ASALAMUALAIKUM DAN SALAM MESRA KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG BUGISBUKANPATI.BLOGSPOT.COM.BLOG INI BUKAN BLOG POLITIK ATAU BLOG UNTUK MEMECAH BELAHKAN MASYARAKAT DISABAH.KEWUJUDAN BLOG INI SEKADAR INGIN MEMBERI PENJELASAN KEPADA UMUM,BAHAWA SUKU KAUM BUGIS YANG ADA DISABAH DAN MEMILIKI PENGENALAN DIRI YANG SAH TIDAK BOLEH DICOP ATAU DILABEL SEBAGAI PENDATANG TANPA IZIN ATAU SINGKATANNYA PATI DAN BLOG INI TIDAK BERMAKSUD UNTUK MENENTANG MANA-MANA ORGANISASI YANG ADA DISABAH.SEKIRANYA ADA ARTIKEL SAYA YANG TERLALU KASAR PENGGUNAAN AYATNYA.PEMBACA BOLEH BERIKAN KOMEN ATAU PENDAPAT YANG BERNAS DIKOTAK CBOX YANG TELAH DISEDIAKAN DIBLOG INI DAN SAYA AKAN MEMADAMKAN ARTIKEL TERSEBUT DARI BLOG INI DENGAN SERTA MERTA.







Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah,Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.


Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama bagi Persekutuan (Malaysia).


Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia



KATAKANLAH YANG BENAR SAHAJA

>> Ahad, 4 Oktober 2009

Katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap,sesungguhnya yang batil itu pasti akan lenyap.Sebelum saya meneruskan penulisan artikel ini terlebih dulu saya menyambut anda semua dengan salam islam “Assalamualaikum”.Saya bukan hendak memperbesar-besarkan isu Bugis diacop sebagai pati tetapi sekadar ingin memberikan sedikit penjelasan,bahawa bugis yang telah memiliki kewarganegaraan tidak boleh dicop sebagai pati walaupun ianya baru 20 tahun berada disabah.Secara ilmiah apakah kdm dapat membuktikan secara bertulis mahupun sejarah bahawa bugis yang baru 20 tahun menetap disabah adalah pati,tanpa adanya penyiasatan terlebih dulu?Bagaimana pula kdm memberikan bukti sebagai fakta sekiranya saya mengatakan remaja bugis yang dilahirkan diSabah pada tahun 1989 dan kini telah berusia 20 tahun serta menetap disabah masih lagi dianggap pendatang tanpa izin(PATI).Tolong bagi penjelasan berdasarkan pendekatan ilmiah kerana penulis blog pemudasabah.blogspot seorang yang terpelajar dan saya pula yang mewakili suku kaum bugis hanya berkelulusan upsr.Namun Pemudasabah harus tahu bahawa saya tidak suka membaca sesuatu artikel yang berdasarkan rekayasa tanpa adanya bukti ilmiah.Sesuatu pernyataan yang diluar topic perbincangan tidak akan saya jawab sama sekali.Biarlah kita berdebat secara professional berlandaskan bukti bagi setiap pernyataan yang kita buat dan boleh menerima pendapat orang tanpa memutar belitkan fakta sebenar topic yang diperdebatkan.


Nota:petikan dari cbox saya yang dikomen oleh pemudasabah
pemudasabah: atau tawaran kerja dr syarikat tsb ada diiklankan atau tak


JAWAPAN UNTUK SOALAN PEMUDASABAH







Tentang iklan atau papan tanda mengenai pengambilan tenaga kerja ketika projek pembinaan Hotel Juta,Milimewa lama,Milimewa baru,Pasar ikan keningau,Keningau superstore dan yang terbaru Plaza Keningau,sebenarnya bukan topic perbahasan kita tetapi untuk tidak mengecewakan blog pemudasabah.blogspot.com tentang pertanyaan tersebut,saya hanya dapat berkata”Itu iklan atau papan tanda bagi pengambilan pekerja dalam sector pembinaan tidak perlu dipamerkan kerana ianya tidak memerlukan kelulusan atau sijil pelajaran.Apa yang penting pemohon tahan berjemur dibawah panasnya matahari seawal jam 7 pagi hingga jam 5 petang dan jikalau ada OT(overtime)kenalah buat juga.Bukankah ada pepatah mengatakan “Malu bertanya sesat dijalan”.Pertanyaan saya kepada pemudasabah “Apakah setiap rumah seseorang gadis di Sabah perlu diletakkan papan iklan bagi memudahkan kaum lelaki meminangnya????Soalan ini harus dijawab dan saya sedari awal telah mengingatkan bahawa setiap pernyataan itu harus dapat dibuktikan dengan pendekatan ilmiah dan bukannya bersifat putar belit yang tidak berkesudahan.



Nota:soalan dibawah ini dipetik dari c box saya yang di komen oleh pemudasabah
pemudasabah: baik jg disertakan bukti fizikal spt tender membina Hotel Juta ditawarkan kpd pihak siapa atau pihak yg membina hotel tsb menggaji tenaga buruh sah atau tidak


Jawapan kepada soalan diatas dari saya

Soalan seperti diatas sebenarnya diluar topic tentang perbahasan kita mengenai bugis dicop sebagai pati dan perampas hak sabah.Saya mengatakan pada artikel saya mengatakan “persoalannya sekarang,kenapa kdm tidak tampil memohon kerja pada masa pembinaan Hotel Juta ini dilaksanakan?.Sedangkan ini adalah satu-satunya peluang pekerjaan yang boleh deceburi oleh kdm itu sendiri sebelum dimonopoli oleh pti bugis,bugis local dan pti filipin.Selepas semua projek pembangunan di Keningau siap,ada pula suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati dan menuding jari kepada pti bugis,bugis local dan pti filipin sebagai perampas peluang pekerjaan di Sabah am nya diKeningau.Tetapi yang peliknya sebelum projek pembinaan Hotel Juta ada beberapa projek besar seperti projek pembinaan milimewa lama,milimewa baru.pasar ikan besar keningau,keningau superstore dan yang terbaru plaza keningau,namun tidak adapun kdm yang menyumbangkan tenaga menjadi buruh kasar malahan melepaskan peluang tersebut kepada pti bugis,bugis local dan pti filipin”.Saya tidak bertanyakan tender projek Hotel juta diserahkan pada siapa?jika saya beri jawapan bahawa tender tersebut diberikan kepada bugis pti,bugis local dan pati filipin anda pula akan berkata bugis dan pati merampas peluang pekerjaan yang seharusnya di berikan pada kdm.Pesanan saya sekali lagi tolong berbahas didalam topic perbahasan sebenar untuk mendapatkan persefahaman dan menjernihkan suasana yang keruh.






3 Oct 09, 12:21 AM
pemudasabah: melihat kpd foto di atas jika ini adl penulis blog, anda ini masih muda & byk lagi yg anda tak tau...begitu jg dgn diri kami yg masih kekurangan

3 Oct 09, 12:20 AM
pemudasabah: apa2 pun, nasihat saya pd anda luaskan pergaulan & byk kan mengkaji agar tdk statik & jgn anggap orang lain ini kurang berilmu ok

 Ini jawapan saya kepada soalan diatas


Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada penulis blog pemudasabah,terima kasih atas semua komen anda termasuk komen yang diluar topic perbincangan.Sebenarnya sudah lama saya mengikuti blog pemudasabah namun saya tidak berminat untuk membuat sebarang komen keatas artikel anda yang bersifat perkauman dan doktrin agar kdm membenci suku kaum bugis.Tentang nasihat pemudasabah agar saya meluaskan lagi pergaulan dan banyakkan mengkaji static untuk mengelakkan saya menganggap orang lain kurang berilmu adalah satu tanggapan yang kurang tepat.Jika saya mahu bercerita tentang pergaulan disabah sahaja pemudasabah tidak mungkin boleh mengalahkan pengalaman hidup saya dalam bergaul dengan pelbagai bangsa.Baiklah sekarang pemudasabah beranggapan bahawa anda mempunyai pergaulan yang luas.Sekarang cuba katakana kepada saya berapa buah Bandar disabah saudara pernah menetap dan apa nama kampung dibandar tersebut yang saudara pernah datangi.Apakah pemudasabah pernah ke Tenom,nabawan,Bongawan,kundasang,Ranau,beaufort,pangi,pensiangan,sook,ansip,melalap,Tawau,KPK keningau,Kimanis,Tambunan dan banyak lagi bandar,pekan,juga kampung yang tidak desebutkan disini.Tapi jangan sebutkan bandar,pekan atau kampung jika pemudasabah belum pernah melawatinya kerana saya akan minta anda berikan buktinya.Tentang cerita pergaulan disabah,bagaimana pula pergaulan saudara pemudasabah di tanah semenanjung?? Berapa ramai orang melayu, india, cina, minangkabau, banjar.jawa,Nepal,Bangladesh,Vietnam,Thailand,Myanmar dan Indonesia yang pemudasabah kenali di semenanjung saat membuat pernyataan agar saya meluaskan pergaulan dan mengkaji static ini????Terus terang saya katakan pada pemudasabah bahawa saya meninggalkan pekan keningau pada 12 hb april 1997 untuk merantau ketanah semenanjung dan sehingga sekarang  4 oktober 2009 saya masih berada disemenanjung.Berikut beberapa tempat saya pernah pergi dan bekerja selama merantau kesemenanjung,antaranya kalawei road pulau pinang,nilai negeri Sembilan,skudai johor,simpang ampat alor gajah Melaka(bukan simpang empat tapi nama tempat)puchong,subang jaya usj16,shah alam seksen 25,28,dan 18.Semua tempat tersebut saya pernah menetap dan bekerja dalam sector penternakan,operator kilang,logictic untuk Nippon elec tapi Nippon elec sekarang telah lama ditamatkan operasinya.Saya ringkaskan cerita tentang pergaulan ini,semua orang tahu bahawa jika kerja dalam sector perkilangan di shah alam kita dapat berkenalan dengan ramai suku kaum termasuk yang bukan warga Malaysia tapi bangsa asing dari beberapa buah Negara jiran seperti yang saya sebutkan diatas.Kilang tempat saya bekerja sekarang ini mempunyai 4 shift untuk staf dan 2 shift untuk kontrakter.Bayangkan 1 shift untuk staf mempunyai seramai 170 orang dan 450 orang untuk bukan staf(kontrakter).Saya rasa cukup sampai disini sahaja cerita saya untuk menanggapi komen tentang nasiahat pemudasabah untuk saya meluaskan pergaulan.




Berikut beberapa bukti bahawa saya bergaul dengan semua kaum





dari kanan mat(melayu)Ramli,ronny,jamadil(murut nabawan)Alawi(bajau)bob dan man(melayu)


dari kiri,Zulham,udins(bugis)pakcik(melayu mamak)mat(melayu)

gambar disini ketika baca doa selamat kat rumah sewa orang bugis
antara yang hadir terdiri dari bajau,bajjau,sulok,murut,rungus,bidayuh,minang,bugis,melayu dan bisayah.












ini cuma sebahagian saja yang dapat saya paparkan sebagai bukti yang saya bergaul dengan semua suku tanpa mengira apa agama mereka.


Sila klik link bugis keningau untuk ke aktiviti malam minggu saya.





Perjuangan terbaik untuk sabah adalah mengatakan kejujuran kepada semua suku kaum yang ada disabah dalam menangani isu kebanjiran pati dan bukannya melakukan propaganda.Orang yang berjuang untuk negerinya adalah orang yang berjihad melawan nafsunya sendiri dan orang yang berhijrah adalah orang yang berpindah dari jahat kepada yang baik.Dari kesimpulan ayat ini kita dapat mengetauhi erti sebuah perjuangan untuk membela semua suku kaum sabahan yang diiktiraf sebagai anak watan sabah.Oleh itu saya sarankan kepada pemudasabah agar melawati blog srs(skim rondaan sukarela) dimana kami semua tidak kira bangsa dan agama bersama-sama mencegah perbuatan jenayah di taman srimuda shah alam Selangor d.e.Sesetengah orang mengharapkan upahan berupa wang ringgit untuk membantu pihak berkuasa menangani isu jenayah,tetapi kami srs taman srimuda tidak mengharapkan wang ringgit untuk membuat rondaan sukarela pada setiap malam minggu.Saya cadangkan kepada pemudasabah jika kalian memang bersungguh-sungguh ingin menangani isu pati disabah sila bagi kerjasama kepada kerajaan kita tanpa mengharapkan wang ringgit dan jangan suka menulis sesuatu pernyataan demi kepentingan diri sendiri.Mungkin pemuda sabah hanya dapat menyatukan kdm disabah saja tetapi pemudasabah tidak tahu bahawa bangsa yang selama ini saudara anggap SEBAGAI PENDATANG ASING telah menyatu padukan sebahagian besar suku kaum sabah yang bekerja disemenanjung sejak 2003 dan kini kami mempunyai satu tabung kebajikan yang ditubuhkan pada 2006 dan diberi nama T.K.W.S(Tabung kebajikan warga sabah).Untuk keterangan lanjut sila klik tabung T.K.W.S.

Read more...

Arung Palakka, Putra Terbaik Tanah Bugis



Arung Palakka (lahir di lamatta, mario-ri wawo, soppeng , 15 september 1634 wafat di bontoala 6 april 1696 dalam usia 61 tahun) adalah sultan bone dari tahun 1972-1696. Saat masih jadi pangeran, ia memimpin kerajaannya dalam meraih kemerdekaan dari kesultanan gowa pada tahun 1660-an. Ia bekerjasama dengan belanda dalam merebut kotamakassar.Palakka membawa suku bugis menjadi kekuatan maritim besar dan mendominasi kawasan tersebut selama hampir seabad. Arung Palakka bergelar “La Tan-ri tatta To urong To-ri SompaE Petta MalampE’E Gemme’na Daeng Serang To’ Appatunru Paduka Sri Sultan Sa’admuddin, [MatinroE-ri Bontoawala], Arung Bone.



BIOGRAFI


Lahir di lamatta, Mario ri Wawo, Soppeng, Tanggal 15 september 1634, anak dari Lapottobunna, Arung Tanah Tengnga dengan istrinya, We Tan-ri Suwi, Datu Mario-ri Wawo, anak dari La tan-ri Ruwa Paduka sri sultan adam, arumpone bone. Arung Palakka meninggal di bontoala, kerajaan gowa (sekarang kabupaten Gowa) pada tanggal 6 april 1969 di makamkan di bontobiraeng.



PERNIKAHAN

-Menikah pertama dengan Arung Kaju (bercerai)
-Menikah ke dua kalinya dengan sira Daeng Talele karaeng ballajawa pada 16 maret 1668 (bercarai pada 26 januari 1671), (lahir pada 10 september 1634, meninggal 11 februari 1721), sebelumya istri dari karaeng bontomaronu, dan karaeng karunrung’ Abdul hamid, mantan tuma bicara-butta gowa, anak perempuan dari I-MALLEWAI Daeng Manasa karaeng mataoya, karaeng cendrana dan kadang sebagai Tumalailng gowa, oleh istrinya, daeng mangeppe, anak dari I-mallingkaang daeng mannyon-ri karaeng matoaya sultan abdullah awwal al-islam, karaeng tallo.

-Menikah ketiga kalinya di soppeng, 20 juli 1673 dengan We tan-ri pau adda sange datu ri watu [matinroe_ri madello] datu soppeng, sebelumnya istri dari la suni, adatuwang sidendreng, dan anak perempuan dari La tan-ri bali beowe II, datu ri soppeng.

-Menikah ke empat kalinya pada 14 september 1684, dengan Daeng marannu, karaeng laikang (meninggal pada 6 mei 1720), sebelumnya istri dari karaeng bontomanopo muhammad, dan anak dari pekampi daeng mangempa karaeng bontomanonu, gowa.



ARUMPONE BONE


Menggantikan ibunya sebagai datu Mario_ri Wawo ke 15. Mendapatkan gelar arung palakka sebagai hadiah membebaskan rakyatnya dari penjajahan makassar. Di akui oleh belanda sebagai arung pattiru, palette, dan palakka di bone dan dautu mario-ri wawo di soppeng, bantaeng, dan bontoala, 1670.





Prinsip Orang Bugis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Prinsip Orang Bugis

  • 1. Keturunan yang diajarkan bagaimana mempertahankan kehormatan keluarga.
  • 2. Keturunan yang dibesarkan dengan memandang perempuan sebagai simbol kehormatan keluarga.
  • 3. Keturunan yang diajarkan untuk menjaga martabat orang lain dan dirinya sendiri.
  • 4. Keturunan yang diajarkan untuk tidak tunduk kepada orang lain.
  • 5. Keturunan yang ingin bebas merdeka berjuang dan berusaha untuk bertahan hidup.
  • 6. Keturunan yang berabad abad mentalnya telah dibentuk dan ditempa dengan keras oleh gelombang
  • 7. Keturunan yang diajarkan berani menghadapi masalah dan tidak lari dari kenyataan hidup.dan
  • 8. Keturunan yang berani berbicara hanya jika ada BUKTI.

(SALAMA TOPADA SALAMA)

SUMBER: http://www.rappang.com/2009/11/prinsip-orang-bugis.html


keterangan

SILA KLIK "DISINI" UNTUK PENJELASAN TENTANG BLOG SAYA

Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan...
Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi






SENARAI BLOG SAYA

Satisfaction.com Free Comment Codes Satisfaction.com Free Comment Codes

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP