Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah,Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama bagi Persekutuan (Malaysia).
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
PELANCARAN TABUNG BKWS 2010
>> Sabtu, 13 Februari 2010
ATURCARA MINIT MESYUARAT BKWS SESI 2010
Tarikh:10 February 2010 jam 9:00 malam
Agenda mesyuarat
1) Rekod nama Ahli yang hadir dalam mesyuarat,(masa diambil 10 minit)
2) Buka pendaftaran kepada Ahli yang belum mendaftarkan diri dalam borang bkws.(15 minit)
3) Ucapan Pengerusi dan T.penerusi BKWS(10 minit)
En.Mad Salleh
En.Arwan Emot
4) Ucapan Penasihat BKWS(25 minit)
En,Ramli
5) Pelantikan Ajk BKWS SESI 2010/2011.(30 minit)
6) Soalan atau pertanyaan terbuka dari Ahli dan bukan Ahli bkws kemudian akan dijawab oleh Pentadbir tabung bantuan
kebajikan warga
7)Ucapan Mantan pengerusi TKWS 2006-2009
En.Udins dan En.Ramli.(35 minit)
8) Ucapan penutup oleh pengerusi RT dan Biro Keselamatan Taman SriMuda Zon B
En.Sapari dan En.Kashfi.(20 minit)
Catatan masa minit yang telah ditetapkan semasa mesyuarat BKWS berlangsung
9:00 HINGGA 9:10 MINIT MALAM
SELESAI REKOD NAMA YANG HADIR
9:10 HINGGA 9:25 MINIT MALAM
SELESAI UCAPAN PENGERUSI BKWS
9:25 HINGGA 9:50 MINIT MALAM
SELESAI UCAPAN PENASIHAT BKWS
9:50 HINGGA 10:20 MINIT MALAM
SELESAI SOAL JAWAB BKWS
10:20 HINGGA 10:55 MINIT MALAM
SELESAI UCAPAN MANTAN PENGERUSI TKWS
10:55 HINGGA 11:15 MINIT MALAM
SELESAI UCAPAN PENGERUSI RT DAN BIRO
KESELAMATAN
TEAM STAF YANG TEWAS MINGGU LALU
>> Jumaat, 22 Januari 2010
Pengurus pasukan negm memberi taklimat kepada pemainnya sebelum perlawanan bermula
Namun nasib tidak menyebelahi team mereka apabila kecundang di kaki pemain soon tat uniwood pimpinan saya(udins).
Walaupun team ini mempunyai pemain yang berpengalaman namun mereka sukar untuk menewaskan team soon tat uniwood kerana pemain team soon tat sentiasa bekerjasama dan bijak membuka ruang padang,membuatkan team soon tat ini cukup digeruni oleh team-team bola lainnya didalam kilang ini.
Read more...
TEAM BOLA SOON TAT UNIWOOD
>> Selasa, 19 Januari 2010
Pertandingan bola sepak antara kontrakter-kontrakter dalam sesebuah kilang sangat menyeronokkan walaupun letih bekerja seharian suntuk.Cerita pasal bola pekerja kontrakter yang mejoritinya berasal dari Sabah dan Sarawak tidak pernah ketinggalan untuk menyertai pentandingan bola sepak antara sub kontrakter dan pihak kompani kilang tersebut.Perlawanan bola sepak antara pekerja kontrak dan pekerja staf(company)dianjurkan setiap tahun untuk mengeratkan lagi tali siratulrahim antara semua pekerja didalam kilang tersebut.Pada penulisankali ini saya akan kongsikan beberapa photo pemain yang berasal dari Nabawan Keningau manalah tahu ada rakan taulan yang mengenali mereka ini.














PENGENALAN TABUNG BANTUAN KEBAJIKAN WARGA SABAH FASA1 2010
>> Jumaat, 15 Januari 2010

PENGENALAN TABUNG BANTUAN KEBAJIKAN WARGA
Tabung Kebajikan Warga Sabah (TKWS) yang ditubuhkan pada 2006 telah ditamatkan pada November 2009.Tabung ini banyak membantu warga Sabah yang bekerja di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Tabung TKWS ini bersifat tolong-menolong antara Sabahan yang ditimpa musibah seperti kematian ibu bapa,kemalangan ahli berdaftar dan juga kematian ahli.Sumbangan berbentuk derma ikhlas hanya akan dikutip oleh AJK TKWS jika ada ahli yang benar-benar ditimpa musibah seperti yang dinyatakan dalam borang kemasukan atau ketika pendaftaran ahli dibuat.Tabung Kebajikan Warga Sabah (TKWS) mempunyai 35 orang ahli jawatankuasa dan seramai 304 orang ahli berdaftar sehingga November 2009.TKWS ini juga banyak mengajar warga Sabah untuk saling bantu- membantu dan hormat-menghormati sesama rakyat Malaysia.Walaupun Tabung Kebajikan Warga Sabah (TKWS) ini telah pun dibubarkan Organisasinya pada November 2009,namun satu lagi Tabung Kebajikan Warga Sabah akan dilancarkan pada 10 February 2010. Tabung baru ini akan diberi nama “Bantuan Kebajikan Warga
Bantuan kebajikan warga sabah ini akan dibuka pendaftarannya pada 01 February 2010 hari Isnin jam 8.00 pagi. Sila berjumpa AJK BKWS Srimuda Zon B.Warga Sabah yang bekerja sekitar Shah Alam amat dialu-alukan untuk menyertai tabung bantuan kebajikan ini demi kebaikan bersama.Yuran pendaftaran sebanyak RM 10 dan yuran keahlian untuk setahun telah ditetapkan sebanyak RM60.00(enam puluh ringgit sahaja).Pembayaran mestilah dijelaskan sepenuhnya ketika membuat pendaftaran.Pendaftaran akan dibuka selama seminggu dan tarikh tutup pendaftaran ialah pada 08 February 2010. Seminggu setelah pendaftaran ditutup pihak kami akan menghantar
Semua yuran kehlian yang kami terima akan dimasukkan kedalam Bank dengan menggunakan akaun bersama.Pemegang Akaun Simpanan ini terdiri dari empat orang AJK yang telah dilantik oleh Pengerusi Bantuan Kebajikan Warga Sabah ini.Dalam jangka masa setahun jika tidak ada kes berlaku kepada ahli BKWS ini dan ada ahli yang ingin menamatkan keahliannya maka pihak BKWS akan mengembalikan yuran keahliannya selama setahun iaitu RM60.00. Bagi ahli yang ingin meneruskan keahlian ini, maka yuran pendaftaran akan dikenakan sebanyak RM:10.00 sahaja.Tetapi jika tabung bantuan ini telah memberi bantuan kebajikan lebih dari tiga kes maka yuran keahlian anda tidak akan dikembalikan. Kurang daripada tiga kes, separuh yuran akan dikembalikan. Pengemas kinian Akaun atau Pembentangan Akaun akan dibuat pada 08 Januari 2011 dan seminggu sebelum itu pendaftaran baru bagi tahun 2011 pula akan dibuka iaitu pada 01hb sehingga 07 Januari 2011.








