ASALAMUALAIKUM DAN SALAM MESRA KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG BUGISBUKANPATI.BLOGSPOT.COM.BLOG INI BUKAN BLOG POLITIK ATAU BLOG UNTUK MEMECAH BELAHKAN MASYARAKAT DISABAH.KEWUJUDAN BLOG INI SEKADAR INGIN MEMBERI PENJELASAN KEPADA UMUM,BAHAWA SUKU KAUM BUGIS YANG ADA DISABAH DAN MEMILIKI PENGENALAN DIRI YANG SAH TIDAK BOLEH DICOP ATAU DILABEL SEBAGAI PENDATANG TANPA IZIN ATAU SINGKATANNYA PATI DAN BLOG INI TIDAK BERMAKSUD UNTUK MENENTANG MANA-MANA ORGANISASI YANG ADA DISABAH.SEKIRANYA ADA ARTIKEL SAYA YANG TERLALU KASAR PENGGUNAAN AYATNYA.PEMBACA BOLEH BERIKAN KOMEN ATAU PENDAPAT YANG BERNAS DIKOTAK CBOX YANG TELAH DISEDIAKAN DIBLOG INI DAN SAYA AKAN MEMADAMKAN ARTIKEL TERSEBUT DARI BLOG INI DENGAN SERTA MERTA.







Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah,Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.


Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama bagi Persekutuan (Malaysia).


Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia



BELAJAR UNDANG-UNDANG DULU GAMAN

>> Isnin, 16 November 2009

Kepada mereka yang baru belajar menggunakan blogger agar membaca habis dan kalau boleh hafal dan simpan dikepala dasar kandungan blog atau undang-undang penggunaan perhidmatan percuma ini.Kita semua tahu bahawa sebelum makan kita seharusnya membasuh tangan,begitu juga dengan dasar kandungan blog.Sebelum kita ingin menulis artikel dan menyiarkannya kepada umum kita seharusnya mempelajari undang-undang dasar penggunaan blog yang betul.Jika anda salah seorang yang terkena tempiasnya sila klik “dasar kandungan blog”mudah-mudahan penulisan anda menepati piawaian blog.

Read more...

JANJI SAYA KEPADA PEMBERI KOMEN

Blog bugisbukanpati.blogspot.com bukanlah blog untuk memaki hamun sesuatu bangsa itu tetapi merupakan satu blog yang bakal menyatupadukan semua suku kaum yang ada diSabah.Blog ini tidak akan mengeluarkan kata-kata lucah kepada para pemberi komen walaupun pemberi komen memberikan komen dengan perkataan lucah.Saya berjanji akan membalas semua komen anda dalam bahasa yang baik walaupun saya hanya berkelulusan upsr sahaja,Insyah Allah.Kebanyakan orang yang berpelajaran ini terlupa bahawa mereka sebenarnya tidak boleh terlalu emosi ketika membuat sesuatu penulisan artikel yang mengaitkan suku kaum kerana akan memalukan diri sendiri.Sebagai seorang yang professional dalam bidang penulisan ini kita seharusnya menjaga setiap karya yang dihasilkan agar para pembaca dapat mengerti apa yang kita perjuangkan selama ini.Jika penulisan kita banyak menjurus kepada faktor propaganda dan isu perkauman maka pembaca pun akan berfikir bahawa penulis tersebut hanya tahu menulis mengikut emosinya atau teory nya saja tanpa merujuk kepada fakta kebenaran artikel yang ditulisnya itu.Memang kita sedia maklum bahawa mereka yang menulis mengikut emosi tidak akan berjaya menarik minat pembaca untuk menghabiskan pembacaan dalam sesuatu artikel tersebut.Renungkanlah dan fikirkanla sendiri kebenaran penulisanku ini.

Read more...

INI JAWAPAN UNTUK BLOG telupid.blogspot


Dibawah ini beberapa artikel yang saya copy dari blog


telupid.blogspot.com







Artikel dibawah ini saya copy dari blog http://telupid.blogspot.com dan akan saya bagi tanggapan atau jawapan sebaik mungkin untuk rujukan beliau dimasa akan datang.




Sia siuk meng-online-kan sia punya diri dalam dunia internet ni... tiba2 tajumpa sama ini blog... anti-bugis! punyalah siuk sia mambaca! Memang bugis patut mati ja... diurang sudah banyak buat onar dalam Sabah. Pernah satu masa, masa sia sikulah di peninsular... ni orang punyalah perasan mangasitau yang dia ni "Melayu Sabeh!" (Melayu Sabah) pada tu orang semenanjung. Pukitai punya orang... dengan penuh jiwa raga yang mendidih... sia tariak, "Woi!, kalau bugis!, bugis lah bah!". Apa lagi diurang pun merah muka menahan marah. Senang-senang check ni blog anti-bugis oleh pemudasabah.blogspot.com.

Namun... tulisan-tulisannya ni talampau pedas... sehingga bugis-bugisan ni pun ada sudah yang bijak pandai... kerana masuk dalam sistem pendidikan kita dan ada di antara diurang ni yang belajar di IPTA/S. Diurang pun menubuhkan forum dan juga blog masing-masing. Ada forum bugis yang cuba mencaci pemudasabah.blogspot dalam forum bugis.lumak.net.

Dalam salah satu blog bugis... di bugisbukanpati.blogspot.com mempertahankan bahawa diurang ni bukan PATI. Diurang ni sudah ada mykad dan mengaku bumiputera serta berjiwa Malaysia. Sial!

Melton Martin

Salam sejahtera saya ucapkan kepada penulis blog telupid.blogspot.com atas perkataan “PUKITAI DAN SIAL” kepada kami yang berbangsa bugis.Saya salut dan saya ucapkan tahniah atas bahasa yang cukup baik pernah saya temui dan ditujukan khas untuk kaum bugis.Saya akan mengulas dan menerangkan kepada saudara telupid.blogspot bahawa saya tidak mempertahankan bugis yang datang ke Sabah secara haram(pati).Tetapi saya sekadar ingin menjelaskan bahawa bugis yang telah memiliki mykad tidak boleh di samakan dengan bugis yang datang secara haram ke Sabah.




Kalau saudara tahu yang mana satu bugis yang menggunakan mykad palsu,kenapa saudara tidak melaporkan kepada pihak berkuasa saja dan biarkan mereka yang menyiasat kebenaran dakwaan saudara itu.Untuk pengetauhan saudara,kami orang bugis tidak suka menghina suku kaum yang ada disabah apatahlagi menggunakan bahasa lucah secara terbuka bagi melepaskan kemarahan pada seseorang.Cara penulisan artikel saudara saya dapat mengetauhi bahawa saudara seorang yang kurang pergaulan dengan suku kaum yang sedia ada diSabah.Mengenai pernyataan saudara yang mengatakan kami bugis yang memiliki mykad dan mengaku bumiputra serta berjiwa Malaysia,itu memang benar kami berjiwa Malaysia dan kami bugis local dapat memberikan bukti bahawa bahasa ibunda nenek moyang kami sudah tidak kami gunakan dalam pertuturan sehari-hari berbanding bangsa lain seperti bajjau simunul,bajjau ubian,suluk,pala’uh,bajjau bakau,visayah,cina dan India yang masih mengekalkan bahasa ibunda sebagai bahasa pertuturan mereka sehari-hari.




Semua bangsa yang saya sebutkan ini bukannya berasal dari Sabah dan mereka ini bukan Pribumi sabah tetapi dilahirkan disabah dan telah memiliki mykad namun mereka belum menjiwai bahasa rasmi kita iaitu bahasa MALAYSIA.Mereka ini masih fasih bertutur bahasa ibunda nenek moyang mereka berbanding kami bugis local yang hanya faham sedikit sahaja bahasa ibunda nenek moyang kami malah ada yang langsung tidak faham bahasa bugis sedangkan mereka lahir dalam keluarga bugis.Tetapi yang menghairankan,mengapa suku kaum bugis saja yang diberi penekanan kuat di Sabah sedangkan bangsa yang saya sebutkan diatas tadi bukannya pribumi sabahan.Saya rasa saudara telupid.blogspot hanya melihat dari tingkap rumah saudara kemudian menulis artikel seperti karangan murid darjah enam saja.Saya sarankan sebelum saudara menulis lebih banyak artikel yang berbaur isu politik dan propaganda perkauman agar melawat semua Bandar diSabah untuk melihat sendiri bangsa mana yang kurang ajar dan keras kepala diSabah.Saya berikan satu contoh Bandar di Sabah iaitu keningau,cuba saudara pergi ke Keningau dan lihat suku kaum apa yang menjual rokok gudang garam di deretan kedai dikeningau dan suku kaum apa yang menjual ikan dipasar malam keningau secara haram???




Apakah mereka ini bugis local atau pati indon??Sebelum saudara putar belitkan fakta ini biar saya bagitau jawapannya adalah bangsa bajjau simunul,suluk dan visayah tetapi yang peliknya bugis pula yang dianggap sebagai pembuat onar diSabah.Dari keningau saya bawa pula telupid.blogspot kepasar ikan semporna,cuba saudara telupid dengar baik-baik pertuturan bahasa yang digunakan dipasar ikan semporna oleh penjual ikan disana.Apakah saudara ada terdengar bahasa bugis diguna dipasar ikan semporna melainkan bahasa bajjau simunul dan suluk tapi yang peliknya bugis juga yang jadi mangsa.




Saya dapat berikan banyak tempat disabah yang dikuasai oleh suku kaum bukan asal pribumi untuk rujukan saudara tetapi bukan dengan cara memaki hamun sesuatu bangsa itu kerana mereka juga orang sabah cuma yang membezakan kita adalah leluhur atau keturunan nenek moyang kita sahaja.Pesanan dari blog bugisbukanpati.blogspot.com supaya blog telupid.blogspot.com membuat tinjauan sebelum memulakan penulisan sesebuah artikel agar pembaca dapat menilainya dari sudut pandang yang berbeza.

Read more...

Arung Palakka, Putra Terbaik Tanah Bugis



Arung Palakka (lahir di lamatta, mario-ri wawo, soppeng , 15 september 1634 wafat di bontoala 6 april 1696 dalam usia 61 tahun) adalah sultan bone dari tahun 1972-1696. Saat masih jadi pangeran, ia memimpin kerajaannya dalam meraih kemerdekaan dari kesultanan gowa pada tahun 1660-an. Ia bekerjasama dengan belanda dalam merebut kotamakassar.Palakka membawa suku bugis menjadi kekuatan maritim besar dan mendominasi kawasan tersebut selama hampir seabad. Arung Palakka bergelar “La Tan-ri tatta To urong To-ri SompaE Petta MalampE’E Gemme’na Daeng Serang To’ Appatunru Paduka Sri Sultan Sa’admuddin, [MatinroE-ri Bontoawala], Arung Bone.



BIOGRAFI


Lahir di lamatta, Mario ri Wawo, Soppeng, Tanggal 15 september 1634, anak dari Lapottobunna, Arung Tanah Tengnga dengan istrinya, We Tan-ri Suwi, Datu Mario-ri Wawo, anak dari La tan-ri Ruwa Paduka sri sultan adam, arumpone bone. Arung Palakka meninggal di bontoala, kerajaan gowa (sekarang kabupaten Gowa) pada tanggal 6 april 1969 di makamkan di bontobiraeng.



PERNIKAHAN

-Menikah pertama dengan Arung Kaju (bercerai)
-Menikah ke dua kalinya dengan sira Daeng Talele karaeng ballajawa pada 16 maret 1668 (bercarai pada 26 januari 1671), (lahir pada 10 september 1634, meninggal 11 februari 1721), sebelumya istri dari karaeng bontomaronu, dan karaeng karunrung’ Abdul hamid, mantan tuma bicara-butta gowa, anak perempuan dari I-MALLEWAI Daeng Manasa karaeng mataoya, karaeng cendrana dan kadang sebagai Tumalailng gowa, oleh istrinya, daeng mangeppe, anak dari I-mallingkaang daeng mannyon-ri karaeng matoaya sultan abdullah awwal al-islam, karaeng tallo.

-Menikah ketiga kalinya di soppeng, 20 juli 1673 dengan We tan-ri pau adda sange datu ri watu [matinroe_ri madello] datu soppeng, sebelumnya istri dari la suni, adatuwang sidendreng, dan anak perempuan dari La tan-ri bali beowe II, datu ri soppeng.

-Menikah ke empat kalinya pada 14 september 1684, dengan Daeng marannu, karaeng laikang (meninggal pada 6 mei 1720), sebelumnya istri dari karaeng bontomanopo muhammad, dan anak dari pekampi daeng mangempa karaeng bontomanonu, gowa.



ARUMPONE BONE


Menggantikan ibunya sebagai datu Mario_ri Wawo ke 15. Mendapatkan gelar arung palakka sebagai hadiah membebaskan rakyatnya dari penjajahan makassar. Di akui oleh belanda sebagai arung pattiru, palette, dan palakka di bone dan dautu mario-ri wawo di soppeng, bantaeng, dan bontoala, 1670.





Prinsip Orang Bugis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Prinsip Orang Bugis

  • 1. Keturunan yang diajarkan bagaimana mempertahankan kehormatan keluarga.
  • 2. Keturunan yang dibesarkan dengan memandang perempuan sebagai simbol kehormatan keluarga.
  • 3. Keturunan yang diajarkan untuk menjaga martabat orang lain dan dirinya sendiri.
  • 4. Keturunan yang diajarkan untuk tidak tunduk kepada orang lain.
  • 5. Keturunan yang ingin bebas merdeka berjuang dan berusaha untuk bertahan hidup.
  • 6. Keturunan yang berabad abad mentalnya telah dibentuk dan ditempa dengan keras oleh gelombang
  • 7. Keturunan yang diajarkan berani menghadapi masalah dan tidak lari dari kenyataan hidup.dan
  • 8. Keturunan yang berani berbicara hanya jika ada BUKTI.

(SALAMA TOPADA SALAMA)

SUMBER: http://www.rappang.com/2009/11/prinsip-orang-bugis.html


keterangan

SILA KLIK "DISINI" UNTUK PENJELASAN TENTANG BLOG SAYA

Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan...
Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi






SENARAI BLOG SAYA

Satisfaction.com Free Comment Codes Satisfaction.com Free Comment Codes

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP