LAWATAN KEKAMPUNG HALAMAN RAKAN SAYA
>> Jumaat, 4 Disember 2009
Cuti selama 15 hari beraya disabah saya gunakan untuk melawat beberapa buah kampung yang mejoriti penduduknya adalah pribumi.Kawasan kampung yang saya lawati adalah dalam kawasan daerah keningau dan Tenom saja.Tujuan saya melawat kampung tersebut adalah untuk melihat sendiri kemajuan yang mereka usahakan tanpa adanya suku kaum bugis dikampung tersebut.Terbukti apa yang para blogger sabahan perjuangkan selama ini hanya tertumpu pada kawasan bandar tanpa melihat kampung-kampung yang sebenarnya memerlukan bantuan mereka yang bijak pandai dalam penulisan tentang politik diSabah.Ketika saya masuk disebuah kampung dalam daerah Tenom,saya terkejut bila melihat rupa bentuk jalan utama untuk masuk ke kampung tersebut yang tidak diletakkan tar tetapi hanya ditaburkan batu-batu kecil sepanjang jalan.Sesampainya saya dikawasan kampung tersebut,saya terus menelefon seorang rakan berbangsa murut untuk bersama saya melawat kampung mereka.Saya beritahu rakan murut saya tujuan saya melawat kampung beliau adalah untuk melihat kemajuan kampung mereka dan rakan saya hanya tersenyum sambil berkata”kampung ini dari dulu sampai sekarang tidak ada yang berubah termasuk jalan raya untuk masuk kekampung ini”katanya.Saya ada merakamkan beberapa buah rumah dikampung tersebut untuk artikel ini tetapi rakan saya meminta agar saya tidak memasukkan gambar rumah orang-orang kampung dalam artikel ini kerana katanya itu semua tidak penting.Saya pun kehairanan dan bertanya apa maksudnya dengan perkataan tidak penting itu.Rakan saya kemudian memberitahu saya bahawa keadaan rumah yang usang dan ada yang macam mahu roboh adalah kerana tuan rumah itu sendiri yang malas untuk berusaha memperbaiki rumah mereka.Selepas hampir dua jam melawat kampung tersebut saya pun meminta diri untuk balik ke pekan keningau kerana ada kerja lagi yang hendak saya selesaikan pada sebelah petangnya pula.Rakan saya hanya meminta saya memasukkan gambar jalanraya kekampung mereka dan meminta saya tidak memberitahu nama kampung mereka kepada umum kerana katanya biarlah masa saja yang menentukan segalanya.
JALAN RAYA AWAL TAHUN 80an MASIH DIGUNA PAKAI HINGGA HARI INI
0 ulasan:
Catat Ulasan