Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah,Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama bagi Persekutuan (Malaysia).
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
RIBUT GREG 26 DEC 1996
>> Jumaat, 24 Disember 2010

KENINGAU 26 DECEMBER 1996
Peristiwa awal pagi 26 December 1996 itu di luar jangkaan sama sekali.Ribut greg yang sudah pun berlalu di barat laut perairan Sabah tiba-tiba berpatah balik selepas bertembung dengan taufan Fern berdekatan kepulauan Filipina.Biarpun ribut tropika itu hanya berkelajuan 50 km/j,ia bukan sahaja memusnakan beratus-ratus kediaman malah menyebabkan banjir besar khususnya di daerah Kota Kinabalu,Tuaran,Papar dan Keningau.Tanda ingatan tragedi itu cukup memilukan.Seramai 238 orang terkorban dan kira-kira 7.600 penduduk hilang tempat berteduh.Mangsa bukan sahaja dipalit dengan kedukaan kehilangan orang yang tersayang bahkan kerugian akibat bencana itu mencecah sejuta ringgit.Namun dalam setiap malapetaka,wang ringgit dan harta sebenarnya bagaikan tidak bernilai berbanding nyawa.Walaupun Cuma tiga jam melanda,ribut greg telah membawa kesengsaraan yang besar kepada mereka yang masih hidup di tahun 2010 ini.
Kejadian itu menyebabkan beberapa kawasan landaaan ribut berubah pemandangannya bak padang jarak padang terkukur.Kebanyakan mangsa ditemui di dalam Lumpur dan runtuhan bangunan oleh anggota penyelamat yang terdiri daripada pasukan polis hutan (kini pasukan gerak am)pga,polis marin,Rejimen askar melayu DiRaja,pengakap sempadan dan pasukan khas mencari dan menyelamat (smart)serta penduduk sekitar.Empat batang sungai utama iaitu sungai Bayoya,Pampang,Senagang dan Liawan turut menjadi saksi kepada peristiwa yang menyayat hati itu.Kini semuanya telah pun berlalu dan yang tinggal hanyalah kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh ribuan penududk di Sabah,khususnya di Keningau.
Setelah 14 tahun berlalu peristiwa rebut greg di Sabah,namun bahangnya tetap terasa hingga ke hari ini yang bertarikh 25 december 2010..Kenangan pahit ini akan dapat dirasakan pada setiap 26 december setiap tahun oleh mereka yang terselamat daripada bencana greg itu.Kita tidak dapat membayangkan berapa ramai manusia yang tidak sempat bertaubat telah menemui ajalnya pada saat itu,oleh yang demikian kita yang terselamat daripada bencana greg ini masih diberi peluang dan waktu oleh ALLAH S.W.T. untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepadanya.Sebagai seorang muslim yang terselamat dari sesuatu malapetaka seharusnya bersyukur kehadrat ALLAH S.W.T yang telah menciptakan muka bumi dan segala isinya.Semua yang telah terjadi itu adalah ketentuan darinya jua dan kita sebagai hambanya harus redha pada setiap dugaan yang diturunkan kepada kita…Amin yarabbana Alamin….
Read more...Selamat Hari Natal 2011
>> Ahad, 19 Disember 2010
Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah
>> Khamis, 9 Disember 2010
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H. "....seperti butiran tasbih yang terikat kemas, semuga persahabatan kita terjalin erat....."
Gagal sekolah kerana sijil lahir
>> Rabu, 24 November 2010
BALING - Berikutan sijil kelahirannya tercatat dia bukan warga negara Malaysia, Siti Robiah Muhamad Jamri, 8, tidak diterima memasuki Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Wang di sini pada awal persekolahan 2010 lalu. Masalah itu menyebabkan pihak sekolah berkenaan enggan menerima kemasukannya walaupun bapanya, Muhamad Jamri Husin, 34, seorang warga negara Malaysia. Ibunya, Aishah Wadot, 29, dilahirkan di Betong, selatan Thailand tetapi dibesarkan dan menetap di Kampung Dalam Wang sejak berusia tiga tahun hingga kini manakala adik perempuannya yang berusia lima tahun memiliki MyKid dan seorang lagi adik perempuannya berusia dua tahun mempunyai masalah sama seperti Siti Robiah. Sumber:Dipetik dari berita kosmo onlineNEGARA
Gagal sekolah kerana sijil lahir

Korban Raya di SK Taman Srimuda
>> Isnin, 22 November 2010
PDRM BERSAMA SRS
>> Rabu, 17 November 2010
Perjumpaan srs bersama pdrm pada 13 november 2010 yang lalu di dewan masyarakat Taman Sri Muda Zon B sedikit sebanyak menyedarkan masyarakat sekeliling pentingnya skim rondaan sukarela atau srs ini ditubuhkan.Kerjasama antara pdrm dengan srs disuatu kawasan dapat mengurangkan kadar jenayah pecah rumah dan peras ugut.Berikut beberapa photo yang sempat penulis blog srs rakamkan pada malam perjumpaan tersebut.
Pernikahan antara Bugis Tawau dan Murut Keningau.
>> Khamis, 4 November 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010
>> Rabu, 8 September 2010
SELAMAT HARI KEBANGSAAN KALI KE 53 TAHUN
>> Selasa, 31 Ogos 2010
Ramai rakyat Malaysia hari ini mengatakan mereka rakyat Malaysia tetapi menjelangnya sambutan bulan kemerdekaan ramai rakyat Malaysia yang tidak mahu mengibarkan "JALUR GEMILANG"dirumah mereka mahupun kenderaan mereka.Ini amat mengecewakan kepada kami yang mengibarkan "JALUR GEMILANG".Kemana hilangnya semangat petrotik kita sebagai rakyat Malaysia yang MERDEKA!!!!!!!!.???
MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
Selamat menyambut hari kemerdekaan negara kita MALAYSIA yang tercinta kali yang ke 53 tahun.Semoga semangat petrotik rakyat MALAYSIA terus bersemadi dijiwa setiap bangsa MALAYSIA....MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!
MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
Majlis Berbuka Puasa di Sacc Shah Alam
>> Rabu, 25 Ogos 2010
Majlis berbuka puasa bersama ketua UPKO Shah Alam Cawangan Subang Mas En.Joe dengan timbalan Ketua Polis Shan Alam bahagian Special Bran(SB) menjemput semua ketua-ketua suku kaum Sabah yang ada di sekitar Shah Alam untuk berbuka puasa bersama-sama pada 24 ogos 2010 jam 7:15 malam di SACC Shah Alam.
Lebih kurang 200 orang hadir pada majlis berbuka puasa termasuk belia Sabahan dari berbilang suku kaum antaranya Dusun,Murut,Bugis,Kedayan,Bajau,Bisaya,Rungus,Bajau KB dan Tidung.Dengan adanya majlis sebegini rasa kemesraan dan saling hormat menghormati sesama rakyat Malaysia akan terus terjalin.
En.Joe sedang berbincang sesuatu dengan penulis blog bugisbukanpati En.Udins tentang isu-isu semasa warga sabah di Shah Alam..jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)








.jpg)





