ASALAMUALAIKUM DAN SALAM MESRA KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG BUGISBUKANPATI.BLOGSPOT.COM.BLOG INI BUKAN BLOG POLITIK ATAU BLOG UNTUK MEMECAH BELAHKAN MASYARAKAT DISABAH.KEWUJUDAN BLOG INI SEKADAR INGIN MEMBERI PENJELASAN KEPADA UMUM,BAHAWA SUKU KAUM BUGIS YANG ADA DISABAH DAN MEMILIKI PENGENALAN DIRI YANG SAH TIDAK BOLEH DICOP ATAU DILABEL SEBAGAI PENDATANG TANPA IZIN ATAU SINGKATANNYA PATI DAN BLOG INI TIDAK BERMAKSUD UNTUK MENENTANG MANA-MANA ORGANISASI YANG ADA DISABAH.SEKIRANYA ADA ARTIKEL SAYA YANG TERLALU KASAR PENGGUNAAN AYATNYA.PEMBACA BOLEH BERIKAN KOMEN ATAU PENDAPAT YANG BERNAS DIKOTAK CBOX YANG TELAH DISEDIAKAN DIBLOG INI DAN SAYA AKAN MEMADAMKAN ARTIKEL TERSEBUT DARI BLOG INI DENGAN SERTA MERTA.







Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah,Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.


Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama bagi Persekutuan (Malaysia).


Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia



Sila baca, renung, fikir dan cuba sebarkan.

>> Isnin, 21 Disember 2009

Sila baca, renung, fikir dan cuba sebarkan.

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha
Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda. Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam, tidak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun.

Lalu salah seorang lelaki tu bertempik:
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi itu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman.

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Iman, saya dah halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat". Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.
Macammana? Adakah anda rasa lucu dengan cerita di atas?

Selain terhibur anda fikirlahlah...
" Lucu kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lucukan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun. Dia tak kata pun nak bunuh tapi generasi sekarang amat lemah. Baru kena ugut terus
lari lintang pukang. Lupa yang dia belum sembahyang jumaat lagi..."
"Lucu kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila masa sembahyang jumaat.. ‘tunjuk muka dengan orang kampung..’ ada tu lagi dahsyat, setahun 2 kali saja.. bila tiba sembahyang raya..."
"Lucu kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam alQuran"
"Lucu kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lucu, kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh...

alahai.. tak cukup masa.. alahai....alahai...


nota: Terima kasih kepada pengarang cerita asal cerita ini.

Read more...

KITA SEMUA ADALAH TEMPAYAN RETAK

Seorang tukang air di India memiliki dua tempayan besar; masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawanya menyilang pada bahunya. Salah satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh. Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari paras yang seharusnya dapat diberikannya. Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu." "Kenapa?" tanya si tukang air. "Kenapa kamu merasa malu?" "Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah paras air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi," kata tempayan itu. Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan." Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memperhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya. Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu?Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya.

Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindahsekarang." Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita
semua adalah tempayan retak. Tuhan maha bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekuranganmu. Kenalilah kelemahanmu dan Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemukan kekuatan kita.

NOTA:Saya memohon izin kepada pengarang asal cerita ini untuk disiarkan diblog saya dan Terima kasih saya ucapkan kepada pengarang cerita ini.

Read more...

Penyambung rezeki nelayan Bugis

Penyambung rezeki nelayan Bugis

Hendra menghulurkan barangan kepada Mokhtar dan Iwan untuk dibawa naik ke bagang di laut Kimanis, Papar, Sabah.


TRADISI masyarakat etnik Bugis di Sabah mengusahakan kelong atau bagang bukan setakat terhad pada bagang jongkong mudah alih. Bagi pengusaha bagang tetap di pantai Kimanis, dekat Papar, perusahaan berkenaan diwarisi dari nenek moyang mereka sejak 1970-an.

Bagi Mokhtar Alimani, 50, sejak mengusahakan bagang kira-kira 10 tahun lalu, ia adalah sumber rezeki utama keluarganya. Dengan hasil jualan bilis dan pelbagai jenis ikan itulah, Mokhtar mampu memastikan kesinambungan kehidupan keluarganya.

Namun, berbeza dengan bagang mudah alih yang menggunakan jongkong atau bot besar di Teluk Darvel, Laut Sulawesi di pantai timur Sabah, operasi bagang tetap di pantai Kimanis di Laut China Selatan tidak memerlukan petrol pada jumlah yang banyak untuk menggerakkan jana kuasa buat menyinari lampu tempat bilis bermain.


Cukup dengan menggunakan lima liter petrol bagi menggerakkan jana kuasa kecil untuk menghidupkan lampu dan minyak tanah untuk menghidupkan dapur merebus bilis, Mokhtar sudah mampu memastikan bagang seluas 5x5 meter dan setinggi kira-kira lima meter dari muka laut memberikan pulangan memuaskan.

Pada ketika bulan gelap yang hanya boleh diukur ketentuan malamnya berdasarkan pusingan bulan Islam, Mokhtar yang dibantu anak saudaranya, Hendra Gunawan dan seorang anak jirannya Iwan Ismail yang masih bersekolah dalam tingkatan tiga, akan menurunkan pukat bermata halus sebelum mentari terbenam kira-kira jam 6 petang.

Dengan membiarkan sebiji lampu bersinar sepanjang malam sebagai penarik kehadiran bilis dan pelbagai jenis ikan yang lain, udang serta sotong, Mokhtar dan pembantunya mengisi waktu yang terluang dengan memancing.

Hendra menarik kayu engkol atau 'winch' untuk menarik naik pukat bagang.

Duri jahan, pari, jenahak, merah, ketak lantai, serukut dan pelbagai jenis ikan yang bermain di sekitar kayu nibung yang berfungsi sebagai tiang bagang, pastinya akan tersangkut pada mata kail yang dipasang dengan umpan tamban dan kembung.

Setiap kali pukat ditarik naik sebelum mentari terbit kira-kira jam 6 pagi, Mokhtar dan pembantunya akan mengasingkan bilis mengikut gred tertentu daripada gred A hinggalah gred C. Bilis berkenaan harus terus direbus segera dalam periuk yang dibakar dengan menggunakan dapur minyak gas.

Bilis yang dibawa pulang ke rumah harus dijemur seharian sebelum dijual pada harga antara RM6 hingga RM12 mengikut gred. Selain itu, ikan yang dikail dijual di kedai pekan Kimanis.

Namun pada ketika ribut melanda, Mokhtar dan pembantunya tidak mampu berpatah kembali ke daratan, selain menyerahkan ketentuan nasib kepada Yang Maha Khaliq.
Mokhtar dan Iwan mengasingkan bilis yang ditarik naik di pelantar bagang.

Bagi Mokhtar, tradisi masyarakat etnik Bugis itu sudah sebati dengan jiwanya dan pastinya akan diperturunkan kepada anak-anaknya suatu hari nanti sebagai penerus kesinambungan pengusaha bagang.

dipetik dari sumber http://www.bharian.com.my

Read more...

Bagang Bugis


Bagang Bugis

Oleh Hassan Omar

Pukat jerut jejas rezeki nelayan bilis

GELAP pekat malam di Teluk Darvel, Laut Sulawesi berhampiran pantai Kunak, Sabah dihiasi cahaya lampu bulat yang dijana melalui jana kuasa 16 kuasa kuda.

Perairan kira-kira enam batu nautika dari jeti di pantai Kunak seolah-olah pesta yang dilimpahi cahaya lampu dari puluhan kelong atau lebih dikenali sebagai `bagang' di kalangan anggota masyarakat tempatan.


Pada jam 4 pagi, pemilik bagang, Siti Asiah Hamid yang berusia lewat 30-an sudah berada dalam perahu yang bergerak perlahan menuju bagang yang diwarisi daripada bapanya sejak kira-kira 10 tahun lalu.

Setengah jam kemudian, ibu kepada empat anak berusia antara dua hingga 14 tahun itu sudah memanjat tiang bagang untuk menjejakkan kaki di pelantar jongkong atau bot tanpa enjin sepanjang kira-kira 15.2 meter.

Empat pekerja yang diupah oleh Siti Asiah mengusahakan bagang itu sudah lebih awal berada di atas bagang. Sejurus sebelum mentari terbenam di ufuk barat kira-kira jam 6 petang, mereka sudah menurunkan pukat bagang.

Mereka masih lena diulit mimpi di atas pangkin yang dikepung dengan dinding papan yang mampu memuatkan kira-kira enam pekerja.

Jongkong diperbuat daripada kayu berlian yang tahan menerima hakisan air laut itu adalah struktur utama bagang. Di kiri dan kanan jongkong yang di tengahnya tercacak tiang kayu bintangor setinggi kira-kira 12.1 meter, dipasangkan kayu pemegang pukat yang disebut sebagai kayu gelegar sepanjang kira-kira 13 meter.

Dengan 120 batang gelegar, masing-masing 60 di kiri dan 60 di kanan jongkong, pukat yang diikat kemas padanya, berfungsi sebagai perangkap bilis, kembung, selayang, tulai, sotong, udang dan pelbagai jenis ikan lain.

Deruman enjin jana kuasa menguasai suasana di atas bagang. Lapan lampu bulat yang masing-masing di kiri dan kanan bagang menerangi permukaan laut buat menarik kehadiran bilis dan pelbagai khazanah laut yang lain bermain-main di bawahnya.

Pekerja bagang menarik pukat dengan menggunakan kayu engkol atau 'winch' di perairan kira-kira lima batu nautika dari pantai Kunak dai Teluk Darvel, Laut Sulawesi, Kunak.

Pukat bermata halus diikat kemas menggunakan kira-kira 200 wayar pada gelegar. Pukat diperbuat daripada nilon itu diturunkan hingga mencecah kira-kira 14 meter dalam laut. Sejurus sebelum mentari terbenam, ia diturunkan dengan kaedah melepaskan tali utama yang diikat pada bahagian tertentu pada pukat yang bersambung dengan gelegar.

Bahagian hujung pukat pula diikat tali yang bersambung pada dua kayu engkol atau `winch' yang berfungsi sebagai penarik utama ketika pukat ditarik naik sejurus sebelum mentari muncul di ufuk timur.

Selepas menunaikan solat Subuh dan menjamah beberapa keping pisang goreng yang dibawa Siti Asiah dari rumahnya di Kampung Pengkalan, Kunak, empat pekerja mula menarik pukat dari hujung bagang.

Satu demi satu pukat diikat pada gelegar. Kocakan air laut menandakan bilis dan pelbagai jenis ikan lain berpusu-pusu mencuba melepaskan diri daripada pukat. Namun segala jenis ikan itu tidak mampu melepaskan diri dan terpaksa mengikut urutan pukat yang ditarik naik mengiring ke arah hujung pukat.

Menjelang mentari terbit kira-kira jam 6 pagi, bahagian hujung pukat yang bersambung dengan kayu engkol ditarik naik. Ribuan bilis, kembung, tulai, selayang, sotong, udang dan pelbagai jenis ikan lain mencuba melepaskan diri, lalu menghasilkan kocakan kuat air laut di hujung pukat.

Segala hasil tangkapan itu dimasukkan terus ke dalam perut perahu yang sudah sedia menunggu di bahagian bawah bagang di hujung pukat.

Bilis paling tinggi nilainya. Bilis basah dijual di jeti Kampung Pengkalan kepada peraih pada harga antara RM2 hingga RM2.40 satu kilogram (kg), manakala tamban (70 sen), kembung (RM4), tulai (RM5), tongkol (RM6), selayang (RM3) dan udang (RM20).

Bagaimanapun, jika Siti Asiah menjemur bilis antara satu hingga dua hari (bergantung kepada cuaca), beliau mampu menjualnya antara RM7 hingga RM8 satu kg.

"Ada peraih sanggup datang ke bagang untuk membeli bilis. Purata satu bakul bilis seberat 50 kilo saya jual RM120. Ketika bulan gelap, pernah saya mendapat bilis kira-kira lima tan (kira-kira 5,000 kg).

"Hanya kami, orang Bugis yang mengusahakan bagang. Mungkin ada satu atau dua pengusaha bagang daripada etnik lain seperti Suluk dan Bajau. Kami sudah mengusahakan bagang secara turun- temurun sejak 1970-an lagi. Ketika itu nenek moyang kami menggunakan bot kecil.

"Sejak 1985, kami mula menggunakan jongkong. Untuk membina satu bagang sekarang memerlukan antara RM70,000 hingga RM90,000 kerana kayu berlian mahal. Jongkong tak ada enjin. Kalau nak gerakkan, kami tolak dengan perahu. Selalunya, kami berpindah-randah. Kalau di sini tak ada bilis, kami pindah ke tempat lain," ujarnya.

Namun, mengusahakan penangkapan bilis sekarang tidak sama dengan kira-kira 10 atau 20 tahun lalu. Kemunculan pukat jerut yang diusahakan nelayan bot besar sedikit sebanyak menyebabkan hasil tangkapan bagang semakin berkurangan.

Setiap hasil jualan harus ditolak kos diesel. Sementara pemilik bagang berhak memperoleh 50 peratus daripada hasil jualan, pekerja pula membahagikan 50 peratus bakinya sesama mereka.

Sehubungan itu, pengusaha bagang merayu kerajaan memberi peluang kepada mereka membeli diesel pada harga subsidi seperti yang dinikmati nelayan konvensional yang lain bagi membantu mengurangkan beban operasi.

Info: Bagang mudah alih

  • 15.2 meter - panjang jongkong atau bot tanpa enjin

  • 12.1 meter - tiang utama di tengah jongkong

  • 13 meter - panjang kayu gelegar pemegang pukat

  • 120 - kayu gelegar, masing-masing 60 di kiri dan 60 di kanan jongkong

  • 200 - wayar pengikat pukat pada gelegar

  • 14 meter - pukat diturunkan ke dalam laut

  • 16 kuasa kuda jana kuasa

  • 16 lampu bagang, masing-masing 8 di kiri dan 8 di kanan jongkong

  • Diwarisi masyarakat etnik Bugis di Sabah dari satu generasi ke satu generasi.



  • Read more...

    SUKAN SEA edisi ke-25 di Laos menutup tirainya kelmarin.


    WAJAH-wajah ceria sebahagian daripada ahli kontinjen negara selepas menamatkan saingan pada Sukan SEA XXV Laos dengan mengutip 40 pingat emas.

    SUKAN SEA edisi ke-25 di Laos menutup tirainya kelmarin.

    Laos, sebuah negara kerdil di Asia Tenggara, berjaya melaksanakan peranan mereka sebagai tuan rumah dengan baik meskipun sebelum ini pelbagai masalah yang dihadapi khususnya dari segi kewangan.Dalam serba kekurangan, perjalanan temasya tersebut lancar dan Laos boleh bermegah kerana akhirnya nama mereka tercatat sebagai antara negara yang pernah menganjurkan Sukan SEA. Mungkin kejayaan Laos ini akan mendorong Kemboja untuk turut tampil sebagai tuan rumah pada masa akan datang.Apa pun, Sukan SEA kali ini menceritakan seribu satu macam peristiwa membabitkan kontinjen negara kita, Malaysia.40 pingat emas berjaya dibawa pulang tetapi pingat paling berharga sudah pastinya emas yang diperoleh oleh skuad bola sepak dan juga daripada skuad badminton wanita.Dua pasukan ini telah menamatkan penantian yang begitu lama dan kejayaan mereka meraih pingat emas seolah-olah Malaysia adalah juara Sukan SEA.Pingat untuk acara bola sepak dianggap sebagai 'ibu segala pingat' dalam mana-mana temasya sukan.Ia cukup glamour dan akan dikenang sampai bila-bila.Jika seseorang atlet renang, olahraga mahupun sukan lain berjaya menang sepuluh pingat emas sekali pun pada sesuatu temasya sukan seperti ini, ia tidak akan menjadi topik perbualan.Bola sepak tetap diperdebatkan panjang lebar lebih-lebih lagi apabila berjaya menjulang emas. Ia akan dikenang bertahun-tahun lamanya dan sentiasa segar dalam ingatan peminat sukan tempatan.Begitulah kuatnya penangan sukan bola sepak dan kejayaan Malaysia meraih emas acara tersebut di Laos akan terus menjadi perbualan peminat seantero negara, percayalah dan mereka tidak akan ingat sumbangan perenang Daniel Bego dalam acara renang yang menang lima emas, tetapi emas bola sepak akan tetap menjadi tumpuan.Emas sudah digenggam, dan ia saya anggap sebagai memberi mesej kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar mereka tampil dengan gaya 'emas' dalam melaksanakan agenda pembangunan bola sepak negara selepas ini.Itu bola sepak. Keseluruhannya, (maksud saya pencapaian kontinjen negara) agak memuaskan kerana wira negara berjaya membawa pulang 40 pingat emas dari Laos. Pencapaian yang melebih sasaran 35 emas yang diletakkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).Bagi saya, ia bukan kejayaan. Ia masih lagi memperlihatkan kelemahan. Sepatutnya pada peringkat Sukan SEA, atlet negara tampil dengan prestasi yang lebih baik.Kejayaan memperbaharui rekod Sukan SEA belum boleh dibanggakan lagi berdasarkan corak latihan yang dijalankan oleh atlet kita yang memberi sasaran kepada persediaan temasya yang lebih besar daripada Sukan SEA.Persediaan atlet kita adalah ke arah Sukan Olimpik dan Komanwel tetapi, pada peringkat Sukan SEA ramai yang tumbang. Adakah ini kejayaan? Pingat emas pula banyak disumbangkan oleh sukan yang tidak dikategorikan di bawah program Raod to London.Nampaknya, MSN kena kaji balik kelemahan-kelemahan ini.Kalau berdasarkan program latihan atlet, pingat emas Sukan SEA sepatutnya 'kacang' buat atlet negara.Rekod yang dicatat juga gagal menyamai pemenang pingat perak Sukan Asia dan ia petanda yang membimbangkan.Kalau setakat memperbaharui rekod kejohanan mahupun kebangsaan, ia sama sekali tidak menjanjikan kejayaan pada peringkat Sukan Asia.Memang tidak dinafikan kejayaan meraih 40 pingat emas pada temasya di Laos sesuatu yang membanggakan tetapi berapa ramaikah atlet yang menang emas itu berpotensi untuk mempersembahkan kejayaan yang sama pada peringkat Asia?Latihan kita disasarkan kepada persediaan untuk Sukan Olimpik tetapi pada peringkat Sukan SEA sudah gagal.Sukan SEA sepatutnya tempat atlet kita menuai emas bukannya tempat untuk memberi alasan selepas mencapai kegagalan.Nampaknya, skuad olahraga perlu bersedia dengan alasan terbaik untuk diajukan kepada MSN selepas ini ekoran prestasi atlet mereka yang sangat mengecewakan di Laos.


    Read more...

    Arung Palakka, Putra Terbaik Tanah Bugis



    Arung Palakka (lahir di lamatta, mario-ri wawo, soppeng , 15 september 1634 wafat di bontoala 6 april 1696 dalam usia 61 tahun) adalah sultan bone dari tahun 1972-1696. Saat masih jadi pangeran, ia memimpin kerajaannya dalam meraih kemerdekaan dari kesultanan gowa pada tahun 1660-an. Ia bekerjasama dengan belanda dalam merebut kotamakassar.Palakka membawa suku bugis menjadi kekuatan maritim besar dan mendominasi kawasan tersebut selama hampir seabad. Arung Palakka bergelar “La Tan-ri tatta To urong To-ri SompaE Petta MalampE’E Gemme’na Daeng Serang To’ Appatunru Paduka Sri Sultan Sa’admuddin, [MatinroE-ri Bontoawala], Arung Bone.



    BIOGRAFI


    Lahir di lamatta, Mario ri Wawo, Soppeng, Tanggal 15 september 1634, anak dari Lapottobunna, Arung Tanah Tengnga dengan istrinya, We Tan-ri Suwi, Datu Mario-ri Wawo, anak dari La tan-ri Ruwa Paduka sri sultan adam, arumpone bone. Arung Palakka meninggal di bontoala, kerajaan gowa (sekarang kabupaten Gowa) pada tanggal 6 april 1969 di makamkan di bontobiraeng.



    PERNIKAHAN

    -Menikah pertama dengan Arung Kaju (bercerai)
    -Menikah ke dua kalinya dengan sira Daeng Talele karaeng ballajawa pada 16 maret 1668 (bercarai pada 26 januari 1671), (lahir pada 10 september 1634, meninggal 11 februari 1721), sebelumya istri dari karaeng bontomaronu, dan karaeng karunrung’ Abdul hamid, mantan tuma bicara-butta gowa, anak perempuan dari I-MALLEWAI Daeng Manasa karaeng mataoya, karaeng cendrana dan kadang sebagai Tumalailng gowa, oleh istrinya, daeng mangeppe, anak dari I-mallingkaang daeng mannyon-ri karaeng matoaya sultan abdullah awwal al-islam, karaeng tallo.

    -Menikah ketiga kalinya di soppeng, 20 juli 1673 dengan We tan-ri pau adda sange datu ri watu [matinroe_ri madello] datu soppeng, sebelumnya istri dari la suni, adatuwang sidendreng, dan anak perempuan dari La tan-ri bali beowe II, datu ri soppeng.

    -Menikah ke empat kalinya pada 14 september 1684, dengan Daeng marannu, karaeng laikang (meninggal pada 6 mei 1720), sebelumnya istri dari karaeng bontomanopo muhammad, dan anak dari pekampi daeng mangempa karaeng bontomanonu, gowa.



    ARUMPONE BONE


    Menggantikan ibunya sebagai datu Mario_ri Wawo ke 15. Mendapatkan gelar arung palakka sebagai hadiah membebaskan rakyatnya dari penjajahan makassar. Di akui oleh belanda sebagai arung pattiru, palette, dan palakka di bone dan dautu mario-ri wawo di soppeng, bantaeng, dan bontoala, 1670.





    Prinsip Orang Bugis

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

    Prinsip Orang Bugis

    • 1. Keturunan yang diajarkan bagaimana mempertahankan kehormatan keluarga.
    • 2. Keturunan yang dibesarkan dengan memandang perempuan sebagai simbol kehormatan keluarga.
    • 3. Keturunan yang diajarkan untuk menjaga martabat orang lain dan dirinya sendiri.
    • 4. Keturunan yang diajarkan untuk tidak tunduk kepada orang lain.
    • 5. Keturunan yang ingin bebas merdeka berjuang dan berusaha untuk bertahan hidup.
    • 6. Keturunan yang berabad abad mentalnya telah dibentuk dan ditempa dengan keras oleh gelombang
    • 7. Keturunan yang diajarkan berani menghadapi masalah dan tidak lari dari kenyataan hidup.dan
    • 8. Keturunan yang berani berbicara hanya jika ada BUKTI.

    (SALAMA TOPADA SALAMA)

    SUMBER: http://www.rappang.com/2009/11/prinsip-orang-bugis.html


    keterangan

    SILA KLIK "DISINI" UNTUK PENJELASAN TENTANG BLOG SAYA

    Hidup memerlukan pengorbanan,
    Pengorbanan memerlukan perjuangan,
    Perjuangan memerlukan kekuatan,
    Kekuatan memerlukan keyakinan,
    Keyakinan menentukan kejayaan,
    Kejayaan membawa kebahagiaan...
    Hidup tanpa cita-cita adalah mati
    Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi






    SENARAI BLOG SAYA

    Satisfaction.com Free Comment Codes Satisfaction.com Free Comment Codes

      © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP