Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah,Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama bagi Persekutuan (Malaysia).
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
MENYAMBUT DETIK 12 MALAM 2010
>> Jumaat, 1 Januari 2010
MARI SERTAI PERSATUAN ANAK BUGIS KUALA SELANGOR
>> Rabu, 30 Disember 2009
ANAK BUGIS KUALA SELANGOR Nota:sumber asal klik di SINIMARI SERTAI PERSATUAN ANAK BUGIS KUALA SELANGOR
Saya Haji Raja Yunus bin Raja Suran adalah Pengerusi Persatuan Anak-Anak Bugis Daerah Kuala Selangor. Mula ditubuhkan pada 1 Disember, 2008 dan hingga kini telah mempunyai 300 orang keahlian. Ahli-ahlinya terdiri dari seluruh Negeri Selangor dan juga dari Sabah DiBawah Bayu. Permohonan keahlian baru masih dibuka, dan perancangan Perasmian akan diadakan pada penhujung Mei, 2009 jika ada rezeki. Insya'allah. Saya amat berharap apa yang dirancang dapat digapai. Setelah urusan menjadi ahli diterima, ahli-ahli akan diberi kad keahlian.Kepada sesiapa yang berketurunan bugis (tidak kira walaupun (Bugis Jawa Johor) dan ingin menjadi ahli, adalah dialu-alukan.Tujuan saya menubuhkan persatuan ini, adalah untuk mengumpulkan saudara mara yang jauh dan tidak dikenali untuk mengeratkan tali silatulrahim.Keluarga saya adalah dari generasi Daeng Celak dan Panglima Raja Haji.
Kekuatan serta keupayaan darah keterunan Daeng Celak diturunkan kepada keturunan Panglima Raja Haji. Keajaibannya dengan anugerah bila berlaku pergelutan dengan kaum cina, dengan perasaan marah dan gentar telah mengengam maka terciptalah sebilah kapak dan kapak itu diberi nama kapak cina. Memperolehi ketam batu dan sebutir buntat. Saya juga ada menyimpan carta shasiah keluarga.Borang keahlian ada dalam simpanan saya dan sesiapa yang ingin menjadi ahli boleh mendapatkan dari saya melalui talian 019-3020335 dan yuran keahlian RM5.00 dikenakan.
Alamat saya adalah No. 46 Teratak Hara, Jalan Raja Musa, Taman Malawati, 45000 Kuala Selangor.
APA KATA SAUDARA HANAFI KEPADA ABDS
Asalamualaikum..saya Hanafi berasal dari sandakan dan berbangsa sulok campuran bajau simunul.Saya merasa malu atas komen rakan sebangsa saya yang menggunakan nama anak bajau disemenanjung kemudian memaki hamun rakan saya iaitu penulis blog bugisbukanpati.Pada pendapat saya ABDS ini terlalu berlebihan dalam memberikan komen kepada seseorang sehinggakan sukukaum bugis lainnya menyangka yang suku kaum bajau simunul sebagai dajjal dalam isu perkauman disabah.Pertanyaan saya kepada ABDS apa sumbangan paling besar yang kau berikan kepada bangsa kita bajau juga suluk sehingga kau memandai-mandai menggunakan nickname bangsa dalam komen mu diblog pemudasabah?Jika kau mahu teruskan juga komenmu yang tidak akan mendatang hasil malah akan mendatangkan perselisihan paham antara dua bangsa local ini,saya sarankan kau menggunakan namamu sendiri atau nama bapamu dalam komen tersebut.Wassallam..bajausuluk shah alam…
Read more...APA KATA SAHABAT KDM SAYA
SAHABAT KDM SAYA RONNY DAN KALVIN
Kepada semua tompinai-tompinai yang ada disabah,janganlah terlalu mempertikaikan soal perkauman dan agama yang ada dinegeri sabah.Sememangnya kita pun sama saja.Tiada yang asli tiada yang palsu.Kita semua pada asalnya adalah perantau kesabah cuma yang membezakan kita adalah siapa yang terawal dan siapa yang terkemudian sampai kesabah.Sia sebagai seorang anak berdarah asli kdm pun merasa malu kalau tompinai-tompinai selalu mengijik sesuatu bangsa yang telahpun diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai anak watan negeri sabah.Sa sekarang berada disemenanjung dan mejoriti sahabat saya adalah terdiri dari dari suku kaum yang tompinai-tompinai selalu isukan didalam blog tompinai mahupun sabah forum.Cuba tompinai datang kesemenanjung dan lihat sendiri cara hidup kitorang disini.Orang semenanjung tidak pernah bertanya kau apa bangsa tetapi mereka hanya bertanya kau orang mana.So jawapan yang selalu kamiorang bagitau adalah “kami urang sabah bah”.Tidak kira dia apa bangsa sekalipun janji dilahirkan disabah mesti akan mendahulukan jawapan bahawa dia urang sabah juga.Bah sa rasa cukup sampai disini dulu ulasan saya dalam blog sahabat bugis saya ini.
Nota:photo terbaru Ronny akan saya siarkan besok malam
Read more...Apa kata sahabat saya
INI PANDUAN YANG BAIK UNTUK PARA PENGOMEN BLOG
>> Selasa, 29 Disember 2009
Artikel ini saya siarkan khas kepada nickname "ANAK BAJAU DI SEMENANJUNG"YANG MENGTAKAN
Kami dihujani lebih 200 peluru'
>> Isnin, 28 Disember 2009
KUALA TERENGGANU - "Ingatkan kami sudah tidak ada harapan untuk hidup lagi tetapi syukur Alhamdulillah, nyawa kami masih panjang." Demikian luah empat nelayan dari Kampung Baru Sebarang Takir dekat sini, iaitu Musa Mahammad, 33, Mohd. Arif Rosli, 20, Akhmadi Daud, 28 dan Ahmad Faizul Sulong, 23, ketika mereka ditahan penguat kuasa Indonesia pada 10 November tahun lalu kerana didakwa menceroboh perairan negara itu. "Bot kami dihujani lebih 200 peluru ketika terserempak dengan pihak berkuasa Indonesia ketika sedang menangkap ikan di sempadan Malaysia-Indonesia dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi hari tersebut," dakwa Musa. Menurut Musa, ketika itu, bot mereka dikejar pihak berkuasa negara tersebut selama kira-kira 15 minit dan mereka sudah mula membayangkan ajal apabila mereka tidak mampu berbuat apa-apa selain cuba melarikan diri. "Ketika itu kami ditembak bertalu-talu dan kami hampir putus harapan dan hanya berserah selepas bot kami berjaya dipintas dan dihimpit," katanya. Beliau ditemui bersama tiga rakannya ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud malam semalam selepas mereka dibebaskan oleh pihak berkuasa Indonesia dari pusat tahanan di Pontianak, Kalimantan, Indonesia. Bagaimanapun, satu-satunya mangsa yang terkena tembakan dalam kejadian tersebut iaitu tekong bot itu, Che Wan Budiman Che Wan Ngah, 31, masih ditahan di pusat tersebut menanti hari perbicaraan yang dijangka berlangsung 8 Januari ini.'Kami dihujani lebih 200 peluru'
manirah.othman@kosmo.com.my

Teori Komunis
Penunggu hutan Keningau
>> Ahad, 27 Disember 2009
Legenda Tombiruo dan Rogon masih popular di Sabah. SEMASA Amiruddin mendengar berita sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, Sabah, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya, kekasihnya. Gadis itu ialah antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu. Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu. Amiruddin atau Rogonkah yang lebih dahulu menemui Wan Suraya? Rogon tersebut ialah salah satu watak dalam novel seram, Semangat Hutan karya penulis prolifik kelahiran Papar, Ramlee Awang Murshid. Latar belakang novel itu mengambil tempat di hutan Keningau yang sememangnya terkenal dengan cerita-cerita misteri penunggu hutan. Bagi etnik Kadazandusun di Sabah khususnya yang tinggal berdekatan hutan Keningau hingga sempadan Sandakan, semangat hutan itu akan terus ada dalam kehidupan mereka. Dan kerana tingginya semangat hutan yang dipercayai menjaga keamanan hutan Keningau, Ramlee menukilkan mengenai Rogon dan satu lagi makhluk hodoh, Tombiruo dalam novel-novelnya. Imaginasi “Entiti Tombiruo dan Rogon adalah simbolik kepada unsur kebaikan dan kejahatan yang ada di dalam hutan. “Secara tidak langsung, entiti ini juga membuka minda kita agar lebih menghormati hutan, tetapi bukan menyembahnya,” tegas beliau. Ramlee memberitahu, Tombiruo, seperti yang digambarkan dalam novelnya dengan tajuk yang sama, merujuk kepada hantu hutan atau mahkluk hodoh yang mendiami belantara. “Entiti ini lebih bersifat pelindung. Ia melindungi hutan daripada dimusnahkan oleh manusia yang berniat jahat. “Orang dahulu juga menggambarkan Tombiruo sebagai berwajah buruk dan sesiapa yang terserempak dengan semangat ini akan ditimpa sial,” jelas Ramlee. Rogon pula dari pandangan Ramlee dan cerita lama yang dikutip daripada pelbagai sumber, lebih bersifat kejam. Ia lebih bersifat kebinatangan berbanding Tombiruo. Semangat hutan itu turut dikaitkan dengan insiden kehilangan individu di hutan Sandakan yang sehingga kini masih belum terjawab. “Ia berlaku sekitar lewat 1980-an. Hutan Sandakan yang bersempadan dengan hutan Keningau gempar apabila individu tersebut dilaporkan hilang secara misteri. “Walaupun dijejaki menggunakan anjing pengesan, mangsa gagal ditemui. Yang membingungkan, anjing itu beberapa kali mengelilingi sebatang pokok,” cerita Ramlee. Di situlah, mereka menjumpai tinggalan tulang manusia dan beberapa helai pakaian yang dilipat kemas. Sejak itu, pelbagai spekulasi timbul termasuk ada yang mendakwa ia angkara semangat hutan ataupun manusia kanibal. Bagi masyarakat Kadazandusun yang amat menghormati hutan, kata Ramlee, kejadian seumpama itu dipercayai berlaku kerana niat manusia yang mahu merosakkan kesucian hutan. “Jadi, semangat hutan ini, kemungkinan Tombiruo atau Rogon, melakukan sesuatu untuk melindungi hutan yang menjadi tempat tinggalnya,” ungkapnya. Jelas beliau, biarpun apa yang dinukilkan di dalam novel-novelnya itu disulam dengan elemen fiksyen dan imaginasi, Ramlee percaya hutan adalah kawasan yang penuh dengan pantang larang. “Kita tidak akan tahu siapa atau apa yang berada di dalamnya. Dan seringkali kita terlupa terdapat satu lagi ‘alam’ yang perlu dihormati,” katanya. Kayu ara Baru-baru ini, satu lagi insiden mengejutkan penduduk daerah itu. Makhluk berkepala besar tanpa kaki dan tangan ditemui di Kampung Kapayan Baru dekat Keningau. “Ia benar-benar wujud dan menakutkan – akui Rapail Igau, 49, seperti dipetik New Sabah Times. Rapail yang merupakan seorang kakitangan Yayasan Sabah memberitahu, beliau tanpa sengaja merakam gambar makhluk halus itu menggunakan kamera telefon bimbit pada 21 Oktober lepas. Imej yang didakwa makhluk halus itu juga telah diuji ketulenannya. Menurut Rapail, pada petang kejadian beliau melawat Empangan Pengairan Kampung Kapayan Baru yang baru sahaja siap dibina sambil ditemani seekor anjing belaannya. Katanya, beliau merakam beberapa sudut empangan tersebut untuk tujuan dokumentasi, tetapi tidak menyangka sekeping daripada kira-kira 20 rakaman menghasilkan imej seperti manusia berkepala ganjil tanpa kaki dan tangan duduk di atas leher anjingnya. Kira-kira satu meter dari tempat anjingnya berdiri pula, terdapat sebatang pokok ara yang dikatakan telah wujud sejak tahun 60-an lagi. Pokok itu sejak sekian lama diketahui oleh penduduk kampung itu sebagai berpenunggu. Empangan air itu dibina bagi menggantikan empangan konvensional atau dikenali sebagai kinalian untuk kemudahan pengairan kepada ratusan pesawah di kampung itu. Sejak awal tahun 60-an, kawasan itu terkenal sebagai berpenunggu dan setiap kali penduduk membaiki empangan kinalian, upacara pen- yembahan dilakukan bagi mengelak gangguan makhluk halus. Rapail memberitahu, nenek moyang mereka akan menyembelih ayam putih atau babi sebelum aktiviti gotong-royong dijalankan bagi membaiki ampangan kinalian itu. Bagaimanapun katanya, habitat makhluk itu mungkin terganggu ekoran daripada projek pembinaan empangan moden itu. Kisah rakaman gambar penunggu hutan Rapail ini hanya akan memanjangkan lagi legenda Tombiruo dan Rogon di kalangan masyarakat Sabah. Nota:Dipetik dari berita kosmoPenunggu hutan Keningau



Kena 'badi' tol Jelapang - Bas ekspres dua tingkat rempuh penghadang 10 maut
IPOH - Bas ekspres dua tingkat Sani Express yang meninggalkan Terminal Bas dan Teksi Seksyen 17, Shah Alam pukul 9 malam kelmarin sepatutnya menurunkan dengan selamat 48 penumpangnya di destinasi masing-masing pagi semalam sepanjang perjalanan menuju ke Kangar. Di dalam bas itu, penumpang yang juga pekerja kilang pencetakan di Shah Alam, Noor Jismi Noordin, 25, berdebar-debar pulang ke Kangar untuk majlis pertunangan dengan gadis pilihannya, Rosma Abdullah, 23, petang ini. Pemandu kontena dari Taman Setia, Klang, Shaharin Mohd. Nor, 61, pula menuju ke Kuala Perlis untuk membawa pulang kenderaan syarikat dan seperti mahu mati bersama, dia berjaya memujuk isteri, Supiah Adam, 46, untuk menemaninya. Ng Poh Ngoh, 23, dari Taman Desa Seraya, Alor Setar memikul tanggung jawab sebagai anak harapan keluarga ketika menghadiri temuduga kerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur selepas menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini. Dia ditemani adik bongsunya, Ng Kah Kit, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Shin Min, Alor Setar. Hayat kesemua lima penumpang itu, bersama lima lagi yang lain berakhir di dalam bas tersebut selepas ia terbabas dan merempuh penghadang jalan di Kilometer 272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang (arah selatan) pukul 1 pagi semalam. Nota:Dipetik dari berita kosmoKena 'badi' tol Jelapang - Bas ekspres dua tingkat rempuh penghadang 10 maut
dan KUMARA SABAPATTY

ARAMAITIEEEE
>> Jumaat, 25 Disember 2009
KENINGAU 26 DECEMBER 1996
KENINGAU 26 DECEMBER 1996
Peristiwa awal pagi 26 December 1996 itu di luar jangkaan sama sekali.Ribut greg yang sudah pun berlalu di barat laut perairan Sabah tiba-tiba berpatah balik selepas bertembung dengan taufan Fern berdekatan kepulauan Filipina.Biarpu ribut tropika itu hanya berkelajuan 50 km/j,ia bukan sahaja memusnakan beratus-ratus kediaman malah menyebabkan banjir besar khususnya di daerah Kota Kinabalu,Tuaran,Papar dan Keningau.Tanda ingatan tragedi itu cukup memilukan.Seramai 238 orang terkorban dan kira-kira 7.600 penduduk hilang tempat berteduh.Mangsa bukan sahaja dipalit dengan kedukaan kehilangan orang yang tersayang bahkan kerugian akibat bencana itu mencecah sejuta ringgit.Namun dalam setiap malapetaka,wang ringgit dan harta sebenarnya bagaikan tidak bernilai berbanding nyawa.Walaupun Cuma tiga jam melanda,ribut greg telah membawa kesengsaraan yang besar kepada mereka yang masih hidup di tahun 2009 ini.
Kejadian itu menyebabkan beberapa kawasan landaaan ribut berubah pemandangannya bak padang jarak padang terkukur.Kebanyakan mangsa ditemui di dalam Lumpur dan runtuhan bangunan oleh anggota penyelamat yang terdiri daripada pasukan polis hutan (kini pasukan gerak am)pga,polis marin,Rejimen askar melayu DiRaja,pengakap sempadan dan pasukan khas mencari dan menyelamat (smart)serta penduduk sekitar.Empat batang sungai utama iaitu sungai Bayoya,Pampang,Senagang dan Liawan turut menjadi saksi kepada peristiwa yang menyayat hati itu.Kini semuanya telah pun berlalu dan yang tinggal hanyalah kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh ribuan penududk di Sabah,khususnya di Keningau.Setelah 13 tahun berlalu peristiwa ribut greg di Sabah,namun bahangnya tetap terasa hingga ke hari ini yang bertarikh 26 desember 2009 jam12:05 minit pagi.Kenangan pahit ini akan dapat dirasakan pada 26 desember setiap tahun oleh mereka yang terselamat daripada bencana greg itu.Kita tidak dapat membayangkan berapa ramai manusia yang tidak sempat bertaubat telah menemui ajalnya pada saat itu,oleh yang demikian kita yang terselamat daripada bencana greg ini masih diberi peluang dan waktu oleh ALLAH S.W.T. untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepadanya.Sebagai seorang muslim yang terselamat dari sesuatu malapetaka seharusnya bersyukur kehadrat Allah yang telah menciptakan muka bumi dan segala isinya.Semua yang telah terjadi itu adalah ketentuandarinya jua dan kita sebagai hambanya harus redha pada setiap dugaan yang diturunkan kepada kita…Amin yarabbana Alamin….
Kenangan bersama penulis blog belanda di melaka
>> Khamis, 24 Disember 2009
Siapa kata kdm benci bugis?
>> Selasa, 22 Disember 2009
Sila baca, renung, fikir dan cuba sebarkan.
>> Isnin, 21 Disember 2009
Sila baca, renung, fikir dan
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha
Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda. Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam, tidak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun.
Lalu salah seorang lelaki tu bertempik:
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi itu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman.
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat". Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.
Macammana? Adakah anda rasa lucu dengan cerita di atas?
Selain terhibur anda fikirlahlah...
" Lucu
" Lucukan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun. Dia tak kata pun nak bunuh tapi generasi sekarang amat lemah. Baru kena ugut terus
lari lintang pukang. Lupa yang dia belum sembahyang jumaat lagi..."
"Lucu
"Lucu kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam alQuran"
"Lucu kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lucu, kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh...
alahai.. tak cukup masa.. alahai....alahai...
nota: Terima kasih kepada pengarang cerita asal cerita ini.
Read more...KITA SEMUA ADALAH TEMPAYAN RETAK
Penyambung rezeki nelayan Bugis
Penyambung rezeki nelayan Bugis

TRADISI masyarakat etnik Bugis di Sabah mengusahakan kelong atau bagang bukan setakat terhad pada bagang jongkong mudah alih. Bagi pengusaha bagang tetap di pantai Kimanis, dekat Papar, perusahaan berkenaan diwarisi dari nenek moyang mereka sejak 1970-an.
Bagi Mokhtar Alimani, 50, sejak mengusahakan bagang kira-kira 10 tahun lalu, ia adalah sumber rezeki utama keluarganya. Dengan hasil jualan bilis dan pelbagai jenis ikan itulah, Mokhtar mampu memastikan kesinambungan kehidupan keluarganya.
Namun, berbeza dengan bagang mudah alih yang menggunakan jongkong atau bot besar di Teluk Darvel, Laut Sulawesi di pantai timur Sabah, operasi bagang tetap di pantai Kimanis di Laut China Selatan tidak memerlukan petrol pada jumlah yang banyak untuk menggerakkan jana kuasa buat menyinari lampu tempat bilis bermain.
Cukup dengan menggunakan lima liter petrol bagi menggerakkan jana kuasa kecil untuk menghidupkan lampu dan minyak tanah untuk menghidupkan dapur merebus bilis, Mokhtar sudah mampu memastikan bagang seluas 5x5 meter dan setinggi kira-kira lima meter dari muka laut memberikan pulangan memuaskan.
Pada ketika bulan gelap yang hanya boleh diukur ketentuan malamnya berdasarkan pusingan bulan Islam, Mokhtar yang dibantu anak saudaranya, Hendra Gunawan dan seorang anak jirannya Iwan Ismail yang masih bersekolah dalam tingkatan tiga, akan menurunkan pukat bermata halus sebelum mentari terbenam kira-kira jam 6 petang.
Dengan membiarkan sebiji lampu bersinar sepanjang malam sebagai penarik kehadiran bilis dan pelbagai jenis ikan yang lain, udang serta sotong, Mokhtar dan pembantunya mengisi waktu yang terluang dengan memancing.
Setiap kali pukat ditarik naik sebelum mentari terbit kira-kira jam 6 pagi, Mokhtar dan pembantunya akan mengasingkan bilis mengikut gred tertentu daripada gred A hinggalah gred C. Bilis berkenaan harus terus direbus segera dalam periuk yang dibakar dengan menggunakan dapur minyak gas.
Bilis yang dibawa pulang ke rumah harus dijemur seharian sebelum dijual pada harga antara RM6 hingga RM12 mengikut gred. Selain itu, ikan yang dikail dijual di kedai pekan Kimanis.
Namun pada ketika ribut melanda, Mokhtar dan pembantunya tidak mampu berpatah kembali ke daratan, selain menyerahkan ketentuan nasib kepada Yang Maha Khaliq.












