ASALAMUALAIKUM DAN SALAM MESRA KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG BUGISBUKANPATI.BLOGSPOT.COM.BLOG INI BUKAN BLOG POLITIK ATAU BLOG UNTUK MEMECAH BELAHKAN MASYARAKAT DISABAH.KEWUJUDAN BLOG INI SEKADAR INGIN MEMBERI PENJELASAN KEPADA UMUM,BAHAWA SUKU KAUM BUGIS YANG ADA DISABAH DAN MEMILIKI PENGENALAN DIRI YANG SAH TIDAK BOLEH DICOP ATAU DILABEL SEBAGAI PENDATANG TANPA IZIN ATAU SINGKATANNYA PATI DAN BLOG INI TIDAK BERMAKSUD UNTUK MENENTANG MANA-MANA ORGANISASI YANG ADA DISABAH.SEKIRANYA ADA ARTIKEL SAYA YANG TERLALU KASAR PENGGUNAAN AYATNYA.PEMBACA BOLEH BERIKAN KOMEN ATAU PENDAPAT YANG BERNAS DIKOTAK CBOX YANG TELAH DISEDIAKAN DIBLOG INI DAN SAYA AKAN MEMADAMKAN ARTIKEL TERSEBUT DARI BLOG INI DENGAN SERTA MERTA.







Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah,Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.


Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama bagi Persekutuan (Malaysia).


Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia



berikan pendapat anda

>> Khamis, 10 Disember 2009

Seorang anak yang tidak mengakui kedua orang tuanya boleh dianggap sebagai anak derhaka.Apa pandangan anda jika seorang anak tidak mahu mengakui kedua orang tuanya kerana telah berjaya dalam kerjaya yang anaknya ceburi sedangkan semua itu adalah jasa dari kedua orang tuanya yang selama ini telah membesarkan nya.Apakah anda sebagai ibubapa setuju jika ada diantara anak peribumi sabahan yang menjawat jawatan tinggi diluar negara kemudian tidak mahu mengaku yang dia anak peribumi sabahan?Bagaimana pula perasaan kita sebagai warga sabah jika ada orang yang sebangsa dengan kita tidak mahu mengakui bangsanya sendiri?

Read more...

PASAR PELIPIN DI KOTA KINABALU

>> Ahad, 6 Disember 2009

HEBAT-HEBAT NAMANYA PASAR PELIPIN
PHOTO SAYA RAKAM DARI JARAK JAUH

MI GORENG AYAM DIPASAR PELIPIN MEMANG MEMUASKAN HATI SESIAPA SAHAJA YANG MEMAKANNYA.

Baru-baru ini ketika ronda-ronda dengan kereta kawan yang tinggal di putatan untuk melihat kawasan bandaraya kk saya terlihat satu kawasan seperti pasar malam ditepi laut.Oleh kerana saya jarang datang ke kk jadi saya tidak tahu apa nama pasar yang kami lewati tadi.Saya pun bertanya kepada salah seorang rakan saya yang sememangnya lahir dan dibesarkan di kk nama tempat yang kami lalui tadi.Rakan saya mengatakan bahawa nama tempat itu dikenali dengan nama “PASAR PELIPIN”.Saya terkejut dan minta pemandu kereta dmex yang juga rakan saya untuk mencari tempat letak kereta kerana saya ingin merakamkan gambar dan menemuramah beberapa peniaga dipasar tersebut.Saya cukup hairan dan kagum dengan keberanian peniaga asing mahupun bangsa local kerana memberi nama kawasan tersebut dengan nama “PASAR PELIPIN”sedangkan kk adalah mejoriti penduduknya adalah dari suku kaum kdm.Bila saya masuk pula kekawasan deretan kedai cenderamata dan kraftangan,saya merasa seolah-olah berada dinegara asing kerana bahasa yang digunakan mereka adalah bahasa pelipin.Kawan saya tertawakan saya yang seperti kebingungan dan kemudian kami masuk pula dikawasan tempat makanan laut.Bermacam-macam jenis makanan laut yang boleh didapati dipasar pelipin ini termasuk juga makanan kegemaran suku kaum pelipin iaitu putu ubi kayu.Saya bertanya kepada salah seorang peniaga dalam bahasa bajjau pelipin berapa lama sudah dia berniaga ikan bakar dipasar pelipin ini,dia terus tersenyum dan berkata baru setahun lebih.Kawan saya yang seorang ini berbangsa bajjau pelipin tetapi bukan pati pelipin kerana beliau dari suku bajjau terawal disemporna.Kawan saya melarang saya mengambil gambar dikawasan pasar tesebut kerana takut nanti peniaga disitu mencurigai saya.Dia kemudian membawa saya kehujung pasar PELIPIN untuk merakamkan gambar dari jarak jauh.Sebagai orang baru dikawasan tersebut saya menurut saja arahan rakan saya untuk merakam gambar dari jarak jauh sebagai bukti wujudnya PASAR PELIPIN ini dibandaraya KOTA KINABALU.Selepas merakamkan beberapa gambar,kami pun masuk semula kekawasan PASAR PELIPIN ini untuk menjamu selera.Kami menjamu selera dikawasan warung yang menghidangkan makanan goreng-goreng.Peniaga tempat kami makan pula berketurunan bugis tapi bukan bugis pati.Dalam keseronokan menjamu selera saya terkejut dengan beberapa orang pelanggan warung bugis tempat kami makan begitu berselera sekali memakan makanan asli bugis iaitu burasa atau nama melayu sabahnya buras.Pada mulanya saya menyangka mereka ini bugis tapi bila saya Tanya kamu bangsa apa?mereka kata kadazan.Saya cuma tersenyum kerana merasa bangga ada juga suku kaum kadazan yang suka makan burasa@buras buatan bugis tempatan sabah.Saya selama ini menyangka kdm benci masakan dan makanan asli bugis seperti burasa dan coto makassar rupanya saya silap.Memang benar kata lirik lagu yang berbunyi “tak kenal maka tak cinta”…….


Read more...

SEDIKIT TENTANG BURASA ATAU BURAS

Asalamualikum dan salam mesra kepada semua pengunjung blog ini.Pada artikel kali ini saya ingin kongsikan sedikit tentang cara membuat dan memasak makanan kegemaran orang bugis sama ada dia bugis local mahupun bugis pati.Makanan kegemaran yang saya maksudkan ini ialah burasa atau bahasa sabahnya buras.Buras dibuat daripada beras yang dimasak bercampur santan dan sedikit garam kemudian dibalut dengan daun pisang mudah sebelum diikat dengan ketat dan kemas.Cara mengikat burasa pun harus dilakukan oleh mereka yang benar-benar mahir mengikat sahaja.Jika mengikat burasa dilakukan oleh mereka yang tidak mahir akan membuatkan burasa yang dimasak akan pecah dan terkeluar dari pembungkusnya.Waktu yang diperlukan untuk memasak burasa ini adalah antara 5 hingga 6 jam dan mungkin lebih lama dari itu.Burasa biasanya dimasak didalam kawah besar atau tin minyak masak dan bahan bakarnya mestilah daripada kayu yang keras agar apinya cukup panas untuk membuatkan burasa dapat masak dengan sempurna dan tidak cepat basi untuk jangkamasa 3 hingga 4 hari lamanya.Selepas burasa betul-betul telah masak ianya akan dikeluarkan dari tin atau kawah dan dikeringkan sebelum dijadikan sajian untuk tetamu yang datang berhari raya.Burasa tidak sempurna dijadikan hidangan tanpa adanya sejenis lauk yang suku kaum bugis panggil masak likku atau bahasa sabahnya ayam yang dimasak dengan lengkuas.Burasa boleh dimakan dengan menggunakan apa pun jenis lauk sama ada rendang daging mahupun dengan ayam goreng pendek kata semua jenis lauk sesuai untuk dimakan dengan buras ini.

Read more...

CARA MASAK BURASA

INILAH RUPA BENTUK POKOK LENGKUAS ATAU LIKKU.
INILAH YANG BUGIS PANGGIL NASU LIKKU ATAU AYAM MASAK LENGKUAS.

Burasa yang telah siap dimasak.
Api mesti besar dan sentiasa dijaga selama proses memasak dijalankan.
Bekas tin minyak masak cukup sesuai untuk memasak buras kerana ianya tipis dan mudah panas.
Beginilah caranya memasak buras




Read more...

masak buras ketika raya korban


Beginilah bentuk burasa yang belum dimasak
INI PULA SELEPAS BURASA DIMASAK SELAMA 5 HINGGA 6 JAM LAMANYA.

Read more...

Bugis local kerja buruh

>> Jumaat, 4 Disember 2009


Gambar-gambar dibawah ini bukan gambar pati tapi gambar-gambar rakan bugis local yang bekerja dibeberapa sektor buruh disabah dan dengan cara ini pati dapat dikurangkan kerana sektor buruh telah diambil alih oleh kami bugis local.
bertani dengan menanam tembakau boleh mendatangkan keuntungan lumayan daripada berangan-angan tanpa berusaha.
Tubuh badan bukan ukuran untuk bekerja dalam kem-kem kayu balak disabah.


Ada banyak lagi gambar-gambar rakan bugis local saya yang bekerja dalam sektor buruh disabah.Maaf gambar kurang jelas kerana kabus pagi terlalu tebal.

Read more...

BERTANI

Bugis local bertani dikundasang


Read more...

Fikir-fikirkanlah sendiri

PEKAN KENINGAU ADA RAMAI BUGIS,BAJJAU,SULOK DAN OM TIMUR TAPI PEMBANGUNAN PEKAN KENINGAU BEGITU CEPAT MAJU BERBANDING TEMPAT LAIN YANG MEJORITI PENDUDUKNYA ADALAH KDM.MENGAPA INI BOLEH TERJADI??



PHOTO PEKAN KENINGAU DECEMBER 2009

Kadang kala saya juga pening dan bingung memikirkan situasi yang melanda di Sabah sekarang ini.Saya juga cukup hairan kenapa isu pendatang saja yang hangat diperkatakan disabah sedangkan ada banyak lagi isu penting yang boleh kita bincangkan melalui blog ke blog.Bukan saya tidak suka isu pendatang tanpa izin ini diperdebatkan tapi kalau ianya berterusan tanpa ada tindak balas dari pihak tertentu pun tiada gunanya juga.Lama-kelamaan isu pati ini jadi terbiasa dan tidak lagi diperdulikan oleh pihak yang berwajib kerana semua blogger sabahan telah memberi pandangan yang bersifat perkauman.Ada lebih baik jika kita berfikir bagaimana cara untuk membangunkan negeri sabah tanpa bantuan buruh asing selaras dengan cara kita menulis dan membaca artikel sendiri dan melaksanakannya tanpa perlu bantuan dari pihak ketiga.Mungkin cara penulisan artikel saya agak mengelirukan tapi ini adalah satu-satunya cara untuk membuatkan corak pemikiran kita terbuka kepada corak sebenar dalam ketidak termampuan diri dan orang sekeliling kita untuk memikirkan apa yang kita fikirkan.Seseorang yang berfikiran terbuka sudah pasti tidak akan terus-terusan memperkatakan perkara yang orang lain telah bahas bertahun-tahun yang lalu.Cuba kita lihat suratkabar yang menggunakan tajuk yang sama pada muka hadapan setiap hari,sudah tentu orang tidak akan membelinya kerana dianggap tajuk akbar tersebut telah berulang kali diguna pakai.Sebaliknya jika tajuk surat kabar tersebut setiap hari bertukar tajuk sudah tentu ramai orang yang akan membelinya kerana ingin mengetauhi berita terbaru yang dimuatkan dalam akbar tersebut.Fikir-fikirkanlah sendiri.

Read more...

Asal usul bangsa tidak penting


Mengakui atau tidak memperakui asal usul atau bangsa sendiri tidaklah sesuatu yang penting dalam perjuangan untuk memajukan negeri sabah.Kesinoniman terhadap sesuatu suku yang dianggap sebagai pati disabah adalah semata-mata permainan sesetengah individu tertentu saja.Saya ada bertemu dengan beberapa sahabat suluk bajau dan bugis ketika balik beraya dikeningau baru-baru ini.Saya minta pendapat mereka tentang isu suku kaum kami yang kadang kala disinonimkan dengan pati kemudian diputar balikkan kononnya pati pelipin saja yang pati disabah adalah satu teknik kurang bijak sesetengah bloggerman sabahan dalam memporak-porandakan isu pati disabah.Sahabat suluk saya berpendapat,kenapa kita mesti mahu susah hati kalau pati dihapuskan disabah kerana kita suluk,bajjau dan bugis adalah yang local dan bukannya yang pati.Mereka yang pati sebenarnya sibuk bekerja disektor pembinaan dinegeri kita dan kita pula sibuk menulis tentang mereka.Malangnya apa yang kita tulis ini pati tersebut tidak dapat membacanya juga.Akhirnya dalam kelekaan kita menulis inilah pati akan merampas semua peluang pekerjaan dan kemudian membawa balik hasil yang mereka dapat secara halal mahupun haram kenegara mereka dan kita pula hanya jadi bahan tertawaan orang lain.Pada masa kita ditertawakan oleh orang lain termasuk pati ini,siapa pula yang ingin kita persalahkan?Pada pendapat saya ada lebih baik kita menuliskan satu cadangan agar kerajaan negeri sabah membina satu pertubuhan untuk memberi tunjuk ajar kepada orang tempatan cara-cara bekerja dalam sektor pembinaan atau pertanian agar dimasa akan datang kita orang sabahan tidak lagi perlu mengambil pekerja asing untuk bekerja dalam sektor pembinaan kerana kita sudah mempunyai orang tempatan yang mahir dalam sektor tersebut.Saya juga ingin memberitahu kepada rakan blogger sabahan bahawa saya bukan ingin mempertahankan pati yang disinonimkan dengan suku kaum bugis,bajjau dan suluk.Saya menulis artikel ini sekadar ingin mengajak dan membakar semangat anak peribumi sabahan untuk bangkit bersama dengan kami bugis local,bajjau local dan suluk local untuk berganding bahu menceburi sektor pembinaan dan pertanian agar pati tidak berpeluang untuk bekerja dalam sektor yang saya sebutkan ini.

Read more...

LAWATAN KEKAMPUNG HALAMAN RAKAN SAYA

Cuti selama 15 hari beraya disabah saya gunakan untuk melawat beberapa buah kampung yang mejoriti penduduknya adalah pribumi.Kawasan kampung yang saya lawati adalah dalam kawasan daerah keningau dan Tenom saja.Tujuan saya melawat kampung tersebut adalah untuk melihat sendiri kemajuan yang mereka usahakan tanpa adanya suku kaum bugis dikampung tersebut.Terbukti apa yang para blogger sabahan perjuangkan selama ini hanya tertumpu pada kawasan bandar tanpa melihat kampung-kampung yang sebenarnya memerlukan bantuan mereka yang bijak pandai dalam penulisan tentang politik diSabah.Ketika saya masuk disebuah kampung dalam daerah Tenom,saya terkejut bila melihat rupa bentuk jalan utama untuk masuk ke kampung tersebut yang tidak diletakkan tar tetapi hanya ditaburkan batu-batu kecil sepanjang jalan.Sesampainya saya dikawasan kampung tersebut,saya terus menelefon seorang rakan berbangsa murut untuk bersama saya melawat kampung mereka.Saya beritahu rakan murut saya tujuan saya melawat kampung beliau adalah untuk melihat kemajuan kampung mereka dan rakan saya hanya tersenyum sambil berkata”kampung ini dari dulu sampai sekarang tidak ada yang berubah termasuk jalan raya untuk masuk kekampung ini”katanya.Saya ada merakamkan beberapa buah rumah dikampung tersebut untuk artikel ini tetapi rakan saya meminta agar saya tidak memasukkan gambar rumah orang-orang kampung dalam artikel ini kerana katanya itu semua tidak penting.Saya pun kehairanan dan bertanya apa maksudnya dengan perkataan tidak penting itu.Rakan saya kemudian memberitahu saya bahawa keadaan rumah yang usang dan ada yang macam mahu roboh adalah kerana tuan rumah itu sendiri yang malas untuk berusaha memperbaiki rumah mereka.Selepas hampir dua jam melawat kampung tersebut saya pun meminta diri untuk balik ke pekan keningau kerana ada kerja lagi yang hendak saya selesaikan pada sebelah petangnya pula.Rakan saya hanya meminta saya memasukkan gambar jalanraya kekampung mereka dan meminta saya tidak memberitahu nama kampung mereka kepada umum kerana katanya biarlah masa saja yang menentukan segalanya.

JALAN RAYA AWAL TAHUN 80an MASIH DIGUNA PAKAI HINGGA HARI INI

Read more...

Siap ada overtime lagi..


Saya menghabiskan cuti hariraya selama 15 hari semata-mata untuk melihat pati apa yang menguasai pekan keningau saat ini.Selama ini saya banyak membaca tentang pati melalui sabah forum yang seringkali membincangkan permasalahan pati bugis disabah.Oleh kerana saya tidak setuju jika sabah forum mengatakan suku kaum bugis atau pati bugis yang menguasai pasar malam keningau yang berniaga tanpa sebarang permit membuatkan saya mengambil cuti selama 15 hari dan terus menempah tiket penerbangan untuk balik kesabah melihat sendiri kebenaran pernyataan dalam sabah forum tentang banyaknya pati dikeningau.



Saya telah menyediakan camera digital cyber shot 3.2 untuk merakam gambar- gambar sebagai bukti bahawa bukan suku kaum bugis atau bugis pati yang berniaga secara haram dipasar malam keningau.Dari bahasa yang mereka pertuturkan,jelaslah bahawa mereka ini bukan bugis local mahupun bugis pati tetapi mereka ini adalah pati filipin berbangsa sulok dan bukannya sulok local.Mereka ini sebenarnya sudah berkali-kali dihalang oleh majlis daerah keningau namun mereka tetap berdegil dan meneruskan perniagaan menjual ikan secara haram dipasar malam keningau.Tujuan saya merakamkan gambar penjualan ikan secara haram dipasar malam keningau hanyalah untuk memberikan jawapan kepada sabah forum bahawa bukan pati bugis atau bugis local yang berniaga secara haram dikeningau sepertimana yang mereka tulis di sabah forum.



Saya sangat-sangat berharap kepada para penulis sesuatu artikel mengenai pati mahupun isu perkauman agar menyelidiki terlebih dahulu sebelum membuat suatu andaian dalam penulisan artikel mereka.Pesanan saya kepada penduduk tempatan daerah keningau,"tolong jangan beli ikan yang dijual secara haram dipasar malam keningau kerana dengan membeli ikan daripada mereka kita sekaligus memajukan perniagaan mereka dan jangan sekali-kali menyalahkan majlis daerah keningau jika penjual ikan ini masih menjualnya secara terbuka kerana andalah sebagai pembeli yang harus dipersalahkan jika terus membeli ikan daripada mereka".Jika ada diantara penulis blog sabahan mahupun penulis forum keningau yang tidak setuju dengan penulisan artikel ini bererti mereka secara total menyetujui penjualan ikan secara haram diKeningau pada masa ini.


Gambar diatas adalah bukti yang bukan suku kaum bugis yang merebut peluang perniagaan dari penduduk tempatan keningau saat ini.Gambar dibawah ini pula bukti bahawa pati sulok pelipin ada overtime pula pada sebelah tengah hari di hadapan bangunan lama pekan keningau.




Read more...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2009

>> Rabu, 25 November 2009

Read more...

>> Selasa, 24 November 2009

Tarikh dan masa komen: 24 Nov 09, 07:59 AM

Komen dari: pappaseng:jangan mudah cakkoro, pappasenna tomatoae selama ini udin menulis diluar sedarkah? : projek wganegara (ic projek) sebenarnya bermula sejak penubuhan malaya-malaysia, pti cina/india jadi wgnegara scra automatic. cuma cara dan kaedah berbeza jadi mencemuh projek ic d sabah adalah diskriminasi

Tarikh dan masa komen: 24 Nov 09, 12:18 PM

Komen dari:Pakkasolang tawau: sappo2 tau ugi si udin tidak salah tulis isu ic projek sebb penulisan dia melibatkan suku kaum yng bukan local agar pihak jpn mengutamakan bugis yng lahr disabh dan memiliki sijil kelahran dan buknnya mengutamakan wang rasuah untk mewarganegarakan suku kaum yng tidk dilahrkan disabh.. memang betl ckp siudin bahawa tidak adil kalau pati bugis Semua artikel yang dia tulis dapat dia berikan bukti secara bertulis mahupun sejarah,jadi kita sebagai pemberi pendapat harus membaca dngn teliti maksud artikel sappo udin kita ini.menggunakan teknik rasuah untk membeli kewarganegaraan malaysia dan anak2 bugis locl pula yng dikecam ole kdm sebagai pati disabah. Nasihat saya kepada sappo tau ugi aja ki terlampau cepat masala pahang lao ri udin..dalam bnyk2 blog bugis blog si udin inila saya rasa paling halus bahasanya..

Read more...

HENTIKAN PEMBERIAN IC PROJEK

>> Ahad, 22 November 2009

Asalamualaikum dan salam persahabatan kepada semua pembaca dan penulis blog pemudasabah,blog telupid dan blog oscardonavan atas pandangan dan nasihat dari mereka semua.Terlebih dulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis blog pemudasabah.blogspot.com yang telah membuka minda saya untuk menulis isu ic projek kepada pati bugis,bajjau,suluk,cina dan india yang begitu mudah menjadi warganegara Malaysia tanpa melalui proses yang sah.Pada penulisan saya kali ini saya menyeru kepada semua sahabat bugis local,bajjau local.cina local,suluk local dan india local yang berada disabah untuk bangkit bersama-sama pribumi sabahan menentang pemberian ic projek kepada pendatang asing yang tidak seharusnya diberikan kepada mereka.Saya tahu ramai sahabat bugis dan bajjau yang sememangnya dilahirkan disabah dan memiliki sijil kelahiran sah namun belum memiliki mykad warganegara Malaysia.Ketika memohon mykad mereka hanya diberikan taraf penduduk tetap(ic merah)penduduk sementara(ic hijau)dan yang sedihnya ada yang diberikan borang taraf sahaja sebagai pengenalan diri.Sebaliknya mereka yang datang secara haram atau halal kesabah dengan hanya menggunakan kuasa wang ringgit dapat membeli kewarganegaraan Malaysia yang seharusnya kita miliki.Pada mulanya saya juga merasa marah pada beberapa forumer sabahan yang mengaitkan bugis sebagai pati disabah namun selepas membaca satu artikel hasil penulisan blog pemudasabah.blogspot yang meminta saya berfikiran terbuka telah menyedarkan saya perjuangan sebenar mereka selama ini.Saya berharap kepada sahabat bugis local untuk bersama-sama berganding bahu dengan pribumi untuk menyekat sipembuat mykad untuk pati diSabah demi kesejateraan generasi dimasa mendatang.

Read more...

Persatuan Anak-anak Bugis Selangor

>> Sabtu, 21 November 2009

Persatuan Anak-anak Bugis Selangor



Pada 24 Mei 2009 jam 2 petang telah berlangsungnya Perasmian Persatuan Anak-anak Bugis Daerah Kuala Selangor, di Kompleks Pertanian Kuala Selangor. Perasmian ini dirasmikan oleh Y.D.H Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Tuan Hj. Aman Shah bin Mohd Shahar, S.M.S. Persatuan ini juga diPengerusikan oleh Y.M Tuan Haji Raja Yunus bin Raja Suran. Persatuan ini telah ditubuhkan pada 1 Disember 2008 dan tujuan persatuan ini diwujudkan adalah untuk mengumpulkan saudara mara yang jauh dan dekat untuk mengeratkan siratulrahim serta sama-sama mengetahui asal-usul keturunan ini dan salahsilah keluarga Bugis. Disamping itu juga adalah supaya adat serta keturunan ini tidak dilupakan dan ketinggalan oleh generasi-generasi yang akan datang.

Ketibaan Y.D.H Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Tuan Hj. Aman Shah bin Mohd Shahar, S.M.S pada jam 2.30 petang diiringi oleh Pengerusi Persatuan ini serta tetamu-tetamu jemputan khas.

NOTA:DIPINDAHKAN DARI BLOG DIARI HATIKU -SALLY-

Harap kepada pemuda dan belia berdarah bugis untuk menyertai persatuan anak-anak Bugis Selangor demi memartabatkan bangsa bugis dipersada dunia.

Read more...

DIALOG PERSAHABATAN ANTARA BLOG

>> Khamis, 19 November 2009

Mengenai Modus Operandi atau Kronologinya semudah PERNYATAAN DIBAWAH INI.KRONOLOGI DIBAWAH INI ADALAH DIALOG ANTARA BLOG bugisbukanpati dan BLOG telupid.blogspot.com HASIL PENYELIDIKAN BLOG telupid.blogspot.com YANG DICOPY OLEH PENULIS BLOG bugisbukanpati.blogspot.com KEMUDIAN DI PASTE DISINI UNTUK MEMUDAHKAN PENULIS BLOG bugisbukanpati.blogspot.com MENJAWABNYA.




telupid.blogspot.com say:Memang sia banyak kerja-kerja OFF-LINE. Bila sia ON-LINE... meriah rupanya blogku ini... hahaha. Nampaknya rating semakin naik. Itulah!, bila kita menulis sesuatu yang merupakan kebenaran di sebalik sensitiviti pasti pertikaian berlaku.



Bugisbukanpati say: Saya juga bila offline pergi jalan-jalan tengok kemajuan bangsa lain terutama bangsa bugis dan kemudian bila balik office saya terus buka computer dan buat satu karangan baru..hehehhe…



telupid.blogspot.com say: Jelasnya, kebimbangan masyarakat tempatan Sabah bukanlah satu persepsi semata-mata terhadap PTI; dan jangan salahkan masyarakatku termasuk sia sendiri... bila Bugis lebih sinonim dengan PTI.



Bugisbukanpati say: ok..laa kalau begitu kami bugis local tidak menyalahkan kamu dan masyarakatmu bila bugis kamu sinonim kan dengan pati….tiada masalah bugis dari indon kamu panggil pati jika dia masuk secara haram kesabah.Kamu jangan risau nanti saya bagitau bugis local yang telah menjadi pdrm dan imigresen tangkap dorang tu..ok…



telupid.blogspot.com say: Modus Operandi atau Kronologinya semudah ini...



Bugisbukanpati say: ya saya tahu maksud saudara telupid.blogspot.com operandinya semudah abc kununnya macam makan kacang laa nii…



telupid.blogspot.com say: 1. Negara Indonesia adalah negara yang bermasalah.



Bugisbukanpati say: ya..yaa..betul tu kau cakap Indonesia Negara bermasalah tetapi Malaysia tiada masalah…so saya dan bugis local tak perlu risau laa…hhaha..mesti ketawa sikit nanti orang fikir saya marah pulak…



telupid.blogspot.com say: 2. Oleh kerana masalah survival hidup, warga Indonesia berhijrah.




Bugisbukanpati say:Betul tu kau cakap memang bangsa Indonesia terutama moyang kami seawall tahun 1880 lagi sudah datang keperairan tawau untuk hapuskan lanun pada masa itu…saya rasa sejarah yang mengatakan begitu sebab saya dan penulis blog telupid pun masa itu belum lahir lagi…so akui sajalaa dulu..



telupid.blogspot.com say: 3. Salah satu tempat yang mudah dihijrah ialah Negeri Sabah.




Bugisbukanpati say:Betul..negeri sabah laa yang paling dekat untuk berhijrah..buat apa pergi jauh-jauh



telupid.blogspot.com say: 4. Penghijrah teramai ke Sabah ialah Kaum Bugis.




Bugisbukanpati say:Yang ini pun betul penghijrah atau pendatang kesabah paling ramai adalah suku kaum bugis kerana ia meliputi pilipin,cina,Pakistan dan india kemudian mereka semua ini dijadikan satu bangsa saja iaitu bangsa kebangsaan kita bangsa BUGIS laa.. oleh penulis blog telupid agar bugis local Nampak seperti bugis pati jugak…bijak..bijak..




telupid.blogspot.com say: 5. Kemasukan secara sah ke negeri Sabah ini sangat birokrasi dan mahal.



Bugisbukanpati say:Betul ke mahal?tapi dorang masuk juga laa kunun…




telupid.blogspot.com say: 6. Maka, wujudlah agen-agen penyeludup PTI atau PATI yang menawar kurang birokasi dan murah.




Bugisbukanpati say:..ohh..ni dah masuk bab runding harga belacan la ni…hehheh teruskan…




telupid.blogspot.com say: 7. Oleh kerana ini pilihan yang ekonomik mereka pun jadi PTI atau PATI.



Bugisbukanpati say: Sudah jadi pati laa kunun sekarang dorang dalam cerita ni yaaa….




telupid.blogspot.com say: 8. Sesampainya mereka di negeri Sabah ini mereka di tempatkan di dalam estet.




Bugisbukanpati say: Jahat juga dorang punya mandur tu..adakah patut baru sampai disabah terus disimpan dalam estet.cubala bawa jalan2 dulu cari amoi atau ajak minum tapai ka,baru mula kerja..




telupid.blogspot.com say: 9. Sistem dalam estet menggunakan sistem Mandur yang menjaga 20 hingga 40 orang mengikut kerja.

10. Mereka (Pendatang) yang menjadi Mandur lama-lama menjadi usahawan kerana menawarkan perkhidmatan kepada orang-orang bawahannya.



Bugisbukanpati say: Wahh..ini yang saya curiga ni..dari mandur tiba2 saja jadi usahawan.Apalah perhidmatan yang mandur tu tawarkan yaa…hehhehehehe jangan-jangan nasi sampul…



telupid.blogspot.com say: 11. Oleh kerana Mandur ini rapat dengan Pengurus Ladang... mereka (Pendatang) pun memohon untuk membuka kedai runcit dalam Ladang.




Bugisbukanpati say: Beraninya dorang pendatang ni buka kedai runcit dalam lading…mungkin pengurus lading tu orang bugis juga…kalau orang kdm mana dia orang mau benarkan buka kedai runcit tanpa ada lessen yang sah…




telupid.blogspot.com say: 12. Dengan adanya kedai runcit mereka semakin berduit dan dapat membeli van.




Bugisbukanpati say: hebat betul laa bugis-bugis pati nikan..ada kedai runcit terus banyak duit dan dapat beli van tanpa perlu buat loan dan lessen memandu…mereka betul2 hebat dari bugis local…


telupid.blogspot.com say: 13. Dengan Van mereka dapat menghantar anak-anak mereka ke Sekolah.



Bugisbukanpati say: Belum kawin lagi sudah ada anak dorang mahu di kasih naik van kesekolah..Mungkin masa tu masuk sekolah tak perlu pakai surat beranak laa ni kan…ya,,ya.. sajalaa



telupid.blogspot.com say: 14. Dengan Van mereka jadi pirate di jalan-jalan raya.




Bugisbukanpati say: Lepas hantar anak pergi sekolah bapa dorang pirate lagi cari duit lebih..rajin bah dorang tu…ada peluang katakana…




telupid.blogspot.com say: 15. Dengan menjadi pirate mereka semakin mengenali polis sehingga berjaya merasuah.



Bugisbukanpati say: Ha..ha.ha sampai polis pun dia orang kenal…tapi mungkin polis tu polis bugis juga kan??kalau polis dari suku kdm mana dorang mahu terima rasuah….



telupid.blogspot.com say: 16. Mereka boleh menjadi kaya kerana mereka ada pasaran sendiri... iaitu pasaran orang-orang Bugis.



Bugisbukanpati say: Laku bah pula orang bugis ni sampaikan ada yang dipasarkan keluar negeri…




telupid.blogspot.com say: 17. Bila mereka berduit, punya kedai, punya van, punya orang-orang yang ramai... mereka fikir mereka bukan lagi pendatang.




Bugisbukanpati say: Bagus juga jalan cerita kronologi ni..dari mandur buat kedai runcit beli van hantar anak kesekolah pirate kemudian ramai orang dia teru dorang berfikir bukan sebagai pendatang lagi..ini mesti memandu tanpa lessen laa ni kan…




telupid.blogspot.com say: 18. Mereka kembali ke Indonesia dan merekrut lebih ramai PTI dengan menjual temberang bahawa mereka hidup mewah di Sabah.




Bugisbukanpati say: Salah tu kalau kau bilang diaorang balik indon jual temberang bahawa mereka hidup mewah disabah…memang betul dorang mewah kan kau bilang tadi dorang ada kedai runcit beli van dan banyak duit….bukankah itu sudah mewah??..tidak apalah silap sikit saja…saya tidak bagi tau orang juga….keh..keh..kehh..




telupid.blogspot.com say: 19. Dengan bilangan pendatang Bugis yang terus bertambah mereka (Pendatang dan PTI) memikirkan untuk maju harus menuntut lebih... terlalu lebih sehingga membenam orang-orang tempatan (sehingga boleh membuat persatuan sendiri).



Bugisbukanpati say: Persatuan bugis kk laa kununnya ni…KECAPI laa…maksud saudara telupid…




telupid.blogspot.com say: 20. Itulah sebab kenapa Bugis sinonim dengan PTI. Sebabnya di Negeri Sabah, Bugis berjaya dapat mykad... Bugis berjaya masuk sistem pendidikan Malaysia... Bugis berjaya masuk dalam jawatan-jawatan awam... menangguk air yang keruh... dengan hanya menunjukkan bahawa mereka beragama rasmi Malaysia dan boleh berbahasa Melayu semenanjung.




Bugisbukanpati say: ohh…ringkas dan mudah betul suku kaum bugis ni maju kan…




telupid.blogspot.com say: Pernyataan ini sia edit sedikit kerana ianya merupakan perbualan pedas dengan seorang tokoh politik veteran di dalam daerah sia... daerah Beluran. Sia masukkan dalam posting ini kerana baik untuk didokumentasi. Mungkin selepas ini sia dapat jawapan... atau hinaan atau cercaan... harap2 janganlah sampai kita pi mahkamah... haha malu kita ni kalau keluar di dada akhbar hanya kerana blog sia ni... sebab ada lagi blog yang lagi pedas di internet maya ini... diurang yang anti-blog tersebut pun tidak berani pun tampil ke depan. Ertinya... semua ini ada kebenarannya!




Bugisbukanpati say: Sia pun sedih juga tapi apa boleh buat..kamurang punya tokoh politik yang veteran juga laa mungkin yang kasih sewa tanah ladang,buka kedai runcit tanpa permit,beli kereta tanpa perlu buat loan,memandu van tanpa perlu lessen memandu dan jadi pirate tan ada permit jpj….Saya dan semua kawan2 bugis local tiada kana mengana sebenarnya dalam hal ini sabab kami dari keturunan awal suku kaum bugis di tawau..1880(satu fakta sebenar kewujudan suku kaum bugis disabah)

Read more...

Arung Palakka, Putra Terbaik Tanah Bugis



Arung Palakka (lahir di lamatta, mario-ri wawo, soppeng , 15 september 1634 wafat di bontoala 6 april 1696 dalam usia 61 tahun) adalah sultan bone dari tahun 1972-1696. Saat masih jadi pangeran, ia memimpin kerajaannya dalam meraih kemerdekaan dari kesultanan gowa pada tahun 1660-an. Ia bekerjasama dengan belanda dalam merebut kotamakassar.Palakka membawa suku bugis menjadi kekuatan maritim besar dan mendominasi kawasan tersebut selama hampir seabad. Arung Palakka bergelar “La Tan-ri tatta To urong To-ri SompaE Petta MalampE’E Gemme’na Daeng Serang To’ Appatunru Paduka Sri Sultan Sa’admuddin, [MatinroE-ri Bontoawala], Arung Bone.



BIOGRAFI


Lahir di lamatta, Mario ri Wawo, Soppeng, Tanggal 15 september 1634, anak dari Lapottobunna, Arung Tanah Tengnga dengan istrinya, We Tan-ri Suwi, Datu Mario-ri Wawo, anak dari La tan-ri Ruwa Paduka sri sultan adam, arumpone bone. Arung Palakka meninggal di bontoala, kerajaan gowa (sekarang kabupaten Gowa) pada tanggal 6 april 1969 di makamkan di bontobiraeng.



PERNIKAHAN

-Menikah pertama dengan Arung Kaju (bercerai)
-Menikah ke dua kalinya dengan sira Daeng Talele karaeng ballajawa pada 16 maret 1668 (bercarai pada 26 januari 1671), (lahir pada 10 september 1634, meninggal 11 februari 1721), sebelumya istri dari karaeng bontomaronu, dan karaeng karunrung’ Abdul hamid, mantan tuma bicara-butta gowa, anak perempuan dari I-MALLEWAI Daeng Manasa karaeng mataoya, karaeng cendrana dan kadang sebagai Tumalailng gowa, oleh istrinya, daeng mangeppe, anak dari I-mallingkaang daeng mannyon-ri karaeng matoaya sultan abdullah awwal al-islam, karaeng tallo.

-Menikah ketiga kalinya di soppeng, 20 juli 1673 dengan We tan-ri pau adda sange datu ri watu [matinroe_ri madello] datu soppeng, sebelumnya istri dari la suni, adatuwang sidendreng, dan anak perempuan dari La tan-ri bali beowe II, datu ri soppeng.

-Menikah ke empat kalinya pada 14 september 1684, dengan Daeng marannu, karaeng laikang (meninggal pada 6 mei 1720), sebelumnya istri dari karaeng bontomanopo muhammad, dan anak dari pekampi daeng mangempa karaeng bontomanonu, gowa.



ARUMPONE BONE


Menggantikan ibunya sebagai datu Mario_ri Wawo ke 15. Mendapatkan gelar arung palakka sebagai hadiah membebaskan rakyatnya dari penjajahan makassar. Di akui oleh belanda sebagai arung pattiru, palette, dan palakka di bone dan dautu mario-ri wawo di soppeng, bantaeng, dan bontoala, 1670.





Prinsip Orang Bugis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Prinsip Orang Bugis

  • 1. Keturunan yang diajarkan bagaimana mempertahankan kehormatan keluarga.
  • 2. Keturunan yang dibesarkan dengan memandang perempuan sebagai simbol kehormatan keluarga.
  • 3. Keturunan yang diajarkan untuk menjaga martabat orang lain dan dirinya sendiri.
  • 4. Keturunan yang diajarkan untuk tidak tunduk kepada orang lain.
  • 5. Keturunan yang ingin bebas merdeka berjuang dan berusaha untuk bertahan hidup.
  • 6. Keturunan yang berabad abad mentalnya telah dibentuk dan ditempa dengan keras oleh gelombang
  • 7. Keturunan yang diajarkan berani menghadapi masalah dan tidak lari dari kenyataan hidup.dan
  • 8. Keturunan yang berani berbicara hanya jika ada BUKTI.

(SALAMA TOPADA SALAMA)

SUMBER: http://www.rappang.com/2009/11/prinsip-orang-bugis.html


keterangan

SILA KLIK "DISINI" UNTUK PENJELASAN TENTANG BLOG SAYA

Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan...
Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi






SENARAI BLOG SAYA

Satisfaction.com Free Comment Codes Satisfaction.com Free Comment Codes

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP