ASALAMUALAIKUM DAN SALAM MESRA KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG BUGISBUKANPATI.BLOGSPOT.COM.BLOG INI BUKAN BLOG POLITIK ATAU BLOG UNTUK MEMECAH BELAHKAN MASYARAKAT DISABAH.KEWUJUDAN BLOG INI SEKADAR INGIN MEMBERI PENJELASAN KEPADA UMUM,BAHAWA SUKU KAUM BUGIS YANG ADA DISABAH DAN MEMILIKI PENGENALAN DIRI YANG SAH TIDAK BOLEH DICOP ATAU DILABEL SEBAGAI PENDATANG TANPA IZIN ATAU SINGKATANNYA PATI DAN BLOG INI TIDAK BERMAKSUD UNTUK MENENTANG MANA-MANA ORGANISASI YANG ADA DISABAH.SEKIRANYA ADA ARTIKEL SAYA YANG TERLALU KASAR PENGGUNAAN AYATNYA.PEMBACA BOLEH BERIKAN KOMEN ATAU PENDAPAT YANG BERNAS DIKOTAK CBOX YANG TELAH DISEDIAKAN DIBLOG INI DAN SAYA AKAN MEMADAMKAN ARTIKEL TERSEBUT DARI BLOG INI DENGAN SERTA MERTA.







Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah,Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.


Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama bagi Persekutuan (Malaysia).


Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia



TEAM STAF YANG TEWAS MINGGU LALU

>> Jumaat, 22 Januari 2010

Pada perlawanan bola sepak antara sub kontrakter dengan staf(company)sabtu lalu,team soon tat uniwood menang 2-0.Besok hari sabtu 23 january 2010 team soon tat uniwood pimpinan saya(udins)akan menentang team dari sub kontrakter lainnya pula.Harap-harap tahun ini team kami akan menjuaraih perlawanan bola sepak dikilang tempat kami bekerja.Gambar dibawah ini adalah team staf negm yang tewas ditangan pemain soon tat uniwood yang mejoriti pemainnya terdiri dari Sabahan berbilang bangsa.

Pengurus pasukan negm memberi taklimat kepada pemainnya sebelum perlawanan bermula
Namun nasib tidak menyebelahi team mereka apabila kecundang di kaki pemain soon tat uniwood pimpinan saya(udins).
Walaupun team ini mempunyai pemain yang berpengalaman namun mereka sukar untuk menewaskan team soon tat uniwood kerana pemain team soon tat sentiasa bekerjasama dan bijak membuka ruang padang,membuatkan team soon tat ini cukup digeruni oleh team-team bola lainnya didalam kilang ini.

Read more...

TEAM BOLA SOON TAT UNIWOOD

>> Selasa, 19 Januari 2010

Pertandingan bola sepak antara kontrakter-kontrakter dalam sesebuah kilang sangat menyeronokkan walaupun letih bekerja seharian suntuk.Cerita pasal bola pekerja kontrakter yang mejoritinya berasal dari Sabah dan Sarawak tidak pernah ketinggalan untuk menyertai pentandingan bola sepak antara sub kontrakter dan pihak kompani kilang tersebut.Perlawanan bola sepak antara pekerja kontrak dan pekerja staf(company)dianjurkan setiap tahun untuk mengeratkan lagi tali siratulrahim antara semua pekerja didalam kilang tersebut.Pada penulisankali ini saya akan kongsikan beberapa photo pemain yang berasal dari Nabawan Keningau manalah tahu ada rakan taulan yang mengenali mereka ini.

photo kenangan bersama pengurus bola sepak dari team lain



Dari kiri,Pengeran,Danny,dino,udins dan juidy

Ini antara pemain yang mengambil bahagian dalam perlawanan bola sepak antara sub kontrakter dan staf(company)


Yang berbaju hitam tu laa saya(udins).Saya sedang memberi taklimat kepada team pimpinan saya iaitu soon tat uniwood untuk mengalahkan pihak lawan dari team negm.
Senaman ringan penting untuk melonggarkan otot badan sebelum perlawanan bermula.

Inilah antara pemain soon tat uniwood pimpinan saya.


Read more...

PENGENALAN TABUNG BANTUAN KEBAJIKAN WARGA SABAH FASA1 2010

>> Jumaat, 15 Januari 2010


CONTOH BORANG KEAHLIAN TABUNG BANTUAN KEBAJIKAN WARGA SABAH(BKWS)

PENGENALAN TABUNG BANTUAN KEBAJIKAN WARGA SABAH FASA1 2010

Tabung Kebajikan Warga Sabah (TKWS) yang ditubuhkan pada 2006 telah ditamatkan pada November 2009.Tabung ini banyak membantu warga Sabah yang bekerja di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Tabung TKWS ini bersifat tolong-menolong antara Sabahan yang ditimpa musibah seperti kematian ibu bapa,kemalangan ahli berdaftar dan juga kematian ahli.Sumbangan berbentuk derma ikhlas hanya akan dikutip oleh AJK TKWS jika ada ahli yang benar-benar ditimpa musibah seperti yang dinyatakan dalam borang kemasukan atau ketika pendaftaran ahli dibuat.Tabung Kebajikan Warga Sabah (TKWS) mempunyai 35 orang ahli jawatankuasa dan seramai 304 orang ahli berdaftar sehingga November 2009.TKWS ini juga banyak mengajar warga Sabah untuk saling bantu- membantu dan hormat-menghormati sesama rakyat Malaysia.Walaupun Tabung Kebajikan Warga Sabah (TKWS) ini telah pun dibubarkan Organisasinya pada November 2009,namun satu lagi Tabung Kebajikan Warga Sabah akan dilancarkan pada 10 February 2010. Tabung baru ini akan diberi nama Bantuan Kebajikan Warga Sabah”(BKWS).

Bantuan kebajikan warga sabah ini akan dibuka pendaftarannya pada 01 February 2010 hari Isnin jam 8.00 pagi. Sila berjumpa AJK BKWS Srimuda Zon B.Warga Sabah yang bekerja sekitar Shah Alam amat dialu-alukan untuk menyertai tabung bantuan kebajikan ini demi kebaikan bersama.Yuran pendaftaran sebanyak RM 10 dan yuran keahlian untuk setahun telah ditetapkan sebanyak RM60.00(enam puluh ringgit sahaja).Pembayaran mestilah dijelaskan sepenuhnya ketika membuat pendaftaran.Pendaftaran akan dibuka selama seminggu dan tarikh tutup pendaftaran ialah pada 08 February 2010. Seminggu setelah pendaftaran ditutup pihak kami akan menghantar surat terus kepada ahli yang telah mendaftar.Dalam surat tersebut akan dilampirkan jumlah bantuan mengikut jenis kemalangan yang telah dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa tabung bantuan kebajikan ini.

Semua yuran kehlian yang kami terima akan dimasukkan kedalam Bank dengan menggunakan akaun bersama.Pemegang Akaun Simpanan ini terdiri dari empat orang AJK yang telah dilantik oleh Pengerusi Bantuan Kebajikan Warga Sabah ini.Dalam jangka masa setahun jika tidak ada kes berlaku kepada ahli BKWS ini dan ada ahli yang ingin menamatkan keahliannya maka pihak BKWS akan mengembalikan yuran keahliannya selama setahun iaitu RM60.00. Bagi ahli yang ingin meneruskan keahlian ini, maka yuran pendaftaran akan dikenakan sebanyak RM:10.00 sahaja.Tetapi jika tabung bantuan ini telah memberi bantuan kebajikan lebih dari tiga kes maka yuran keahlian anda tidak akan dikembalikan. Kurang daripada tiga kes, separuh yuran akan dikembalikan. Pengemas kinian Akaun atau Pembentangan Akaun akan dibuat pada 08 Januari 2011 dan seminggu sebelum itu pendaftaran baru bagi tahun 2011 pula akan dibuka iaitu pada 01hb sehingga 07 Januari 2011.


Read more...

Murid tiada sijil lahir mula sekolah

>> Jumaat, 8 Januari 2010

NEGARA

Murid tiada sijil lahir mula sekolah


SHARIDDANIEL bersalaman dengan Mansor sambil disaksikan oleh Mat (dua dari kanan) di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis, Kuala Perlis semalam.


KUALA PERLIS - Lapan daripada 10 murid di sini yang gagal mendapat tempat di tahun satu kerana tidak memiliki sijil lahir akhirnya dibenarkan mengikuti sesi persekolahan semalam.

Kesemua mereka termasuk seorang cucu nelayan, Shariddaniel Abdullah, 7, didaftarkan di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis di sini.

Keputusan itu melegakan ibu bapa kanak-kanak terbabit kerana anak mereka kini didaftar sebagai pelajar tempatan sekali gus membolehkan mereka menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat berkata, keputusan itu diambil selepas mendapat surat jaminan dan akur janji daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis, Mat Hassan bahawa kanak-kanak itu dilahirkan di negara ini.

"Selepas mengadakan perbincangan dengan wakil rakyat, kami bersetuju menempatkan murid-murid ini demi masa depan mereka tetapi dengan syarat ibu bapa mereka perlu menyelesaikan pendaftaran anak masing-masing di Jabatan Pendaftaran Negara dengan segera," katanya ketika ditemui.

Nota:sumber asal kosmo online

Read more...

TEMUDUGA TERBUKA!!!

TEMUDUGA TERBUKA!!!

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.


Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.


Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah

Read more...

Datuk pelik cucu bukan warganegara

>> Rabu, 6 Januari 2010



SEDIH... Shazriddaniel (kiri) keluar dari sekolah bersama datuknya, Yusof selepas pihak sekolah tidak mendaftarkannya sebagai warganegara Malaysia ekoran masalah dokumen pengenalan diri di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis kelmarin.


KUALA PERLIS - Seorang nelayan kesal apabila cucunya, Shazriddaniel Abdullah, 7, terpaksa mendaftar sebagai pelajar warga asing di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis hanya kerana ibu bapanya bernikah di Thailand dan tidak mendaftarkan perkahwinan di negara ini.

"Memang anak saya Shamsuddin Yusof, 30, dan bekas isterinya, Shafidah Shafie, 29, berkahwin di Thailand tetapi cucu saya dilahirkan di Malaysia, mengapa dia (cucu) tak mendapat status warganegara."

Demikian kata Yusof Osman, 51, yang terkilan apabila cucunya itu tidak mendapat taraf warganegara dalam surat beranak yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Nota:sumber kosmo online

Read more...

Sebab saya lewat online

>> Ahad, 3 Januari 2010

Malam ni saya lewat online sebab ada mesyuarat dengan ajk RukunTetangga Taman Srimuda Shah Alam.Jika ada pelawat yang ingin melihat aktiviti saya bersama Rukun Tetangga Taman Srimuda Shah Alam bolehlah melawat di http://srstamansrimuda.blogspot.com/ .

Balik kerja jam 7 terus pi mandi lepas tu makan dan terus pergi kedewan mesyuarat
mesyuarat bermula jam 8:45 malam sehingga jam 11:15 malam
Berbagai agenda diperbincangkan termasuk mengambil berat soal perpaduan sesama penduduk

Inilah yang membuatkan saya lewat online malam ini.Besok awal pagi pula saya akan bertolak ke melaka untuk kerja out station dan mungkin lewat juga online besok malam

Read more...

TOLONG JANGAN BALAS KOMEN BERBENTUK HASUTAN

>> Sabtu, 2 Januari 2010

Asalamualaikum dan salam mesra kepada pengunjung blog ini.Saya minta kepada rakan sebangsa dengan saya dan juga rakan kdm agar tidak membalas setiap komen yang berbentuk hasutan dari pemberi komen yang menggunakan nickname"Tanpa Nama".Orang seperti ini semakin diberi layanan akan semakin menjadi-jadi dia nantinya.Biarlah dia kritik atau hina saya dalam blog ini kerana saya tidak merasa sakit sedikitpun dari kritikannya.Malahan komennya melalui emel pun saya terbitkan untuk memberinya kepuasan bersuara diblog saya ini.Sila klik disini jika hendak membaca komen si "Tanpa Nama" ini.Saya juga ingin memberitahu kepada saudara yang menggunakan nickname "Tanpa Nama"bahawa blog bugisbukanpati ini sentiasa diawasi oleh rakan-rakan kdm disabah dan juga rakan-rakan sebangsa dengan saya.Jadi janganlah merasa hairan jika pengomen yang cuba membuat hasutan diblog ini mendapat tentangan hebat sepanjang hari.

Read more...

MENYAMBUT DETIK 12 MALAM 2010

>> Jumaat, 1 Januari 2010

Jamuan makan didewan masyarakat taman srimuda untuk sambutan tahun baru
Suasana kegembiraan penduduk taman srimuda menyambut tahun baru 2010
Selepas imam surau membacakan doa kesukuran penduduk pun dihidangkan pelbagai jenis makanan.

Selamat tinggal tahun 2009 dan Selamat datang ketahun baru 2010.Semua peristiwa ditahun 2009 hanya tinggal dalam kenangan.Azam baru bagi setiap orang ditahun 2010 ini pasti telah dilafazkan malam tadi sebelum detik jam 12:00 pagi 1 january 2010.Kini kita telah berada ditahun baru dan marilah kita berfikir lebih matang lagi untuk mencapai matlamat hidup masing-masing.Perangai buruk atau tingkah laku kita ditahun 2009 jadikanlah sempadan ditahun 2010 ini manakala yang baik pula kita jadikan teladan.


Read more...

MARI SERTAI PERSATUAN ANAK BUGIS KUALA SELANGOR

>> Rabu, 30 Disember 2009


MARI SERTAI PERSATUAN ANAK BUGIS KUALA SELANGOR


ANAK BUGIS KUALA SELANGOR
Saya Haji Raja Yunus bin Raja Suran adalah Pengerusi Persatuan Anak-Anak Bugis Daerah Kuala Selangor. Mula ditubuhkan pada 1 Disember, 2008 dan hingga kini telah mempunyai 300 orang keahlian. Ahli-ahlinya terdiri dari seluruh Negeri Selangor dan juga dari Sabah DiBawah Bayu. Permohonan keahlian baru masih dibuka, dan perancangan Perasmian akan diadakan pada penhujung Mei, 2009 jika ada rezeki. Insya'allah. Saya amat berharap apa yang dirancang dapat digapai. Setelah urusan menjadi ahli diterima, ahli-ahli akan diberi kad keahlian.Kepada sesiapa yang berketurunan bugis (tidak kira walaupun (Bugis Jawa Johor) dan ingin menjadi ahli, adalah dialu-alukan.Tujuan saya menubuhkan persatuan ini, adalah untuk mengumpulkan saudara mara yang jauh dan tidak dikenali untuk mengeratkan tali silatulrahim.Keluarga saya adalah dari generasi Daeng Celak dan Panglima Raja Haji.
Kekuatan serta keupayaan darah keterunan Daeng Celak diturunkan kepada keturunan Panglima Raja Haji. Keajaibannya dengan anugerah bila berlaku pergelutan dengan kaum cina, dengan perasaan marah dan gentar telah mengengam maka terciptalah sebilah kapak dan kapak itu diberi nama kapak cina. Memperolehi ketam batu dan sebutir buntat. Saya juga ada menyimpan carta shasiah keluarga.Borang keahlian ada dalam simpanan saya dan sesiapa yang ingin menjadi ahli boleh mendapatkan dari saya melalui talian
019-3020335 dan yuran keahlian RM5.00 dikenakan.
Alamat saya adalah No. 46 Teratak Hara, Jalan Raja Musa, Taman Malawati, 45000 Kuala Selangor.

Nota:sumber asal klik di SINI

Read more...

APA KATA SAUDARA HANAFI KEPADA ABDS

Asalamualaikum..saya Hanafi berasal dari sandakan dan berbangsa sulok campuran bajau simunul.Saya merasa malu atas komen rakan sebangsa saya yang menggunakan nama anak bajau disemenanjung kemudian memaki hamun rakan saya iaitu penulis blog bugisbukanpati.Pada pendapat saya ABDS ini terlalu berlebihan dalam memberikan komen kepada seseorang sehinggakan sukukaum bugis lainnya menyangka yang suku kaum bajau simunul sebagai dajjal dalam isu perkauman disabah.Pertanyaan saya kepada ABDS apa sumbangan paling besar yang kau berikan kepada bangsa kita bajau juga suluk sehingga kau memandai-mandai menggunakan nickname bangsa dalam komen mu diblog pemudasabah?Jika kau mahu teruskan juga komenmu yang tidak akan mendatang hasil malah akan mendatangkan perselisihan paham antara dua bangsa local ini,saya sarankan kau menggunakan namamu sendiri atau nama bapamu dalam komen tersebut.Wassallam..bajausuluk shah alam…

Read more...

APA KATA SAHABAT KDM SAYA

APA KATA SAHABAT KDM SAYA TENTANG ISU PERKAUMAN DI INTERNET

SAHABAT KDM SAYA RONNY DAN KALVIN

Kepada semua tompinai-tompinai yang ada disabah,janganlah terlalu mempertikaikan soal perkauman dan agama yang ada dinegeri sabah.Sememangnya kita pun sama saja.Tiada yang asli tiada yang palsu.Kita semua pada asalnya adalah perantau kesabah cuma yang membezakan kita adalah siapa yang terawal dan siapa yang terkemudian sampai kesabah.Sia sebagai seorang anak berdarah asli kdm pun merasa malu kalau tompinai-tompinai selalu mengijik sesuatu bangsa yang telahpun diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai anak watan negeri sabah.Sa sekarang berada disemenanjung dan mejoriti sahabat saya adalah terdiri dari dari suku kaum yang tompinai-tompinai selalu isukan didalam blog tompinai mahupun sabah forum.Cuba tompinai datang kesemenanjung dan lihat sendiri cara hidup kitorang disini.Orang semenanjung tidak pernah bertanya kau apa bangsa tetapi mereka hanya bertanya kau orang mana.So jawapan yang selalu kamiorang bagitau adalah “kami urang sabah bah”.Tidak kira dia apa bangsa sekalipun janji dilahirkan disabah mesti akan mendahulukan jawapan bahawa dia urang sabah juga.Bah sa rasa cukup sampai disini dulu ulasan saya dalam blog sahabat bugis saya ini.

Nota:photo terbaru Ronny akan saya siarkan besok malam

Read more...

Apa kata sahabat saya

SALLEH ANAK JATI SUGUT PAITAN BERBANGSA SUNGAI
Asalamualaikum kepada semua suku sakat yang berada di Sugut Paitan.Saya bernama mohd Salleh berdarah asli sungai dan juga anak jati kelahiran sugut.Pada kesempatan bertemu dengan rakan bugis yang berasal dari keningau ini di semenanjung dan kami telah bersahabat hamper 8 tahun membuatkan saya terpanggil untuk memberi sedikit komen kepada una-una disabah khasnya disungut untuk tidak terlalu mengecam suku kaum bugis local sebagai pendatang tanpa izin disabah kerana mereka sememangnya ada yang dilahirkan disabah dan mempunyai sijil kelahiran dengan nama bangsa mereka sendiri.Untuk pengetauhan una-una di sugut,bahawa blog ini dikongsi oleh beberapa suku kaum berbeza agama bagi mengekang isu perkauman dari merebak kepada generasi muda masa kini.Antara sukukaum yang berdiri bersama penulis blog ini adalah terdiri dari dusun,murut.bajau,suluk,sungai,tidung dan bugis.Saya dan penulis blog ini bekerja disebuah kilang yang mejoriti pekerjanya adalah sabahan dan kami sentiasa tolong menolong tanpa memikirkan siapa bangsa yang memerlukan pertolongan kami.sekian dari anak sugut di Shah Alam Selangor D.E.


Read more...

INI PANDUAN YANG BAIK UNTUK PARA PENGOMEN BLOG

>> Selasa, 29 Disember 2009

Artikel ini saya siarkan khas kepada nickname "ANAK BAJAU DI SEMENANJUNG"YANG MENGTAKAN

"klu tak caya tgk blog bugis kat bawah nie tajuk Bugis Bukan PATI nama aje islam tp dlm blogbertaburan arak diperlihatkan, bangga lak tu pegang arak.. makzab yahudi mabuk mana bugis tu belajar."...
kepada saya diblog pemudasabah.Kata orang tua-tua sarang tebuan jangan dijolok tapi atas kedegilan pengomen ini.Maka saya telah adakan mesyuarat dengan suku kaum bajjau simunul dan suluk untuk sama-sama membaca tohmahan yang dilemparkan kepada saya sehingga seorang sahabat juga berbangsa bajjau simunul telah mengirim karyanya ini untuk ditujukan kepada bangsanya sendiri agar sentiasa beradap walaupun dialam cyber.Sila perhatikan warna text dibawah ini,warna hijau itu adalah dikhaskan kepada nickname "ANAK BAJAU DI SEMENANJUNG"muda-mudahan dia sedar kesilapannya dan mula berubah jadi suku kaum bajjau simunul yang sebenarnya bermaruah tinggi.

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. 
Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Jangan membuat muka belagak dan sombong, atau menghentak hentakkan kaki dan barang bila kita membuat kesalahan supaya kesalahan itu dapat menutup kesalahan kita.

8. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

9. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

10. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

11. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

12. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

13. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

14. Jagalah hati sahabat sebagaimana kita mahu, sahabat kita menjaga hati kita. Kalau kita pandai menjaga hati org lain, begitulah sebaliknya org lain akan lakukan kepada kita dan begitulah sebalik nya.

15.Cuba periksa diri kita, adakah hari ini kita merupakan sahabat yang baik untuk sahabat kita. Atau hari ini kita dapati sahabat kita makin menjauhkan diri dari kita? Tepuk dada tanya selera........

16.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Nota:Terima kasih kepada pengirim dan penulis asal Artikel ini.

Read more...

Kami dihujani lebih 200 peluru'

>> Isnin, 28 Disember 2009

'Kami dihujani lebih 200 peluru'


DARI kiri, Musa, Akhmadi, Mohd. Arif dan Ahmad Faizul bersama ibu masing-masing ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu semalam.



KERATAN Kosmo! 16 November 2009.


KUALA TERENGGANU - "Ingatkan kami sudah tidak ada harapan untuk hidup lagi tetapi syukur Alhamdulillah, nyawa kami masih panjang."

Demikian luah empat nelayan dari Kampung Baru Sebarang Takir dekat sini, iaitu Musa Mahammad, 33, Mohd. Arif Rosli, 20, Akhmadi Daud, 28 dan Ahmad Faizul Sulong, 23, ketika mereka ditahan penguat kuasa Indonesia pada 10 November tahun lalu kerana didakwa menceroboh perairan negara itu.

"Bot kami dihujani lebih 200 peluru ketika terserempak dengan pihak berkuasa Indonesia ketika sedang menangkap ikan di sempadan Malaysia-Indonesia dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi hari tersebut," dakwa Musa.

Menurut Musa, ketika itu, bot mereka dikejar pihak berkuasa negara tersebut selama kira-kira 15 minit dan mereka sudah mula membayangkan ajal apabila mereka tidak mampu berbuat apa-apa selain cuba melarikan diri.

"Ketika itu kami ditembak bertalu-talu dan kami hampir putus harapan dan hanya berserah selepas bot kami berjaya dipintas dan dihimpit," katanya.

Beliau ditemui bersama tiga rakannya ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud malam semalam selepas mereka dibebaskan oleh pihak berkuasa Indonesia dari pusat tahanan di Pontianak, Kalimantan, Indonesia.

Bagaimanapun, satu-satunya mangsa yang terkena tembakan dalam kejadian tersebut iaitu tekong bot itu, Che Wan Budiman Che Wan Ngah, 31, masih ditahan di pusat tersebut menanti hari perbicaraan yang dijangka berlangsung 8 Januari ini.

Nota:dipetik dari sumber kosmo

Read more...

Teori Komunis

Seekor kucing lebih mempercayai hiduannya daripada matanya,sebagai contoh pabila kucing melihat sesuatu benda dengan matanya sendiri yang benda tadi tidak boleh dimakan namun dia akan tetap akan menghidunya juga untuk memastikan benda tersebut memang tidak boleh dimakan.Manakala orang tua dahulu kala lebih mempercayai apa yang dilihat oleh matanya daripada yang didengar oleh telinganya.Sebaliknya orang muda zaman ciber yang bijak pandai pula lebih mudah mempercayai apa yang didengar dari telinganya daripada apa yang dilihat dengan mata kepalanya sendiri.Kesimpulan dari ayat diatas jika dihuraikan sepenuhnya maka terjadinya satu teori komunis yang diberi nama propaganda atau peluang untuk menghasut sesuatu etnik agar saling bercakaran antara satu sama lain.Teori propaganda ini bersifat putar balik dan berbentuk huruf “U”.Teori ini biasanya diguna pakai oleh mereka yang suka pada persengketahan dan telahpun dipraktik oleh para pemberi komen disetiap blog untuk mengharu birukan alam cyber maya ini.Pada pandangan saya jika pemberi komen itu tidak mempunyai laman web atau sekurang-kurangnya blog peribadi,maka orang tersebut boleh dianggap sebagai cuba untuk melancarkan propaganda atau teori komunis tadi.Kalaupun dia(pemberi komen) ada blog peribadi mungkin gambar yang diletakkan diprofilenya adalah gambar orang yang telah berpuluh tahun meninggal dunia.Orang seperti ini adalah seorang yang tidak berwawasan dan boleh diibaratkan sebagai gunting dalam lipatan.Selain boleh diibaratkan sebagai gunting dalam lipatan orang seperti ini juga boleh dipanggil sebagai sampah masyarakat.

Read more...

Penunggu hutan Keningau

>> Ahad, 27 Disember 2009

Penunggu hutan Keningau

Legenda Tombiruo dan Rogon masih popular di Sabah.


POKOK ara sering dikaitkan dengan penunggu hutan.


SEMASA Amiruddin mendengar berita sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, Sabah, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya, kekasihnya. Gadis itu ialah antara mangsa yang terlibat.

Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu.

Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman.

Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu. Amiruddin atau Rogonkah yang lebih dahulu menemui Wan Suraya?

Rogon tersebut ialah salah satu watak dalam novel seram, Semangat Hutan karya penulis prolifik kelahiran Papar, Ramlee Awang Murshid.

Latar belakang novel itu mengambil tempat di hutan Keningau yang sememangnya terkenal dengan cerita-cerita misteri penunggu hutan.

Bagi etnik Kadazandusun di Sabah khususnya yang tinggal berdekatan hutan Keningau hingga sempadan Sandakan, semangat hutan itu akan terus ada dalam kehidupan mereka.

Dan kerana tingginya semangat hutan yang dipercayai menjaga keamanan hutan Keningau, Ramlee menukilkan mengenai Rogon dan satu lagi makhluk hodoh, Tombiruo dalam novel-novelnya.

Imaginasi

“Entiti Tombiruo dan Rogon adalah simbolik kepada unsur kebaikan dan kejahatan yang ada di dalam hutan.

“Secara tidak langsung, entiti ini juga membuka minda kita agar lebih menghormati hutan, tetapi bukan menyembahnya,” tegas beliau.




Ramlee memberitahu, Tombiruo, seperti yang digambarkan dalam novelnya dengan tajuk yang sama, merujuk kepada hantu hutan atau mahkluk hodoh yang mendiami belantara.

“Entiti ini lebih bersifat pelindung. Ia melindungi hutan daripada dimusnahkan oleh manusia yang berniat jahat.

“Orang dahulu juga menggambarkan Tombiruo sebagai berwajah buruk dan sesiapa yang terserempak dengan semangat ini akan ditimpa sial,” jelas Ramlee.

Rogon pula dari pandangan Ramlee dan cerita lama yang dikutip daripada pelbagai sumber, lebih bersifat kejam. Ia lebih bersifat kebinatangan berbanding Tombiruo.

Semangat hutan itu turut dikaitkan dengan insiden kehilangan individu di hutan Sandakan yang sehingga kini masih belum terjawab.

“Ia berlaku sekitar lewat 1980-an. Hutan Sandakan yang bersempadan dengan hutan Keningau gempar apabila individu tersebut dilaporkan hilang secara misteri.

“Walaupun dijejaki menggunakan anjing pengesan, mangsa gagal ditemui. Yang membingungkan, anjing itu beberapa kali mengelilingi sebatang pokok,” cerita Ramlee.

Di situlah, mereka menjumpai tinggalan tulang manusia dan beberapa helai pakaian yang dilipat kemas.

Sejak itu, pelbagai spekulasi timbul termasuk ada yang mendakwa ia angkara semangat hutan ataupun manusia kanibal.

Bagi masyarakat Kadazandusun yang amat menghormati hutan, kata Ramlee, kejadian seumpama itu dipercayai berlaku kerana niat manusia yang mahu merosakkan kesucian hutan.

“Jadi, semangat hutan ini, kemungkinan Tombiruo atau Rogon, melakukan sesuatu untuk melindungi hutan yang menjadi tempat tinggalnya,” ungkapnya.

Jelas beliau, biarpun apa yang dinukilkan di dalam novel-novelnya itu disulam dengan elemen fiksyen dan imaginasi, Ramlee percaya hutan adalah kawasan yang penuh dengan pantang larang.

“Kita tidak akan tahu siapa atau apa yang berada di dalamnya. Dan seringkali kita terlupa terdapat satu lagi ‘alam’ yang perlu dihormati,” katanya.

Kayu ara

Baru-baru ini, satu lagi insiden mengejutkan penduduk daerah itu. Makhluk berkepala besar tanpa kaki dan tangan ditemui di Kampung Kapayan Baru dekat Keningau.

“Ia benar-benar wujud dan menakutkan – akui Rapail Igau, 49, seperti dipetik New Sabah Times.

Rapail yang merupakan seorang kakitangan Yayasan Sabah memberitahu, beliau tanpa sengaja merakam gambar makhluk halus itu menggunakan kamera telefon bimbit pada 21 Oktober lepas.

Imej yang didakwa makhluk halus itu juga telah diuji ketulenannya.

Menurut Rapail, pada petang kejadian beliau melawat Empangan Pengairan Kampung Kapayan Baru yang baru sahaja siap dibina sambil ditemani seekor anjing belaannya.


RAMLEE AWANG MURSYID


Katanya, beliau merakam beberapa sudut empangan tersebut untuk tujuan dokumentasi, tetapi tidak menyangka sekeping daripada kira-kira 20 rakaman menghasilkan imej seperti manusia berkepala ganjil tanpa kaki dan tangan duduk di atas leher anjingnya.

Kira-kira satu meter dari tempat anjingnya berdiri pula, terdapat sebatang pokok ara yang dikatakan telah wujud sejak tahun 60-an lagi.

Pokok itu sejak sekian lama diketahui oleh penduduk kampung itu sebagai berpenunggu.

Empangan air itu dibina bagi menggantikan empangan konvensional atau dikenali sebagai kinalian untuk kemudahan pengairan kepada ratusan pesawah di kampung itu.

Sejak awal tahun 60-an, kawasan itu terkenal sebagai berpenunggu dan setiap kali penduduk membaiki empangan kinalian, upacara pen- yembahan dilakukan bagi mengelak gangguan makhluk halus.

Rapail memberitahu, nenek moyang mereka akan menyembelih ayam putih atau babi sebelum aktiviti gotong-royong dijalankan bagi membaiki ampangan kinalian itu.

Bagaimanapun katanya, habitat makhluk itu mungkin terganggu ekoran daripada projek pembinaan empangan moden itu.

Kisah rakaman gambar penunggu hutan Rapail ini hanya akan memanjangkan lagi legenda Tombiruo dan Rogon di kalangan masyarakat Sabah.

Nota:Dipetik dari berita kosmo


Read more...

Arung Palakka, Putra Terbaik Tanah Bugis



Arung Palakka (lahir di lamatta, mario-ri wawo, soppeng , 15 september 1634 wafat di bontoala 6 april 1696 dalam usia 61 tahun) adalah sultan bone dari tahun 1972-1696. Saat masih jadi pangeran, ia memimpin kerajaannya dalam meraih kemerdekaan dari kesultanan gowa pada tahun 1660-an. Ia bekerjasama dengan belanda dalam merebut kotamakassar.Palakka membawa suku bugis menjadi kekuatan maritim besar dan mendominasi kawasan tersebut selama hampir seabad. Arung Palakka bergelar “La Tan-ri tatta To urong To-ri SompaE Petta MalampE’E Gemme’na Daeng Serang To’ Appatunru Paduka Sri Sultan Sa’admuddin, [MatinroE-ri Bontoawala], Arung Bone.



BIOGRAFI


Lahir di lamatta, Mario ri Wawo, Soppeng, Tanggal 15 september 1634, anak dari Lapottobunna, Arung Tanah Tengnga dengan istrinya, We Tan-ri Suwi, Datu Mario-ri Wawo, anak dari La tan-ri Ruwa Paduka sri sultan adam, arumpone bone. Arung Palakka meninggal di bontoala, kerajaan gowa (sekarang kabupaten Gowa) pada tanggal 6 april 1969 di makamkan di bontobiraeng.



PERNIKAHAN

-Menikah pertama dengan Arung Kaju (bercerai)
-Menikah ke dua kalinya dengan sira Daeng Talele karaeng ballajawa pada 16 maret 1668 (bercarai pada 26 januari 1671), (lahir pada 10 september 1634, meninggal 11 februari 1721), sebelumya istri dari karaeng bontomaronu, dan karaeng karunrung’ Abdul hamid, mantan tuma bicara-butta gowa, anak perempuan dari I-MALLEWAI Daeng Manasa karaeng mataoya, karaeng cendrana dan kadang sebagai Tumalailng gowa, oleh istrinya, daeng mangeppe, anak dari I-mallingkaang daeng mannyon-ri karaeng matoaya sultan abdullah awwal al-islam, karaeng tallo.

-Menikah ketiga kalinya di soppeng, 20 juli 1673 dengan We tan-ri pau adda sange datu ri watu [matinroe_ri madello] datu soppeng, sebelumnya istri dari la suni, adatuwang sidendreng, dan anak perempuan dari La tan-ri bali beowe II, datu ri soppeng.

-Menikah ke empat kalinya pada 14 september 1684, dengan Daeng marannu, karaeng laikang (meninggal pada 6 mei 1720), sebelumnya istri dari karaeng bontomanopo muhammad, dan anak dari pekampi daeng mangempa karaeng bontomanonu, gowa.



ARUMPONE BONE


Menggantikan ibunya sebagai datu Mario_ri Wawo ke 15. Mendapatkan gelar arung palakka sebagai hadiah membebaskan rakyatnya dari penjajahan makassar. Di akui oleh belanda sebagai arung pattiru, palette, dan palakka di bone dan dautu mario-ri wawo di soppeng, bantaeng, dan bontoala, 1670.





Prinsip Orang Bugis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Prinsip Orang Bugis

  • 1. Keturunan yang diajarkan bagaimana mempertahankan kehormatan keluarga.
  • 2. Keturunan yang dibesarkan dengan memandang perempuan sebagai simbol kehormatan keluarga.
  • 3. Keturunan yang diajarkan untuk menjaga martabat orang lain dan dirinya sendiri.
  • 4. Keturunan yang diajarkan untuk tidak tunduk kepada orang lain.
  • 5. Keturunan yang ingin bebas merdeka berjuang dan berusaha untuk bertahan hidup.
  • 6. Keturunan yang berabad abad mentalnya telah dibentuk dan ditempa dengan keras oleh gelombang
  • 7. Keturunan yang diajarkan berani menghadapi masalah dan tidak lari dari kenyataan hidup.dan
  • 8. Keturunan yang berani berbicara hanya jika ada BUKTI.

(SALAMA TOPADA SALAMA)

SUMBER: http://www.rappang.com/2009/11/prinsip-orang-bugis.html


keterangan

SILA KLIK "DISINI" UNTUK PENJELASAN TENTANG BLOG SAYA

Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan...
Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi






SENARAI BLOG SAYA

Satisfaction.com Free Comment Codes Satisfaction.com Free Comment Codes

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP