG TERLALU KASAR PENGGUNAAN AYATNYA.PEMBACA BOLEH BERIKAN KOMEN ATAU PENDAPAT YANG BERNAS DIKOTAK CBOX YANG TELAH DISEDIAKAN DIBLOG INI DAN SAYA AKAN MEMADAMKAN ARTIKEL TERSEBUT DARI BLOG INI DENGAN SERTA MERTA.







Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah,Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.


Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama bagi Persekutuan (Malaysia).


Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2012

>> Sabtu, 18 Ogos 2012


Asalamualaikum dan dalam mesra kepada semua rakan blogger dan para pengunjung blog saya.Sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini saya ingin menyusun sepuluh jari ini memohon maaf zahir dan batin kepada semua rakan blogger dan rakan-rakan facebook,sekiranya selama ini saya ada terkasar komen atau posting dialam maya ini.


Selamat mengakhiri bulan ramadan dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.....

Read more...

Perarakan Maulidur Rasul 2012

>> Jumaat, 10 Februari 2012

 Photo kenangan bersama Kopral Sulaiman dari balai polis Srimuda dan anggota SRS.




 Kontinjen Perarakan Maulidur rasul 2012 mewakili Taman Sri Muda Zon B










Read more...

Bantuan Khas RM500 : Kerajaan Umum Perincian Awal Bulan Depan

>> Jumaat, 20 Januari 2012


IPOH, 27 Nov – Kerajaan akan mengumumkan perincian proses pendaftaran program bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan, awal bulan depan.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata mereka yang layak boleh mula mendaftar pada pertengahan bulan depan.
“Perincian yang kita (kerajaan) akan umumkan meliputi cara-cara pendaftaran, kelayakan mereka yang boleh mendaftar dan sebagainya.
“Sekiranya terdapat individu yang tidak ada rumah dan duduk menumpang, mereka juga layak mendaftar,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek membaik pulih rumah Touch Point di sini hari ini.
Beliau berkata pelbagai agensi kerajaan akan terlibat seperti Jabatan KebajikanMalaysiadan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Kita juga telah melantik seramai 2,000 pekerja sambilan bagi melaksanakan kerja-kerja proses pendaftaran itu,” katanya.
Ahmad Husni juga berkata bantuan khas itu dijangka diagihkan mulai pertengahan tahun depan dan mereka yang layak akan diumum melalui mediamassa.
Baru-Baru ini, Husni berkata borang program bantuan khas itu akan mula diedarkan melalui LHDN secara percuma pada 1 Dis.
“Dijangka 3.4 juta individu akan mendaftar melibatkan nilai bantuan keseluruhan berjumlah RM2.6 bilion.
“Proses pendaftaran adalah sangat penting dan LHDN juga akan buka bilik gerakan dan kesemua sukarelawan akan membantu sepanjang proses pendaftaran termasuk di kawasan pedalaman,” katanya.

Read more...

SOON TAT DINNER

Majlis makan malam bersama rakan sekerja yang terdiri dari beberapa suku kaum yang ada diSabah.Lama rasanya saya tidak menulis artikel diblog ini disebabkan masa kerja yang padat.Beberapa hari sebelum masuknya Tahun Baru 2012 kami warga Sabahan di Shah Alam sepakat untuk mengadakan Majlis makan malam bagi menghilangkan tekanan di tempat kerja.Berikut ini beberapa photo yang
sempat saya rakamkan.












Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita . 
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan 
Kerana dia juga seorang manusia; 
Dia juga ada rasa takut,ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa. 
Dia juga ada kelamahan dan 
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan 
Jadilah kita kawannya itu. 

Kita selalu melihat dia ketawa, 
tetapi mungkin sebenarnya dia tak setabah yang kita sangka. 
Disebalik senyumannya itu, 
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.
Disebalik ketenangannya ,
mungkin tersimpan seribu kekalutan, 

Kita tidak tahu… 
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, 
Mungkin kita akan tahu

Read more...

Ribut Greg 15 Tahun Telah Berlalu

>> Isnin, 26 Disember 2011


KENINGAU 26 DECEMBER 1996 
         Peristiwa awal pagi 26 December 1996 itu di luar jangkaan sama sekali.Ribut greg yang sudah pun berlalu di barat laut perairan Sabah tiba-tiba berpatah balik selepas bertembung dengan taufan Fern berdekatan kepulauan Filipina.Biarpun ribut tropika itu hanya berkelajuan 50 km/j,ia bukan sahaja memusnakan beratus-ratus kediaman malah menyebabkan banjir besar khususnya di daerah Kota Kinabalu,Tuaran,Papar dan Keningau.Tanda ingatan tragedi itu cukup memilukan.Seramai 238 orang terkorban dan kira-kira 7.600 penduduk hilang tempat berteduh.Mangsa bukan sahaja dipalit dengan kedukaan kehilangan orang yang tersayang bahkan kerugian akibat bencana itu mencecah sejuta ringgit.Namun dalam setiap malapetaka,wang ringgit dan harta sebenarnya bagaikan tidak bernilai berbanding nyawa.Walaupun Cuma tiga jam melanda,ribut greg telah membawa kesengsaraan yang besar kepada mereka yang masih hidup di tahun 2011 ini.

           Kejadian itu menyebabkan beberapa kawasan landaaan ribut berubah pemandangannya bak padang jarak padang terkukur.Kebanyakan mangsa ditemui di dalam Lumpur dan runtuhan bangunan oleh anggota penyelamat yang terdiri daripada pasukan polis hutan (kini pasukan gerak am)pga,polis marin,Rejimen askar melayu DiRaja,pengakap sempadan dan pasukan khas mencari dan menyelamat (smart)serta penduduk sekitar.Empat batang sungai utama iaitu sungai Bayoya,Pampang,Senagang dan Liawan turut menjadi saksi kepada peristiwa yang menyayat hati itu.Kini semuanya telah pun berlalu dan yang tinggal hanyalah kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh ribuan penududk di Sabah,khususnya di Keningau.
  
         Setelah 15 tahun berlalu peristiwa rebut greg di Sabah,namun bahangnya tetap terasa hingga ke hari ini yang bertarikh 26 december 2011..Kenangan pahit ini akan dapat dirasakan pada setiap 26 december setiap tahun oleh mereka yang terselamat daripada bencana greg itu.Kita tidak dapat membayangkan berapa ramai manusia yang tidak sempat bertaubat telah menemui ajalnya pada saat itu,oleh yang demikian kita yang terselamat daripada bencana greg ini masih diberi peluang dan waktu oleh ALLAH S.W.T. untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepadanya.Sebagai seorang muslim yang terselamat dari sesuatu malapetaka seharusnya bersyukur kehadrat ALLAH S.W.T yang telah menciptakan muka bumi dan segala isinya.Semua yang telah terjadi itu adalah ketentuan darinya jua dan kita sebagai hambanya harus redha pada setiap dugaan yang diturunkan kepada kita…Amin yarabbana Alamin….

Read more...

PROGRAM PENERANGAN SISTEM MYDISTRESS

>> Jumaat, 9 Disember 2011



BALAI POLIS KOMUNITI TAMAN SRI MUDA
 SEKSYEN 25,SHAH ALAM
&
KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN SRI MUDA ZON ‘B’




Tempat   : Dewan Orang Ramai Zone ‘B’
                   Jalan Sabar 25/83
                   Taman Sri Muda, Shah Alam

Tarikh     :      10 Dis 2011(SABTU)

Masa       :      8.45 malam hingga 11:00 malam

Dirasmikan :  Tuan ASP Ahmad Bin Mat Noor
                         ( Pen. Pegawai Pusat Kawalan IPK)


Semua penduduk Taman Sri Muda Zone B dijempur hadir beramai-ramai.


Untuk info lanjut tentang Mydistress sila klik gambar dibawah ini:


Sumber:Saya copy dari blog saya di srstamansrimuda.blogspot.com

Read more...

Malaysia benam Indonesia

>> Selasa, 22 November 2011


SUKAN

Malaysia benam Indonesia














Asraruddin Putra Omar (kanan) menanduk bola ke arah pintu gol Indonesia. Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.
Skuad bawah 23 tahun (B23) Malaysia bangkit daripada ketinggalan seawal minit kelima untuk membenam Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2011 yang panas dan mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Sorakan dan provokasi yang dilaungkan lebih 100,000 penyokong fanatik skuad Garuda di stadium itu tidak sedikit pun melemahkan semangat anak buah jurulatih Ong Kim Swee, Kapten pasukan Malaysia.

Badrol Bakthiar menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan sepakan penalti terakhir dalam perlawanan tersebut yang meremukkan hati berjuta-juta rakyat Indonesia.



Sumber:kosmo online

Read more...

Indonesia 'berpesta'


SUKAN



PARA penonton Indonesia berkumpul di luar Stadium Gelora Bung Karno untuk membeli tiket perlawanan menentang Malaysia malam tadi.


JAKARTA - Bagai satu pesta.Itu gambaran yang dapat diperkatakan tentang kebanjiran ribuan penyokong Indonesia beberapa jam sebelum aksi final acara bola sepak Sukan SEA 2011 yang menemukan Harimau Muda dengan Garuda Muda di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi.
Seawal jam 7 pagi (waktu tempatan), penyokong Indonesia mula berkampung di stadium tersebut. Ada yang mahu membeli tiket dan ada yang sudah berlegar-legar di sekitar stadium.
Tidak ketinggalan, peniaga-peniaga kecil yang mula menjual pelbagai aneka barangan seperti jersi, topi, bendera dan alatan bunyian.
Situasi itu hampir sama dengan apa yang berlaku ketika Indonesia menentang Harimau Muda dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan A pada 17 November lalu.
Rata-rata penyokong Indonesia yang ditemui terlalu ghairah untuk menyaksikan Harimau Muda tumbang di gelanggang keramat itu.
Kekalahan 0-1 di peringkat kumpulan sebelum ini, selain kegagalan skuad senior Indonesia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 selepas tumbang kepada Malaysia, makin membangkitkan keghairahan mereka.
Bagi mereka, aksi final malam ini bukan sahaja medan mengembalikan maruah mereka yang tercalar, malah menjadi pentas terbaik buat skuad Garuda Muda membalas dendam kekalahan yang dialami mereka dan skuad senior Indonesia.
Biarpun pihak penganjur telah menaikkan harga tiket dua kali ganda daripada harga asal, para penyokong Indonesia mula menyerbu kaunter tiket di stadium tersebut sejak semalam bagi mengelak daripada terlepas menyaksikan aksi yang dijangka penuh dramatik itu.
Difahamkan, harga tiket kelas VVIP, VIP Barat, dan VIP Timur naik 100 peratus. Bagi kelas VVIP, harga tiket baharu ialah Rp1,000,000 (sebelumnya Rp500,000), VIP Barat Rp750,000 (sebelumnya Rp350,000), VIP Timur Rp500,000 (sebelumnya Rp250,000).
Bagi kategori 1, harga tiket kini dijual dengan Rp200,000 (sebelumnya Rp150,000), manakala kategori 2, 3 dan 4 kekal dengan harga asal iaitu masing-masing Rp100,000, Rp50,000 dan Rp25,000.
Di sebalik harga tiket yang naik mendadak, penyokong Indonesia tetap menyerbu setiap lokasi penjualan tiket - Stadium Gelora Bung Karno dan pejabat Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).
Namun sesuatu yang mengejutkan apabila ada segelintir penyokong fanatik Indonesia yang sanggup membakar kaunter tiket di stadium kelmarin kerana kecewa tidak dapat membeli tiket final.
Ketika diminta mengulas insiden tersebut, pengurus jualan tiket Inasoc, Agus Mauro berkata, kejadian itu berlaku kerana tiket yang dijual kelmarin sudah habis.
"Kejadian ini berlaku mungkin kerana skuad Indonesia telah lama tidak memenangi pingat emas (acara bola sepak Sukan SEA). Jadi penyokong terlalu ghairah untuk hadir memberi sokongan kepada pasukan.
"Lebih-lebih lagi Indonesia akan beraksi di final menentang Malaysia, ini sudah pasti memberikan impak yang luas biasa," jelas Agus semalam.
Agus menjelaskan, pada awalnya pihaknya menyediakan 70,000 keping tiket bagi aksi final tersebut. Namun, disebabkan kejadian membakar kaunter tiket kelmarin, pihaknya telah menambah 1,000 keping tiket lagi.
"Kami telah berusaha untuk memuaskan hati semua pihak dan tidak mahu kejadian buruk berlaku. Kami tidak mampu menghalang hajat penyokong untuk hadir ke stadium, tetapi kapasiti stadium juga harus diambil kira," jelasnya.

Sumber:kosmo online

Read more...

RAYA KORBAN 2011

>> Selasa, 8 November 2011

Selamat Hari Raya Korban kepada semua pembaca dan pelawat blog ini yang beragama Islam.Berikut beberapa photo yang sempat saya rakamkan ketika penyembelihan lembu korban di Taman Srimuda Zon B pada 6hb november 2011.











Read more...

>> Selasa, 27 September 2011

Salam satu Malaysia kepada semua pelawat blog saya...Lama rasanya saya tidak menulis artikel diblog ini disebabkan kesibukan bekerja dan menyambut raya.Pada posting kali ini saya akan memasukkan beberapa gambar majlis rumah terbuka sempena raya tahun ini untuk tatapan pelawat blog saya.



MAJLIS RUMAH TERBUKA ANJURAN JMB TAMAN SRI MUDA ZON B






MAJLIS RUMAH TERBUKA PENGERUSI KRT TAMAN SRI MUDA ZON B(EN.SAPARI)







MAJLIS RUMAH TERBUKA ANJURAN KRT TAMAN SRIMUDA ZON B DAN SURAU AL MUIZ


















Read more...

Arung Palakka, Putra Terbaik Tanah Bugis



Arung Palakka (lahir di lamatta, mario-ri wawo, soppeng , 15 september 1634 wafat di bontoala 6 april 1696 dalam usia 61 tahun) adalah sultan bone dari tahun 1972-1696. Saat masih jadi pangeran, ia memimpin kerajaannya dalam meraih kemerdekaan dari kesultanan gowa pada tahun 1660-an. Ia bekerjasama dengan belanda dalam merebut kotamakassar.Palakka membawa suku bugis menjadi kekuatan maritim besar dan mendominasi kawasan tersebut selama hampir seabad. Arung Palakka bergelar “La Tan-ri tatta To urong To-ri SompaE Petta MalampE’E Gemme’na Daeng Serang To’ Appatunru Paduka Sri Sultan Sa’admuddin, [MatinroE-ri Bontoawala], Arung Bone.



BIOGRAFI


Lahir di lamatta, Mario ri Wawo, Soppeng, Tanggal 15 september 1634, anak dari Lapottobunna, Arung Tanah Tengnga dengan istrinya, We Tan-ri Suwi, Datu Mario-ri Wawo, anak dari La tan-ri Ruwa Paduka sri sultan adam, arumpone bone. Arung Palakka meninggal di bontoala, kerajaan gowa (sekarang kabupaten Gowa) pada tanggal 6 april 1969 di makamkan di bontobiraeng.



PERNIKAHAN

-Menikah pertama dengan Arung Kaju (bercerai)
-Menikah ke dua kalinya dengan sira Daeng Talele karaeng ballajawa pada 16 maret 1668 (bercarai pada 26 januari 1671), (lahir pada 10 september 1634, meninggal 11 februari 1721), sebelumya istri dari karaeng bontomaronu, dan karaeng karunrung’ Abdul hamid, mantan tuma bicara-butta gowa, anak perempuan dari I-MALLEWAI Daeng Manasa karaeng mataoya, karaeng cendrana dan kadang sebagai Tumalailng gowa, oleh istrinya, daeng mangeppe, anak dari I-mallingkaang daeng mannyon-ri karaeng matoaya sultan abdullah awwal al-islam, karaeng tallo.

-Menikah ketiga kalinya di soppeng, 20 juli 1673 dengan We tan-ri pau adda sange datu ri watu [matinroe_ri madello] datu soppeng, sebelumnya istri dari la suni, adatuwang sidendreng, dan anak perempuan dari La tan-ri bali beowe II, datu ri soppeng.

-Menikah ke empat kalinya pada 14 september 1684, dengan Daeng marannu, karaeng laikang (meninggal pada 6 mei 1720), sebelumnya istri dari karaeng bontomanopo muhammad, dan anak dari pekampi daeng mangempa karaeng bontomanonu, gowa.



ARUMPONE BONE


Menggantikan ibunya sebagai datu Mario_ri Wawo ke 15. Mendapatkan gelar arung palakka sebagai hadiah membebaskan rakyatnya dari penjajahan makassar. Di akui oleh belanda sebagai arung pattiru, palette, dan palakka di bone dan dautu mario-ri wawo di soppeng, bantaeng, dan bontoala, 1670.





Prinsip Orang Bugis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Prinsip Orang Bugis

  • 1. Keturunan yang diajarkan bagaimana mempertahankan kehormatan keluarga.
  • 2. Keturunan yang dibesarkan dengan memandang perempuan sebagai simbol kehormatan keluarga.
  • 3. Keturunan yang diajarkan untuk menjaga martabat orang lain dan dirinya sendiri.
  • 4. Keturunan yang diajarkan untuk tidak tunduk kepada orang lain.
  • 5. Keturunan yang ingin bebas merdeka berjuang dan berusaha untuk bertahan hidup.
  • 6. Keturunan yang berabad abad mentalnya telah dibentuk dan ditempa dengan keras oleh gelombang
  • 7. Keturunan yang diajarkan berani menghadapi masalah dan tidak lari dari kenyataan hidup.dan
  • 8. Keturunan yang berani berbicara hanya jika ada BUKTI.

(SALAMA TOPADA SALAMA)

SUMBER: http://www.rappang.com/2009/11/prinsip-orang-bugis.html


keterangan

SILA KLIK "DISINI" UNTUK PENJELASAN TENTANG BLOG SAYA

Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan...
Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi






SENARAI BLOG SAYA

Satisfaction.com Free Comment Codes Satisfaction.com Free Comment Codes

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP