ASALAMUALAIKUM DAN SALAM MESRA KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG BUGISBUKANPATI.BLOGSPOT.COM.BLOG INI BUKAN BLOG POLITIK ATAU BLOG UNTUK MEMECAH BELAHKAN MASYARAKAT DISABAH.KEWUJUDAN BLOG INI SEKADAR INGIN MEMBERI PENJELASAN KEPADA UMUM,BAHAWA SUKU KAUM BUGIS YANG ADA DISABAH DAN MEMILIKI PENGENALAN DIRI YANG SAH TIDAK BOLEH DICOP ATAU DILABEL SEBAGAI PENDATANG TANPA IZIN ATAU SINGKATANNYA PATI DAN BLOG INI TIDAK BERMAKSUD UNTUK MENENTANG MANA-MANA ORGANISASI YANG ADA DISABAH.SEKIRANYA ADA ARTIKEL SAYA YANG TERLALU KASAR PENGGUNAAN AYATNYA.PEMBACA BOLEH BERIKAN KOMEN ATAU PENDAPAT YANG BERNAS DIKOTAK CBOX YANG TELAH DISEDIAKAN DIBLOG INI DAN SAYA AKAN MEMADAMKAN ARTIKEL TERSEBUT DARI BLOG INI DENGAN SERTA MERTA.







Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah,Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.


Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama bagi Persekutuan (Malaysia).


Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia



Jika kurang jelas saya akan perjelaskan lagi

>> Khamis, 19 November 2009


Asalamualaikum.Saya ada terbaca satu komen di sabahdaily.net meminta para forumer pribumi sabahan untuk menghentam blog saya.Didalam komen tersebut ada juga pernyataan yang tidak masuk akal sama sekali.Pernyataan tersebut mengatakan blog saya ini sudah berani mengatakan suku kaum bugis bukan pati disabah.Pada pandangan saya orang yang membuat pernyataan atau komen tersebut seorang yang tidak memahami erti sebuah ayat atau penulisan artikel yang ada diblog saya ini.

Blog saya tidak mengandungi propaganda atau politik perkauman,Harus diingat bahawa penulisan artikel saya hanyalah sekadar ingin menjelaskan kedudukan sebenar suku kaum bugis yang terdapat disabah sejak tahun 1880 lagi.Terus terang saya mengakui memang ada suku kaum bugis yang menjadi pendatang tanpa izin disabah dan mereka inilah yang pati.

Apa yang kami suku kaum bugis tidak dapat terima adalah pernyataan dari beberapa forumer sabahan yang secara berani, tanpa adanya bukti yang kukuh mencop semua suku kaum bugis termasuk yang memiliki kewarganegaraan Malaysia sebagai pendatang tanpa izin atau singkatannya pati.Saya pernah mengajukan soalan kepada blog pemuda sabah “mengapa anak bugis yang dilahirkan disabah serta memiliki siji kelahiran sah dan mempunyai mykad masih lagi dicop sebagai pati?

Jawapan dari mereka sangat mudah dan ringkas,mereka mengatakan sijil kelahiran dan mykad tersebut ada yang dibeli dan ada yang dibuat melalui PROJEK I/C untuk pati.Persoalannya sekarang telah terbukti bahawa sesetengah forumer atau penulis blog sabahan cemburu atas persaingan hidup suku kaum bugis berbanding pribumi sabahan itu sendiri.

Sekali lagi saya meminta kepada pembaca yang melawat blog bugisbukanpati supaya membaca setiap artikel berulang kali untuk memahami maksud setiap ayat didalam penulisan saya agar saudara pembaca semua tidak tersalah tafsir tentang kewujudan blog ini.Seperkara lagi yang para pembaca mahupun para forumer sabah harus ingat bahawa blog bugisbukanpati bukanlah suatu blog yang mengandungi unsur politik mahupun perkauman.

Saya tahu bukan seratus-peratus kdm mendengki kejayaan suku kaum bugis disabah,Cuma sebahagian kecil saja yang mendengki itupun mereka yang ada kepentingan untuk dirinya sendiri dan bukannya untuk kepentingan kdm.Saya telah menghantar hampir 200 emel kepada rakan kdm untuk memberi komen diblog bugisbukanpati tetapi kata mereka blog saya tidak perlu diberi komen negative kerana blog saya tidak mempunyai unsur perkauman.Rakan kdm saya Cuma mengatakan ARAMAITIIIIIIIIIIIIIIIIII……….

Sebelum saya mengakhiri penulisan ini terlebih dulu saya menyusun sepuluh jari ini memohon jutaan kemaafan kepada sahabat kdm disabah sekiranya ada yang tersinggung.Bukan maksud saya untuk menyakitkan hati kdm tetapi sekadar ingin menyedarkan para forumer sabahan yang bilangannya tidak melebihi 20 orang sahaja untuk tidak terlalu memfokuskan suku kaum bugis dengan panggilan pati bugis dan juga isu ic projek. 



TAJUK: MENGAPA BLOG BUGISBUKANPATI TIDAK DI HUJANI KOMEN PELAWAT?

Mengapa blog bugisbukanpati tidak dihujani komentar dari para pembaca mahupun para forumer sabahan?Tidak seperti blog pemudasabah,sabahdaily,keningaukini dan ramai lagi yang banyak menerima komen dari para pembaca.Apakah blog bugisbukanpati tidak menyediakan ruang khas untuk para pembaca menulis komen mereka?Jawapannya adalah “TIDAK”!!!Semua ruang untuk pembaca menulis komen telah disediakan cuma para pembaca faham akan maksud isi artikel yang ada didalam blog bugisbukanpati.

Pembaca semua faham bahawa blog bugisbukanpati tidak mengandungi unsur-unsur jenayah mahupun propaganda untuk memecah belahkan masyarakat disabah.Sebaliknya blog pemudasabah dan yang sewaktu dengannya entah apa dongeng yang ditulisdidalam blognya telah mendapat pelbagai komen yang menyedihkan dari para pelawat.

Saya nasihatkan kepada para forumer sabahan mahupun bloggerman jika mahu belajar berpolitik seharusnya anda mempunyai wawasan dan jati diri yang tinggi untuk membuat semua orang menyukai anda.

Orang yang berpolitik adalah orang yang berjihad untuk agama,bangsa dan negaranya.Oleh yang demikian orang ini seharusnya pandai menjaga hati semua suku kaum yang ada di negaranya tidak kira apa agama mereka dan bukannya membuatkan suku kaum lainnya teraniayah


Dibawah ini adalah maklum balas dari blog telupid.blogspot.com yang saya copy dan paste di blog saya bagi memudahkan pembaca memberikan markah karangan siapa yang mempunyai kebenaran dari segi fakta dan bukannya dinilai dari segi teory yang tidak akan berkesudahan.




MONDAY, NOVEMBER 16, 2009




JAWAPAN UNTUK BLOG SIA? HAHA

Saya merasa terharu dengan kehadiran seseorang yang mengunjungi blogku ini... datangnya dari pemilik blog bugisbukanpati.blogspot.com (misti dia tiap-tiap hari pi tengok blog sia dan bersemangat mau menjawab dengan penuh berapi bila saja sia menjawab dia punya luahan perasan dia di blog nya sendiri.)

Mungkin kerana menyedari bahawa terdapat banyak cercaan dan makian serta sentimen anti-pati yang menjadi isu utama orang tempatan Sabah... sehingga pemilik blog ini merasa tertekan dan terancam dan khusus menubuhkan nama blog yang sedemikian rupa.

Malah pada kotak cbox sia pun dia berabis noh... meletakkan 6 perenggan teks yang pertama pasal mengintroduce dia ni sepa, kedua menjemput pi blog dia pastu menanya apakah KDM sanggup kerja buruh binaan, ketiga dia menjemput lagi pi blog dia (ai nah dia ni?), keempat dia mau lagi mengajar tentang etika berblog, kelima dia mengaku jadi urang kita dan mengoffer karaja tabasan di estet sapong tenom supaya tidak payah pakai tu orang timur dan perenggan akhir... dia mengatakan bahawa dialah yang jadi mandur di sana? lepas tu mengutuk yang kita ada urang kah sana? lepas tu menghina yang kita urang ni cuma pandai cakap tapi tidak pernah kerja keras macam tu orang timur...

Orang menjemput kita pun datanglah bah ni... ke blog dia ni... tarang-tarang difokus kepada blog sia "INI JAWAPAN UNTUK BLOG telupid.blogspot". Seolah-olah dia mewakili dan bertanggungjawab kepada penulisan blog sia. Mula-mula mempersoal penggunaan ayat "Pukitai dan Sial" dalam blog sia kepada kaum Bugis... (kalau bukan semua orang bugis tapi betul kepada separuh orang bugis di Sabah... ok le tu).

Seterusnya, menyatakan bahawa orang bugis tidak suka menghina suku kaum yang ada di Sabah (hakikatnya dia baru ja menghina sia dengan menyatakan bahawa sia kurang pergaulan. Melihat sesuatu isu melalui tingkap rumah sia, lepas tu menulis karangan murid darjah enam, dan menasihat sebelum menulis artikel politik dan propaganda perkauman hendaklah melawat semua bandar di Sabah. ???).

Tanpa berlengah dia pun terus menghina bangsa lain... bangsa bajau simunul dan suluk. Bangsa yang dikatakan oleh penulis blog ini sebagai kurang ajar dan keras kepala. (Betul juga tu kama haha).

Seyogia itu... penulis blog cuba membenamkan saya atas faktor yang dia lihat dari meja komputernya bahawa saya masih teraba-raba untuk mencari platform sesuai bagi penulisan sia. Sia tidak kemaruk sangat dalam soal-menyoal kewibawaan dan juga integriti sesuatu penulisan. Apa yang sia blogkan adalah merupakan pandangan saya sendiri dan itu adalah hak saya. Sungguhpun sensitiviti menjadi ukuran, ianya bukan lagi satu sensitiviti kalau sudah ada orang yang terdahulu daripada saya mempersoalkan perkara tersebut.

Sia juga ada disclaimer di bahagian bawah blog sia... kalau tidak kisah scroll dibawah dan baca!
INI PULA JAWAPAN KEPADA MAKLUM BALAS ARTIKEL SAHABAT SAYA DARI BLOG TELUPID.BLOGSPOT.COM


Salam sejahtera..Terlebih dulu saya memohon maaf sekiranya sepanjangan penulisan saya ini ada ayat yang saudara tidak faham atau pura-pura tidak faham untuk menunjukkan kepada umum bahawa saya cuba mempertahankan pati bugis diSabah.Saya membuat blog dan menamakannya “bugisbukanpati”tidak bermaksud yang saya mempertahankan atau menggalakkan pati masuk secara haram keSabah.Untuk kepentingan apa saya mesti mahu pertahankan pati?

saya bukan ahli politik,saya bukan seorang yang mempunyai syarikat besar untuk menggaji pati bekerja di syarikat saya dan saya tiada kepentingan peribadi dengan mana-mana pertubuhan pati.Tetapi yang saya pertahankan adalah bangsa saya iaitu bugis local yang sememangnya Sabah adalah tempat tumpah darah mereka semua tetapi masih tetap dicop sebagai pati.

Saya ulangi sekali lagi bahawa saya tidak mempertahankan pati tetapi saya mempertahankan fakta kebenaran pernyataan dalam setiap artikel saya bahawa suku kaum bugis yang telah memiliki mykad tidak boleh anda samakan dengan bugis yang datang dari Sulawesi.

Jikalau kdm mahu dan sanggup bekerja dalam sektor pembinaan,perladangan dan industry.Kenapa masih ada ramai pati yang memonopoli peluang pekerjaan tersebut di Sabah sedangkan perjuangan kdm selama ini adalah menghadkan kemasukan pati dalam sektor yang saya sebutkan tadi.??Itulah maksud saya mengenai ayat yang mengatakan "saudara tahu cakap saja tapi tidak mahu melaksanakannya".Seandainya semua orang tempatan sabah mahu bekerja dalam sector pembinaan perladangan dan industry mustahil pati ini ramai disabah.Terdapat banyak blog yang sebenarnya bukan anti pati tetapi anti bugis,saya sendiripun tidak tahu apa kehebatan orang bugis ini sehingga dikecam sebagai pati disabah walaupun telah memiliki taraf kewarganegaraan Malaysia.

Saudara mengatakan secara terang-terangan saya memfokuskan kepada blog saudara bahawa”ini jawapan untuk blog telupid.blogspot.com”itu memang benar dan saya akui bahawa artikel tersebut ditujukan kepada blog saudara.Jika saya tidak menujukan kepada siapa tulisan saya itu,pembaca pasti akan tertanya-tanya kepada siapa sebenarnya artikel tersebut ditujukan.

pertanyaan saya kepada saudara,”apakah setiap surat yang saudara kirim kepada seseorang tidak perlu diletakkan alamat orang yang ditujukan?sebenarnya saudara membalas pernyataan artikel saya tanpa merujuk pada kontek penulisan saya.Jika saudara ingin membuat sesuatu pernyataan itu saudara seharusnya dapat membuktikan pernyataan saudara tadi.

Sekarang saya telah menjelaskan dan membuktikan pada saudara bahawa artikel tersebut memang ditujukan kepada blog telupid.blogspot.com dan bagaimana pula saudara membuktikan soalan saya tentang,”apakah setiap surat yang saudara kirim kepada seseorang tidak perlu diletakkan alamat orang yang ditujukan”.??Saya harap saudara berbahas dengan saya menggunakan pendekatan kreteria ilmiah agar setiap apa yang kita bicarakan dapat dibuktikan kebenarannya.Saya tidak bermaksud untuk mengajar saudara tentang perbahasan kerana saya tahu yang saudara penulis blog telupid seorang yang terpelajar berbanding saya yang hanya lepasan upsr pada tahun 1990 itupun keputusan sijil upsr saya gagal.

Sedari awal penulisan,saya telah mengatakan bahawa saya bukan dari golongan orang terpelajar tetapi saya tahu membezakan bunyi ayat yang menghina dan bunyi ayat yang tidak menghina.Saya mengatakan bangsa bajjau simunul(bukan bajjau local semporna)suluk(bukan suluk local Sandakan)visayah(bukan bisayah) sebagai keras kepala adalah satu fakta yang benar-benar semua orang tahu.Saya telah pun berikan anda bukti bahawa bangsa yang saya sebutkan diatas tadilah yang selalu membuat onar di sabah terutama di keningau.Bukankah saya memberitahu agar saudara datang kekeningau melihat sendiri bangsa apa dan bukannya bangsa siapa yang menjual rokok gudang garam disepanjang deretan kedai di keningau.

Maksud dari ayat saya tadi bukanlah menghina tetapi menegaskan kepada saudara telupid bahawa sipenjual rokok gudang garam yang terbesar disabah adalah pati Filipina berbangsa bajjau,suluk dan visaya tetapi saya juga ada menegaskan bahawa bangsa bajjau,suluk dan visayah ada juga yang memiliki mykad seperti kami orang bugis juga dan tidak sewajarnya jika ada pihak yang sewenang-wenangnya mengatakan kami ini sebahagian daripada pati.

Akhir sekali saudara mengatakan saya cuba membenamkan saudara atas faktor yang saya lihat dari meja komputer saya bahawa saudara masih teraba-raba untuk mencari platform yang sesuai untuk penulisan saudara adalah suatu prasangka saudara sendiri.Bukan kah saya telah berulang kali mengatakan bahawa saya ini hanya berkelulusan upsr berbanding saudara yang berkelulusan tinggi dan seharusnya sayalah yang teraba-raba mencari platform untuk penulisan blog saya dan bukannya saudara yang teraba-raba,begitulah maksud ayat sebenar dari saya.Sekarang semua telah saya perjelaskan dan jika masih suram penjelasan saya ini,saya akan cuba perjelaskan lagi di artikel yang lain.Selamat berjuang untuk semua rakyat sabah.



4 ulasan:

Unknown 18 Disember 2009 pada 4:20 PTG  

Assalam alaikum

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut maal hijrah. Sebagai umat Islam kita harus bersyukur kerana dilanjutkan usia oleh Allah SWT untuk menjalani kehidupan di tahun baru.

Saya sebagai anak berdarah Bugis berasa sedih dengan apa yang diutarakan oleh blog-blog yang bersifat perkauman.

Dari sudut fakta sejarah, Bugis bukannya pendatang sama ada di seluruh pelusuk Malaysia amnya dan Sabah khasnya. Orang Bugis telah dikenali olel ahli sejarah, ahli sosiologi seperti Barbara Watson Andaya dan Dr. Christian Pelras sebagai "Sea fearers" dan "trader" sejak berkurun lamanya. Sulawesi, Selatan Filipina, Kepulauan Borneo, Semenanjung Malaysia, Singapura, Utara Australia telah dijelajahi dan diterokai oleh Orang Bugis sebelum kedatangan imperialis Barat.

Dalam Islam, tiada soal siapa pendatang siapa Pribumi. Kesemuanya sama rata dan sama rasa, hanya melainkan DUIT (Doa, Usaha, Ikhtihar, dan Tawakkal). Bumi ini milik Allah SWT bukannya milik mutlak Pribumi. Rezeki Allah SWT terbentang luas dan senantiasa ada di mana-mana saja termasuklah di angkasa lepas sana.

Orang Bugis telah mengamalkan budaya global. Ini dapat dibuktikan dengan petikan Orang Bugis yang saya dapat tahu daripada pembacaan jurnal sosiologi dan antropologi yang berbunyi begini "tegi-tegi maega bua-bua, ko gitu taue lao masappa'." Maka tidak patut Orang Bugis dilabel sebagai PATI.

*****************

Bagaimana jika saya meniupkan sentimen perkauman dengan rakan-rakan Bugis saya di IPTA, IPTS, Jabatan-jabatan Kerajaan, Komuniti Peniaga dan Usahawan, Persatuan-persatuan Kebajikan Bugis SeMalaysia, dan sebagainya?

Sudah tentu saya akan mengajak mereka supaya berusaha untuk mencapai kemajuan dalam bidang politik, ekonomi, sosial. Kerana jika ketiga-tiga bidang ini dikuasai, bukan sahaja Sabah boleh dikuasai malah Malaysia. Apa keturunan Dato' Seri Najib Razak? Sudah tentu berketurunan Bugis. Asian Research Institute of Singapore ada meriwayatkannya (artikel ini ada dalam simpanan saya).

Orang Bugis terikat kepada dua perkara iaitu (1) agama Islam dan (2) budaya Bugis. kedua-dua perkara ini menganjurkan kebaikan dan menegah keburukan.

Saya ada juga menyimpan keratan artikel blog Pemudah Sabah dalam bentuk software. Seandainya Pemudah Sabah atau mana-mana pihak menimbulkan provokasi atau konfrontasi atau kedua-duanya sekali, saya akan menggerakkan "peperangan maya" sama ada menggunapakai taktik Tsun Zu atau taktik tentera SS German semasa perang dunia kedua atau kedua-duanya sekali. Ihre Sinde findet sie herraus!!!

Apapun, egalite, fratenite, liberte harus diutamakan tanpa mengira apa jenis warna kulit, budaya, dan agama.

Saya memahami secara jelas, jitu, dan tuntas bahawa Orang Pribumi Sabah tidak memiliki ekuiti ekonomi di tanah tumpah sendiri dan kekuatan politik dan sosial mulai goyah. Dengan memprovok Orang Bugis dapatlah mengubati hati yang sedang gundah gulana. Jika Pribumi Sabah (Kadazan Dusun, Bajau, Murut, dan lain-lain) memiliki ekuiti ekonomi dan kekuatan sosial dan politik sudah tentu Orang Bugis yang berwarga negara tidak disifatkan sebagai PATI. Jika tidak percaya tunggu dan lihat. Saya mampu membuktikannya secara hypotheses.

......

Saudara, ada masa saya baca artikel saudara seluruhnya. Buat masa ini saya sibuk menekuni Bahasa Jerman dan Jepun dan mencari duit lebih agar saya boleh mengambil MBA dan PPL.

Oh ya sekiranya saudara ada mengetahui persatuan-persatuan Bugis kongsikan dengan saya. Saya juga buat masa ini sedang menuggu khabar tentang penubuhan Penyatuan Melayu Berdarah Bugis yang sedang diusahakan oleh Andi' Izzati Husnah dan Daeng Andi' Ahmad.

Sam the Bugis

bugis keningau 2010 19 Disember 2009 pada 1:09 PG  

Walaikumsalam sappo..terima kasi kerana sudi melawat blog saya dan memberi komen yang mantap dan berkesan kepada mereka yang suka memberi propaganda perkauman disabah..sekali lagi terima kasih.

Unknown 16 Januari 2010 pada 12:50 PG  

sappok....good work...teruskan perjuangan..jgn pedulikan org yg mempunyai fikiran sempit dan bersentimen perkauman.. yang pentig kita lihat kehadapan dan kita jgn pertikai hal tersebut..bugis disabah mmg local tiada siapa yg blh mempertikaikannya..dan igtla byk sappok mu backing dibelakang daripada peringkat rendah hinggala ke peringkat tinggi.,,..(BUGIS UPSI)

bugis keningau 2010 21 Januari 2010 pada 12:12 PG  

SALAM..Terima kasih simin..

Arung Palakka, Putra Terbaik Tanah Bugis



Arung Palakka (lahir di lamatta, mario-ri wawo, soppeng , 15 september 1634 wafat di bontoala 6 april 1696 dalam usia 61 tahun) adalah sultan bone dari tahun 1972-1696. Saat masih jadi pangeran, ia memimpin kerajaannya dalam meraih kemerdekaan dari kesultanan gowa pada tahun 1660-an. Ia bekerjasama dengan belanda dalam merebut kotamakassar.Palakka membawa suku bugis menjadi kekuatan maritim besar dan mendominasi kawasan tersebut selama hampir seabad. Arung Palakka bergelar “La Tan-ri tatta To urong To-ri SompaE Petta MalampE’E Gemme’na Daeng Serang To’ Appatunru Paduka Sri Sultan Sa’admuddin, [MatinroE-ri Bontoawala], Arung Bone.



BIOGRAFI


Lahir di lamatta, Mario ri Wawo, Soppeng, Tanggal 15 september 1634, anak dari Lapottobunna, Arung Tanah Tengnga dengan istrinya, We Tan-ri Suwi, Datu Mario-ri Wawo, anak dari La tan-ri Ruwa Paduka sri sultan adam, arumpone bone. Arung Palakka meninggal di bontoala, kerajaan gowa (sekarang kabupaten Gowa) pada tanggal 6 april 1969 di makamkan di bontobiraeng.



PERNIKAHAN

-Menikah pertama dengan Arung Kaju (bercerai)
-Menikah ke dua kalinya dengan sira Daeng Talele karaeng ballajawa pada 16 maret 1668 (bercarai pada 26 januari 1671), (lahir pada 10 september 1634, meninggal 11 februari 1721), sebelumya istri dari karaeng bontomaronu, dan karaeng karunrung’ Abdul hamid, mantan tuma bicara-butta gowa, anak perempuan dari I-MALLEWAI Daeng Manasa karaeng mataoya, karaeng cendrana dan kadang sebagai Tumalailng gowa, oleh istrinya, daeng mangeppe, anak dari I-mallingkaang daeng mannyon-ri karaeng matoaya sultan abdullah awwal al-islam, karaeng tallo.

-Menikah ketiga kalinya di soppeng, 20 juli 1673 dengan We tan-ri pau adda sange datu ri watu [matinroe_ri madello] datu soppeng, sebelumnya istri dari la suni, adatuwang sidendreng, dan anak perempuan dari La tan-ri bali beowe II, datu ri soppeng.

-Menikah ke empat kalinya pada 14 september 1684, dengan Daeng marannu, karaeng laikang (meninggal pada 6 mei 1720), sebelumnya istri dari karaeng bontomanopo muhammad, dan anak dari pekampi daeng mangempa karaeng bontomanonu, gowa.



ARUMPONE BONE


Menggantikan ibunya sebagai datu Mario_ri Wawo ke 15. Mendapatkan gelar arung palakka sebagai hadiah membebaskan rakyatnya dari penjajahan makassar. Di akui oleh belanda sebagai arung pattiru, palette, dan palakka di bone dan dautu mario-ri wawo di soppeng, bantaeng, dan bontoala, 1670.





Prinsip Orang Bugis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Prinsip Orang Bugis

  • 1. Keturunan yang diajarkan bagaimana mempertahankan kehormatan keluarga.
  • 2. Keturunan yang dibesarkan dengan memandang perempuan sebagai simbol kehormatan keluarga.
  • 3. Keturunan yang diajarkan untuk menjaga martabat orang lain dan dirinya sendiri.
  • 4. Keturunan yang diajarkan untuk tidak tunduk kepada orang lain.
  • 5. Keturunan yang ingin bebas merdeka berjuang dan berusaha untuk bertahan hidup.
  • 6. Keturunan yang berabad abad mentalnya telah dibentuk dan ditempa dengan keras oleh gelombang
  • 7. Keturunan yang diajarkan berani menghadapi masalah dan tidak lari dari kenyataan hidup.dan
  • 8. Keturunan yang berani berbicara hanya jika ada BUKTI.

(SALAMA TOPADA SALAMA)

SUMBER: http://www.rappang.com/2009/11/prinsip-orang-bugis.html


keterangan

SILA KLIK "DISINI" UNTUK PENJELASAN TENTANG BLOG SAYA

Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan...
Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi






SENARAI BLOG SAYA

Satisfaction.com Free Comment Codes Satisfaction.com Free Comment Codes

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP