ASALAMUALAIKUM DAN SALAM MESRA KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG BUGISBUKANPATI.BLOGSPOT.COM.BLOG INI BUKAN BLOG POLITIK ATAU BLOG UNTUK MEMECAH BELAHKAN MASYARAKAT DISABAH.KEWUJUDAN BLOG INI SEKADAR INGIN MEMBERI PENJELASAN KEPADA UMUM,BAHAWA SUKU KAUM BUGIS YANG ADA DISABAH DAN MEMILIKI PENGENALAN DIRI YANG SAH TIDAK BOLEH DICOP ATAU DILABEL SEBAGAI PENDATANG TANPA IZIN ATAU SINGKATANNYA PATI DAN BLOG INI TIDAK BERMAKSUD UNTUK MENENTANG MANA-MANA ORGANISASI YANG ADA DISABAH.SEKIRANYA ADA ARTIKEL SAYA YANG TERLALU KASAR PENGGUNAAN AYATNYA.PEMBACA BOLEH BERIKAN KOMEN ATAU PENDAPAT YANG BERNAS DIKOTAK CBOX YANG TELAH DISEDIAKAN DIBLOG INI DAN SAYA AKAN MEMADAMKAN ARTIKEL TERSEBUT DARI BLOG INI DENGAN SERTA MERTA.







Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah,Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.


Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama bagi Persekutuan (Malaysia).


Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia



PASAR PELIPIN DI KOTA KINABALU

>> Ahad, 6 Disember 2009

HEBAT-HEBAT NAMANYA PASAR PELIPIN
PHOTO SAYA RAKAM DARI JARAK JAUH

MI GORENG AYAM DIPASAR PELIPIN MEMANG MEMUASKAN HATI SESIAPA SAHAJA YANG MEMAKANNYA.

Baru-baru ini ketika ronda-ronda dengan kereta kawan yang tinggal di putatan untuk melihat kawasan bandaraya kk saya terlihat satu kawasan seperti pasar malam ditepi laut.Oleh kerana saya jarang datang ke kk jadi saya tidak tahu apa nama pasar yang kami lewati tadi.Saya pun bertanya kepada salah seorang rakan saya yang sememangnya lahir dan dibesarkan di kk nama tempat yang kami lalui tadi.Rakan saya mengatakan bahawa nama tempat itu dikenali dengan nama “PASAR PELIPIN”.Saya terkejut dan minta pemandu kereta dmex yang juga rakan saya untuk mencari tempat letak kereta kerana saya ingin merakamkan gambar dan menemuramah beberapa peniaga dipasar tersebut.Saya cukup hairan dan kagum dengan keberanian peniaga asing mahupun bangsa local kerana memberi nama kawasan tersebut dengan nama “PASAR PELIPIN”sedangkan kk adalah mejoriti penduduknya adalah dari suku kaum kdm.Bila saya masuk pula kekawasan deretan kedai cenderamata dan kraftangan,saya merasa seolah-olah berada dinegara asing kerana bahasa yang digunakan mereka adalah bahasa pelipin.Kawan saya tertawakan saya yang seperti kebingungan dan kemudian kami masuk pula dikawasan tempat makanan laut.Bermacam-macam jenis makanan laut yang boleh didapati dipasar pelipin ini termasuk juga makanan kegemaran suku kaum pelipin iaitu putu ubi kayu.Saya bertanya kepada salah seorang peniaga dalam bahasa bajjau pelipin berapa lama sudah dia berniaga ikan bakar dipasar pelipin ini,dia terus tersenyum dan berkata baru setahun lebih.Kawan saya yang seorang ini berbangsa bajjau pelipin tetapi bukan pati pelipin kerana beliau dari suku bajjau terawal disemporna.Kawan saya melarang saya mengambil gambar dikawasan pasar tesebut kerana takut nanti peniaga disitu mencurigai saya.Dia kemudian membawa saya kehujung pasar PELIPIN untuk merakamkan gambar dari jarak jauh.Sebagai orang baru dikawasan tersebut saya menurut saja arahan rakan saya untuk merakam gambar dari jarak jauh sebagai bukti wujudnya PASAR PELIPIN ini dibandaraya KOTA KINABALU.Selepas merakamkan beberapa gambar,kami pun masuk semula kekawasan PASAR PELIPIN ini untuk menjamu selera.Kami menjamu selera dikawasan warung yang menghidangkan makanan goreng-goreng.Peniaga tempat kami makan pula berketurunan bugis tapi bukan bugis pati.Dalam keseronokan menjamu selera saya terkejut dengan beberapa orang pelanggan warung bugis tempat kami makan begitu berselera sekali memakan makanan asli bugis iaitu burasa atau nama melayu sabahnya buras.Pada mulanya saya menyangka mereka ini bugis tapi bila saya Tanya kamu bangsa apa?mereka kata kadazan.Saya cuma tersenyum kerana merasa bangga ada juga suku kaum kadazan yang suka makan burasa@buras buatan bugis tempatan sabah.Saya selama ini menyangka kdm benci masakan dan makanan asli bugis seperti burasa dan coto makassar rupanya saya silap.Memang benar kata lirik lagu yang berbunyi “tak kenal maka tak cinta”…….


Read more...

SEDIKIT TENTANG BURASA ATAU BURAS

Asalamualikum dan salam mesra kepada semua pengunjung blog ini.Pada artikel kali ini saya ingin kongsikan sedikit tentang cara membuat dan memasak makanan kegemaran orang bugis sama ada dia bugis local mahupun bugis pati.Makanan kegemaran yang saya maksudkan ini ialah burasa atau bahasa sabahnya buras.Buras dibuat daripada beras yang dimasak bercampur santan dan sedikit garam kemudian dibalut dengan daun pisang mudah sebelum diikat dengan ketat dan kemas.Cara mengikat burasa pun harus dilakukan oleh mereka yang benar-benar mahir mengikat sahaja.Jika mengikat burasa dilakukan oleh mereka yang tidak mahir akan membuatkan burasa yang dimasak akan pecah dan terkeluar dari pembungkusnya.Waktu yang diperlukan untuk memasak burasa ini adalah antara 5 hingga 6 jam dan mungkin lebih lama dari itu.Burasa biasanya dimasak didalam kawah besar atau tin minyak masak dan bahan bakarnya mestilah daripada kayu yang keras agar apinya cukup panas untuk membuatkan burasa dapat masak dengan sempurna dan tidak cepat basi untuk jangkamasa 3 hingga 4 hari lamanya.Selepas burasa betul-betul telah masak ianya akan dikeluarkan dari tin atau kawah dan dikeringkan sebelum dijadikan sajian untuk tetamu yang datang berhari raya.Burasa tidak sempurna dijadikan hidangan tanpa adanya sejenis lauk yang suku kaum bugis panggil masak likku atau bahasa sabahnya ayam yang dimasak dengan lengkuas.Burasa boleh dimakan dengan menggunakan apa pun jenis lauk sama ada rendang daging mahupun dengan ayam goreng pendek kata semua jenis lauk sesuai untuk dimakan dengan buras ini.

Read more...

CARA MASAK BURASA

INILAH RUPA BENTUK POKOK LENGKUAS ATAU LIKKU.
INILAH YANG BUGIS PANGGIL NASU LIKKU ATAU AYAM MASAK LENGKUAS.

Burasa yang telah siap dimasak.
Api mesti besar dan sentiasa dijaga selama proses memasak dijalankan.
Bekas tin minyak masak cukup sesuai untuk memasak buras kerana ianya tipis dan mudah panas.
Beginilah caranya memasak buras




Read more...

masak buras ketika raya korban


Beginilah bentuk burasa yang belum dimasak
INI PULA SELEPAS BURASA DIMASAK SELAMA 5 HINGGA 6 JAM LAMANYA.

Read more...

Arung Palakka, Putra Terbaik Tanah Bugis



Arung Palakka (lahir di lamatta, mario-ri wawo, soppeng , 15 september 1634 wafat di bontoala 6 april 1696 dalam usia 61 tahun) adalah sultan bone dari tahun 1972-1696. Saat masih jadi pangeran, ia memimpin kerajaannya dalam meraih kemerdekaan dari kesultanan gowa pada tahun 1660-an. Ia bekerjasama dengan belanda dalam merebut kotamakassar.Palakka membawa suku bugis menjadi kekuatan maritim besar dan mendominasi kawasan tersebut selama hampir seabad. Arung Palakka bergelar “La Tan-ri tatta To urong To-ri SompaE Petta MalampE’E Gemme’na Daeng Serang To’ Appatunru Paduka Sri Sultan Sa’admuddin, [MatinroE-ri Bontoawala], Arung Bone.



BIOGRAFI


Lahir di lamatta, Mario ri Wawo, Soppeng, Tanggal 15 september 1634, anak dari Lapottobunna, Arung Tanah Tengnga dengan istrinya, We Tan-ri Suwi, Datu Mario-ri Wawo, anak dari La tan-ri Ruwa Paduka sri sultan adam, arumpone bone. Arung Palakka meninggal di bontoala, kerajaan gowa (sekarang kabupaten Gowa) pada tanggal 6 april 1969 di makamkan di bontobiraeng.



PERNIKAHAN

-Menikah pertama dengan Arung Kaju (bercerai)
-Menikah ke dua kalinya dengan sira Daeng Talele karaeng ballajawa pada 16 maret 1668 (bercarai pada 26 januari 1671), (lahir pada 10 september 1634, meninggal 11 februari 1721), sebelumya istri dari karaeng bontomaronu, dan karaeng karunrung’ Abdul hamid, mantan tuma bicara-butta gowa, anak perempuan dari I-MALLEWAI Daeng Manasa karaeng mataoya, karaeng cendrana dan kadang sebagai Tumalailng gowa, oleh istrinya, daeng mangeppe, anak dari I-mallingkaang daeng mannyon-ri karaeng matoaya sultan abdullah awwal al-islam, karaeng tallo.

-Menikah ketiga kalinya di soppeng, 20 juli 1673 dengan We tan-ri pau adda sange datu ri watu [matinroe_ri madello] datu soppeng, sebelumnya istri dari la suni, adatuwang sidendreng, dan anak perempuan dari La tan-ri bali beowe II, datu ri soppeng.

-Menikah ke empat kalinya pada 14 september 1684, dengan Daeng marannu, karaeng laikang (meninggal pada 6 mei 1720), sebelumnya istri dari karaeng bontomanopo muhammad, dan anak dari pekampi daeng mangempa karaeng bontomanonu, gowa.



ARUMPONE BONE


Menggantikan ibunya sebagai datu Mario_ri Wawo ke 15. Mendapatkan gelar arung palakka sebagai hadiah membebaskan rakyatnya dari penjajahan makassar. Di akui oleh belanda sebagai arung pattiru, palette, dan palakka di bone dan dautu mario-ri wawo di soppeng, bantaeng, dan bontoala, 1670.





Prinsip Orang Bugis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Prinsip Orang Bugis

  • 1. Keturunan yang diajarkan bagaimana mempertahankan kehormatan keluarga.
  • 2. Keturunan yang dibesarkan dengan memandang perempuan sebagai simbol kehormatan keluarga.
  • 3. Keturunan yang diajarkan untuk menjaga martabat orang lain dan dirinya sendiri.
  • 4. Keturunan yang diajarkan untuk tidak tunduk kepada orang lain.
  • 5. Keturunan yang ingin bebas merdeka berjuang dan berusaha untuk bertahan hidup.
  • 6. Keturunan yang berabad abad mentalnya telah dibentuk dan ditempa dengan keras oleh gelombang
  • 7. Keturunan yang diajarkan berani menghadapi masalah dan tidak lari dari kenyataan hidup.dan
  • 8. Keturunan yang berani berbicara hanya jika ada BUKTI.

(SALAMA TOPADA SALAMA)

SUMBER: http://www.rappang.com/2009/11/prinsip-orang-bugis.html


keterangan

SILA KLIK "DISINI" UNTUK PENJELASAN TENTANG BLOG SAYA

Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan...
Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi






SENARAI BLOG SAYA

Satisfaction.com Free Comment Codes Satisfaction.com Free Comment Codes

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP