Dasar Kandungan Blogger
>> Khamis, 29 Oktober 2009
Dasar Kandungan Blogger
Blogger merupakan perkhidmatan percuma bagi komunikasi, pernyataan kendiri dan kebebasan bercakap. Kami yakin Blogger meningkatkan ketersediaan maklumat, menggalakkan debat yang sihat, dan berpotensi memberi hubungan baru antara manusia.
Kami menghormati pemilikan pengguna kami pada, dan tanggungjawab terhadap kandungan yang mereka pilih untuk dikongsi. Kami yakin bahawa menapis kandungan ini adalah bertentangan dengan perkhidmatan yang berdasarkan pada kebebasan penyataan.
Untuk mendukung nilai ini, kami perlu mengekang penyalahgunaan yang mengancam keupayaan kami untuk memberikan perkhidmatan ini dan kebebasan penyataan yang digalakkannya. Hasilnya, terdapat beberapa batasan mengenai jenis kandungan yang boleh dihoskan dengan Blogger. Batas yang kami takrifkan adalah yang mematuhi keperluan undang-undang dan juga yang boleh mempertingkatkan perkhidmatan seluruhnya.
Sempadan Kandungan
Dasar kandungan kami memainkan peranan penting dalam mengekalkan pengalaman positif untuk anda, pengguna. Sila hormati garis panduan ini. Dari masa ke semasa, kami boleh mengubah dasar kandungan kami, maka, sila semak semula di sini. Serta, sila maklum bahawa apabila menggunakan dasar di bawah, kami boleh membuat pengecualian berdasarkan pada pertimbangan seni, pendidikan, dokumentari atau saintifik atau apabila terdapat faedah lain yang cukup banyak kepada orang awam daripada tidak mengambil tindakan mengenai kandungan.
Kandungan Dewasa: Kami membenarkan kandungan dewasa pada Blogger, termasuk imej atau video yang mengandungi kebogelan atau aktiviti seksual. Tetapi, sila tandakan blog anda sebagai 'dewasa' dalam tetapan Blogger anda. Jika tidak, kami mungkin meletakkannya di belakang ruang antara 'kandungan matang'.
Terdapat beberapa pengecualian kepada dasar kandungan dewasa:
- Jangan gunakan Blogger sebagai cara untuk mendapatkan wang bagi kandungan dewasa. Contohnya, jangan membuat blog di mana peratusan ketara kandungan adalah iklan atau pautan kepada tapak porno komersil.
- Tiada kandungan inses atau sifat kebinatangan: Kami tidak membenarkan kandungan imej, video atau teks yang menggambarkan atau menggalakkan inses atau sifat kebinatangan.
Keselamatan kanak-kanak: Kami mempunyai dasar toleransi sifar terhadap kandungan yang mengeksploitasi kanak-kanak. Beberapa contoh ini termasuk:
- Pornografi kanak-kanak: Kami akan menamatkan akaun bagi mana-mana pengguna yang kami dapati menyiarkan atau mengedarkan pornografi kanak-kanak. Kami juga akan melaporkan pengguna itu kepada pihak berkuasa undang-undang.
- Pedofilia: Kami tidak membenarkan kandungan yang menggalakkan tarikan seksual terhadap kanak-kanak. Contohnya, jangan buat blog dengan galeri imej kanak-kanak di mana koleksi imej atau teks diiringi dengan imej yang tidak senonoh secara seksual.
Percakapan yang Membenci: Kami inginkan anda menggunakan Blogger untuk meluahkan pendapat anda walaupun, yang paling kontroversi. Tetapi, jangan melampaui batas dengan menyiarkan percakapan yang membencikan. Dengan ini, kami bermaksud kandungan yang menggalakkan kebencian atau keganasan terhadap kumpulan berdasarkan bangsa, keetnikan, agama, ketakupayaan, jantina, umur, status veteran atau orientasi seksual/identiti jantina. Contohnya, jangan tuliskan blog yang mengatakan bahawa ahli Bangsa X adalah penjenayah atau menyokong keganasan terhadap pengikut Bangsa Y.
Kandungan Kasar: Jangan siarkan kandungan hanya untuk kejutan atau grafik. Contohnya, koleksi imej dekat luka tembakan atau tempat kemalangan tanpa kandungan atau ulasan tambahan akan melanggar dasar ini
Keganasan: Jangan mengugut orang lain pada blog anda. Contohnya, jangan siarkan ugutan kematian terhadap orang lain atau sekumpulan orang dan jangan siarkan kandungan yang menggalakkan pembaca anda mengambil tindakan ganas terhadap orang lain atau sekumpulan orang.
Hak Cipta: Ia adalah dasar kami untuk memberi respons kepada notis jelas bagi pelanggaran hak cipta yang dinyatakan di sini. Serta, harap jangan berikan pautan kepada tapak di mana pembaca anda boleh memuat turun kandungan orang lain secara tidak sah.
Maklumat peribadi dan sulit: Memang tidak boleh untuk menyiarkan maklumat peribadi dan sulit orang lain. Contohnya, jangan siarkan nombor kad kredit orang lain, nombor Keselamatan Sosial, nombor telefon yang tidak disenaraikan dan nombor lesen memandu. Serta, sila ingat bahawa dalam kebanyakan kes, maklumat yang telah tersedia di mana-mana pada Internet atau rekod awam tidak dikira persendirian atau sulit di bawah dasar kami.
Menyamar sebagai orang lain: Harap jangan menipu atau mengelirukan pembaca dengan menyamar menjadi orang lain atau menyamar mewakili sebuah organisasi jika anda tidak mewakilinya. Kami bukan mengatakan bahawa anda tidak boleh menerbitkan parodi atau satira – hanya elakkan kandungan yang mungkin boleh mengelirukan pembaca mengenai identiti anda yang sebenarnya.
Aktiviti yang melanggar undang-undang: Jangan gunakan Blogger untuk terlibat dalam aktviti yang melanggar undang-undang atau untuk menggalakkan aktiviti yang berbahaya dan menyalahi undang-undang. Contohnya, jangan mengarang blog yang menggalakkan orang untuk memandu dalam keadaan mabuk. Jika tidak, kami boleh memadam kandungan anda. Serta, dalam kes serius seperti terlibat dalam penderaan kanak-kanak, kami boleh melaporkan anda kepada pihak berkuasa sewajarnya.
Spam: Spam terdapat dalam beberapa bentuk dalam Blogger, semuanya boleh menyebabkan pemadaman akaun atau blog anda. Contohnya, termasuk membuat blog yang direka bentuk untuk menarik trafik ke tapak anda atau untuk mengalihnya ke atas dalam senarai carian dan menyiarkan catatan pada blog orang lain hanya untuk mempromosi tapak atau produk anda.
Malware dan virus: Jangan buat blog yang menghantar virus, menyebabkan pop timbul, cuba memasang perisian tanpa persetujuan pembaca atau pun memberi kesan kepada pembaca dengan kod berniat jahat. Ini adalah dilarang dengan tegas pada Blogger.
Penguatkuasaan Dasar Kandungan Blogger
Jika anda menjumpai blog yang anda percaya melanggar dasar kandungan kami, sila laporkannya kepada kami menggunakan pautan 'Benderakan Blog' yang terletak di atas setiap blog (Nota: Jika pemilik blog telah menyembunyikan pautan ini, anda masih boleh melaporkan blog dengan mengisi borang ini).
Pasukan kami menyemak semula bendera ini bagi pelanggaran dasar. Jika blog tidak melanggar dasar kami, kami tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap blog atau pemilik blog. Jika kami mendapati blog melanggar dasar kandungan kami, kami mengambil satu atau lebih tindakan berikut berdasarkan keseriusan pelanggaran:
- Meletakkan blog di belakang ruang antara 'kandungan matang'
- Meletakkan blog di belakang ruang antara di mana hanya pengarang blog boleh mengakses kandungan
- Padam blog
- Menyahdaya akses pengarang kepada akaun Bloggernya
- Lumpuhkan akses pengarang kepada akaun Googlenya
- Laporkan pengguna kepada pihak berkuasa undang-undang
1 ulasan:
Aku pun Bugis.
Takkan Bugis hilang di dunia walaupun aku di ISS (International Space Station)
Mencari rezeki halal yang dianugerahkan oleh Allah yang Maha Besar bertaburan di muka bumi. Ia khusus untuk ummatNya yang rajin berusaha.
"DUIT"
Doa, Usaha, Ikhtihar, Tawakkal.
Say YES to no to racist. Bugis is global player. Those who want to trigger racist sentiment of Bugis need to think twice before my " P4O10 + 6 H2O → 4 H3PO4" destroy you.
Sappo' mohon sokongan dan dukungan anda untuk mewujudkan Malaysian Bugis Association yang bakal diusahakan oleh Andi' Izzati lewat laman blognya http://bugisblood.blogspot.com/
Unity Bugis stand, together Bugis fall
Haben Sie einen schoenan tag Sappo' pada idi' pada elo'
Bugis-German
Catat Ulasan