ASALAMUALAIKUM DAN SALAM MESRA KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG BUGISBUKANPATI.BLOGSPOT.COM.BLOG INI BUKAN BLOG POLITIK ATAU BLOG UNTUK MEMECAH BELAHKAN MASYARAKAT DISABAH.KEWUJUDAN BLOG INI SEKADAR INGIN MEMBERI PENJELASAN KEPADA UMUM,BAHAWA SUKU KAUM BUGIS YANG ADA DISABAH DAN MEMILIKI PENGENALAN DIRI YANG SAH TIDAK BOLEH DICOP ATAU DILABEL SEBAGAI PENDATANG TANPA IZIN ATAU SINGKATANNYA PATI DAN BLOG INI TIDAK BERMAKSUD UNTUK MENENTANG MANA-MANA ORGANISASI YANG ADA DISABAH.SEKIRANYA ADA ARTIKEL SAYA YANG TERLALU KASAR PENGGUNAAN AYATNYA.PEMBACA BOLEH BERIKAN KOMEN ATAU PENDAPAT YANG BERNAS DIKOTAK CBOX YANG TELAH DISEDIAKAN DIBLOG INI DAN SAYA AKAN MEMADAMKAN ARTIKEL TERSEBUT DARI BLOG INI DENGAN SERTA MERTA.







Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah,Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.


Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama bagi Persekutuan (Malaysia).


Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia



PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAMAN SRIMUDA ZON B

>> Sabtu, 20 Februari 2010

Masjid AL-FALAH Taman SriMuda akan mengadakan perarakan sempena sambutan MAULIDUR RASUL pada 27 february 2010 hari sabtu bermula 8:00am hingga 12:00 tengahhari.

Tentetif program sambutan Maulidur Rasul 1431 H / 2010 M.

7:30 pagi – 8:00 Pagi (semua peserta berkumpul diperkarangan Masjid Al-Falah)

8:15 Pagi – Taklimat program perarakan dan Taklimat daripada Polis(PDRM)

8:25 Pagi – Doa

8:00 Pagi – Perarakan bermula

10:15 Pagi – Ceramah oleh Y.Bhg Dato’Hasan Mamud Al-Hafiz

11:45 Pagi – Jamuan Makan

12:00 TengahHari – Majlis Bersurai




Mesyuarat RukunTetangga Taman SriMuda Zon B pada 17 february lalu,sebulat suara bersetuju untuk menghantar peserta bagi mewakili penduduk Taman Srimuda zon B menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul pada 27 february 2010.


Antara Ajk RT Taman Sri Muda yang hadir pada mesyuarat kali ketiga ini
Dari kiri En.Kamal Ariffin(setiausaha)dan Tuan Pengerusi En.Sapari

Read more...

PELANCARAN TABUNG BKWS 2010

>> Sabtu, 13 Februari 2010


ATURCARA MINIT MESYUARAT BKWS SESI 2010 TAMAN SRIMUDA ZON B.

Tarikh:10 February 2010 jam 9:00 malam


Agenda mesyuarat


1) Rekod nama Ahli yang hadir dalam mesyuarat,(masa diambil 10 minit)


2) Buka pendaftaran kepada Ahli yang belum mendaftarkan diri dalam borang bkws.(15 minit)


3) Ucapan Pengerusi dan T.penerusi BKWS(10 minit)

En.Mad Salleh

En.Arwan Emot


4) Ucapan Penasihat BKWS(25 minit)

En,Ramli


5) Pelantikan Ajk BKWS SESI 2010/2011.(30 minit)


6) Soalan atau pertanyaan terbuka dari Ahli dan bukan Ahli bkws kemudian akan dijawab oleh Pentadbir tabung bantuan

kebajikan warga Sabah 2010.(35 minit)


7)Ucapan Mantan pengerusi TKWS 2006-2009

En.Udins dan En.Ramli.(35 minit)


8) Ucapan penutup oleh pengerusi RT dan Biro Keselamatan Taman SriMuda Zon B

En.Sapari dan En.Kashfi.(20 minit)


Catatan masa minit yang telah ditetapkan semasa mesyuarat BKWS berlangsung

9:00 HINGGA 9:10 MINIT MALAM


SELESAI REKOD NAMA YANG HADIR

9:10 HINGGA 9:25 MINIT MALAM


SELESAI UCAPAN PENGERUSI BKWS

9:25 HINGGA 9:50 MINIT MALAM


SELESAI UCAPAN PENASIHAT BKWS

9:50 HINGGA 10:20 MINIT MALAM


SELESAI SOAL JAWAB BKWS

10:20 HINGGA 10:55 MINIT MALAM


SELESAI UCAPAN MANTAN PENGERUSI TKWS

10:55 HINGGA 11:15 MINIT MALAM


SELESAI UCAPAN PENGERUSI RT DAN BIRO

KESELAMATAN

Ucapan penutup sebelum jamuan makan dan bersurai oleh Pengerusi RukunTetangga Taman SriMuda Zon B,En.Sapari


Ucapan pembukaan dimulakan oleh Tuan penasihat Tabung bantuan kebajikan iaitu En.Ramli diikuti ucapan seterusnya oleh Mantan Pengerusi TKWS 2006 hingga 2009 iaitu En.Udins dan kini menjadi Setiausaha Tabung bantuan kebajikan warga Sabah(BKWS)yang baru dilancarkan pada 10 february 2010.

Jamuan makan selepas mesyuarat dan pelancaran tabung selesai
Duduk disebelah kiri dan berbaju melayu inilah Pengerusi Tabung Bantuan Kebajikan Warga Sabah yang baru.Namanya ialah Mad Salleh berbangsa sungai Paitan beluran sandakan.
yang ni pulak Ajk tabung ini
Biro keselamatan Taman SriMuda Zon B En.Khasfi sedang memberi sedikit taklimat kepada warga Sabah tentang pentingnya perpaduan untuk kita semua sebagai rakyat Malaysia.

Read more...

TEAM STAF YANG TEWAS MINGGU LALU

>> Jumaat, 22 Januari 2010

Pada perlawanan bola sepak antara sub kontrakter dengan staf(company)sabtu lalu,team soon tat uniwood menang 2-0.Besok hari sabtu 23 january 2010 team soon tat uniwood pimpinan saya(udins)akan menentang team dari sub kontrakter lainnya pula.Harap-harap tahun ini team kami akan menjuaraih perlawanan bola sepak dikilang tempat kami bekerja.Gambar dibawah ini adalah team staf negm yang tewas ditangan pemain soon tat uniwood yang mejoriti pemainnya terdiri dari Sabahan berbilang bangsa.

Pengurus pasukan negm memberi taklimat kepada pemainnya sebelum perlawanan bermula
Namun nasib tidak menyebelahi team mereka apabila kecundang di kaki pemain soon tat uniwood pimpinan saya(udins).
Walaupun team ini mempunyai pemain yang berpengalaman namun mereka sukar untuk menewaskan team soon tat uniwood kerana pemain team soon tat sentiasa bekerjasama dan bijak membuka ruang padang,membuatkan team soon tat ini cukup digeruni oleh team-team bola lainnya didalam kilang ini.

Read more...

TEAM BOLA SOON TAT UNIWOOD

>> Selasa, 19 Januari 2010

Pertandingan bola sepak antara kontrakter-kontrakter dalam sesebuah kilang sangat menyeronokkan walaupun letih bekerja seharian suntuk.Cerita pasal bola pekerja kontrakter yang mejoritinya berasal dari Sabah dan Sarawak tidak pernah ketinggalan untuk menyertai pentandingan bola sepak antara sub kontrakter dan pihak kompani kilang tersebut.Perlawanan bola sepak antara pekerja kontrak dan pekerja staf(company)dianjurkan setiap tahun untuk mengeratkan lagi tali siratulrahim antara semua pekerja didalam kilang tersebut.Pada penulisankali ini saya akan kongsikan beberapa photo pemain yang berasal dari Nabawan Keningau manalah tahu ada rakan taulan yang mengenali mereka ini.

photo kenangan bersama pengurus bola sepak dari team lain



Dari kiri,Pengeran,Danny,dino,udins dan juidy

Ini antara pemain yang mengambil bahagian dalam perlawanan bola sepak antara sub kontrakter dan staf(company)


Yang berbaju hitam tu laa saya(udins).Saya sedang memberi taklimat kepada team pimpinan saya iaitu soon tat uniwood untuk mengalahkan pihak lawan dari team negm.
Senaman ringan penting untuk melonggarkan otot badan sebelum perlawanan bermula.

Inilah antara pemain soon tat uniwood pimpinan saya.


Read more...

PENGENALAN TABUNG BANTUAN KEBAJIKAN WARGA SABAH FASA1 2010

>> Jumaat, 15 Januari 2010


CONTOH BORANG KEAHLIAN TABUNG BANTUAN KEBAJIKAN WARGA SABAH(BKWS)

PENGENALAN TABUNG BANTUAN KEBAJIKAN WARGA SABAH FASA1 2010

Tabung Kebajikan Warga Sabah (TKWS) yang ditubuhkan pada 2006 telah ditamatkan pada November 2009.Tabung ini banyak membantu warga Sabah yang bekerja di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Tabung TKWS ini bersifat tolong-menolong antara Sabahan yang ditimpa musibah seperti kematian ibu bapa,kemalangan ahli berdaftar dan juga kematian ahli.Sumbangan berbentuk derma ikhlas hanya akan dikutip oleh AJK TKWS jika ada ahli yang benar-benar ditimpa musibah seperti yang dinyatakan dalam borang kemasukan atau ketika pendaftaran ahli dibuat.Tabung Kebajikan Warga Sabah (TKWS) mempunyai 35 orang ahli jawatankuasa dan seramai 304 orang ahli berdaftar sehingga November 2009.TKWS ini juga banyak mengajar warga Sabah untuk saling bantu- membantu dan hormat-menghormati sesama rakyat Malaysia.Walaupun Tabung Kebajikan Warga Sabah (TKWS) ini telah pun dibubarkan Organisasinya pada November 2009,namun satu lagi Tabung Kebajikan Warga Sabah akan dilancarkan pada 10 February 2010. Tabung baru ini akan diberi nama Bantuan Kebajikan Warga Sabah”(BKWS).

Bantuan kebajikan warga sabah ini akan dibuka pendaftarannya pada 01 February 2010 hari Isnin jam 8.00 pagi. Sila berjumpa AJK BKWS Srimuda Zon B.Warga Sabah yang bekerja sekitar Shah Alam amat dialu-alukan untuk menyertai tabung bantuan kebajikan ini demi kebaikan bersama.Yuran pendaftaran sebanyak RM 10 dan yuran keahlian untuk setahun telah ditetapkan sebanyak RM60.00(enam puluh ringgit sahaja).Pembayaran mestilah dijelaskan sepenuhnya ketika membuat pendaftaran.Pendaftaran akan dibuka selama seminggu dan tarikh tutup pendaftaran ialah pada 08 February 2010. Seminggu setelah pendaftaran ditutup pihak kami akan menghantar surat terus kepada ahli yang telah mendaftar.Dalam surat tersebut akan dilampirkan jumlah bantuan mengikut jenis kemalangan yang telah dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa tabung bantuan kebajikan ini.

Semua yuran kehlian yang kami terima akan dimasukkan kedalam Bank dengan menggunakan akaun bersama.Pemegang Akaun Simpanan ini terdiri dari empat orang AJK yang telah dilantik oleh Pengerusi Bantuan Kebajikan Warga Sabah ini.Dalam jangka masa setahun jika tidak ada kes berlaku kepada ahli BKWS ini dan ada ahli yang ingin menamatkan keahliannya maka pihak BKWS akan mengembalikan yuran keahliannya selama setahun iaitu RM60.00. Bagi ahli yang ingin meneruskan keahlian ini, maka yuran pendaftaran akan dikenakan sebanyak RM:10.00 sahaja.Tetapi jika tabung bantuan ini telah memberi bantuan kebajikan lebih dari tiga kes maka yuran keahlian anda tidak akan dikembalikan. Kurang daripada tiga kes, separuh yuran akan dikembalikan. Pengemas kinian Akaun atau Pembentangan Akaun akan dibuat pada 08 Januari 2011 dan seminggu sebelum itu pendaftaran baru bagi tahun 2011 pula akan dibuka iaitu pada 01hb sehingga 07 Januari 2011.


Read more...

Murid tiada sijil lahir mula sekolah

>> Jumaat, 8 Januari 2010

NEGARA

Murid tiada sijil lahir mula sekolah


SHARIDDANIEL bersalaman dengan Mansor sambil disaksikan oleh Mat (dua dari kanan) di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis, Kuala Perlis semalam.


KUALA PERLIS - Lapan daripada 10 murid di sini yang gagal mendapat tempat di tahun satu kerana tidak memiliki sijil lahir akhirnya dibenarkan mengikuti sesi persekolahan semalam.

Kesemua mereka termasuk seorang cucu nelayan, Shariddaniel Abdullah, 7, didaftarkan di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis di sini.

Keputusan itu melegakan ibu bapa kanak-kanak terbabit kerana anak mereka kini didaftar sebagai pelajar tempatan sekali gus membolehkan mereka menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat berkata, keputusan itu diambil selepas mendapat surat jaminan dan akur janji daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis, Mat Hassan bahawa kanak-kanak itu dilahirkan di negara ini.

"Selepas mengadakan perbincangan dengan wakil rakyat, kami bersetuju menempatkan murid-murid ini demi masa depan mereka tetapi dengan syarat ibu bapa mereka perlu menyelesaikan pendaftaran anak masing-masing di Jabatan Pendaftaran Negara dengan segera," katanya ketika ditemui.

Nota:sumber asal kosmo online

Read more...

Arung Palakka, Putra Terbaik Tanah Bugis



Arung Palakka (lahir di lamatta, mario-ri wawo, soppeng , 15 september 1634 wafat di bontoala 6 april 1696 dalam usia 61 tahun) adalah sultan bone dari tahun 1972-1696. Saat masih jadi pangeran, ia memimpin kerajaannya dalam meraih kemerdekaan dari kesultanan gowa pada tahun 1660-an. Ia bekerjasama dengan belanda dalam merebut kotamakassar.Palakka membawa suku bugis menjadi kekuatan maritim besar dan mendominasi kawasan tersebut selama hampir seabad. Arung Palakka bergelar “La Tan-ri tatta To urong To-ri SompaE Petta MalampE’E Gemme’na Daeng Serang To’ Appatunru Paduka Sri Sultan Sa’admuddin, [MatinroE-ri Bontoawala], Arung Bone.



BIOGRAFI


Lahir di lamatta, Mario ri Wawo, Soppeng, Tanggal 15 september 1634, anak dari Lapottobunna, Arung Tanah Tengnga dengan istrinya, We Tan-ri Suwi, Datu Mario-ri Wawo, anak dari La tan-ri Ruwa Paduka sri sultan adam, arumpone bone. Arung Palakka meninggal di bontoala, kerajaan gowa (sekarang kabupaten Gowa) pada tanggal 6 april 1969 di makamkan di bontobiraeng.



PERNIKAHAN

-Menikah pertama dengan Arung Kaju (bercerai)
-Menikah ke dua kalinya dengan sira Daeng Talele karaeng ballajawa pada 16 maret 1668 (bercarai pada 26 januari 1671), (lahir pada 10 september 1634, meninggal 11 februari 1721), sebelumya istri dari karaeng bontomaronu, dan karaeng karunrung’ Abdul hamid, mantan tuma bicara-butta gowa, anak perempuan dari I-MALLEWAI Daeng Manasa karaeng mataoya, karaeng cendrana dan kadang sebagai Tumalailng gowa, oleh istrinya, daeng mangeppe, anak dari I-mallingkaang daeng mannyon-ri karaeng matoaya sultan abdullah awwal al-islam, karaeng tallo.

-Menikah ketiga kalinya di soppeng, 20 juli 1673 dengan We tan-ri pau adda sange datu ri watu [matinroe_ri madello] datu soppeng, sebelumnya istri dari la suni, adatuwang sidendreng, dan anak perempuan dari La tan-ri bali beowe II, datu ri soppeng.

-Menikah ke empat kalinya pada 14 september 1684, dengan Daeng marannu, karaeng laikang (meninggal pada 6 mei 1720), sebelumnya istri dari karaeng bontomanopo muhammad, dan anak dari pekampi daeng mangempa karaeng bontomanonu, gowa.



ARUMPONE BONE


Menggantikan ibunya sebagai datu Mario_ri Wawo ke 15. Mendapatkan gelar arung palakka sebagai hadiah membebaskan rakyatnya dari penjajahan makassar. Di akui oleh belanda sebagai arung pattiru, palette, dan palakka di bone dan dautu mario-ri wawo di soppeng, bantaeng, dan bontoala, 1670.





Prinsip Orang Bugis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Prinsip Orang Bugis

  • 1. Keturunan yang diajarkan bagaimana mempertahankan kehormatan keluarga.
  • 2. Keturunan yang dibesarkan dengan memandang perempuan sebagai simbol kehormatan keluarga.
  • 3. Keturunan yang diajarkan untuk menjaga martabat orang lain dan dirinya sendiri.
  • 4. Keturunan yang diajarkan untuk tidak tunduk kepada orang lain.
  • 5. Keturunan yang ingin bebas merdeka berjuang dan berusaha untuk bertahan hidup.
  • 6. Keturunan yang berabad abad mentalnya telah dibentuk dan ditempa dengan keras oleh gelombang
  • 7. Keturunan yang diajarkan berani menghadapi masalah dan tidak lari dari kenyataan hidup.dan
  • 8. Keturunan yang berani berbicara hanya jika ada BUKTI.

(SALAMA TOPADA SALAMA)

SUMBER: http://www.rappang.com/2009/11/prinsip-orang-bugis.html


keterangan

SILA KLIK "DISINI" UNTUK PENJELASAN TENTANG BLOG SAYA

Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan...
Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi






SENARAI BLOG SAYA

Satisfaction.com Free Comment Codes Satisfaction.com Free Comment Codes

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP